Salam.
berita gembira:
1# marathon experiment selama 2 hari 2 malam. stage I sudah habis. tgh tunggu result GC. semoga result GC menggembirakan juga. amin~
2# akhirnya dapat blk rumah dan berehat2 dgn penuh gembira walaupun di rumah hanya ada mak dan abah je. it's more than enough. :)
3# esok akan pergi bermain dgn anak-anak sy yg dah nakal sekarang. rindu sgt! blk kg pulak.
secara jujurnya, memang terasa penat sangat-sangat dua hari lepas. dua hari berturut-turut pulang lewat dari lab. pagi-pagi bangun, terasa macam tak mahu bangkit dari katil pun sebab badan yang sakit-sakit. tapi selepas sy membaca kembali buku cerita tentang panglima tariq bin ziyad selepas beberapa bulan terletak di atas rak, terasa semangat untuk berusaha itu kembali hadir.
seriusly, buku itu memang sekadar buku yg biasa-biasa saja. jalan penceritaannya juga tidak terlalu berat. tidak terlalu teruja pun utk menghabiskan bacaannya dalam satu hari. mungkin gaya penulisannya tidak membuatkan sy berasa begitu teruja untuk membacanya secara serius. sekadar membawanya ke lab, supaya di kala tidak tahu hendak buat apa, ada input yg masuk ke otak. tidaklah terlalu bosan menghadap apparatus dan merenung termometer saja.
tapi ada beberapa bahagian di dalam buku yg buatkan saya rasa terpukul di dalam hati. bagaimana begitu tingginya semangat tentera Islam utk membantu rakyat andalusia dan menyebarkan sinar Islam di bumi itu. Dan dalam keadaan penat, lelah itu masih tetap teguhnya mereka bangun di malam-malam hari.
itu beberapa ratus tahun dahulu. di saat khalifah berupusat di damsyik. di saat sepanyol berjaya ditakluk tanpa sebarang pertumpahan darah.
p/s: tgh menonton perhimpunan agung umno di tv3.. tiba-tiba terasa kena ambil tahu jugak apa-apa yg sedang berlaku di malaysia ni, walaupun hal politik yg plg sy tak suka. aih.. "-_-
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment