Salam.
Huh.
*melepaskan lelah*
hari plg bersejarah hari ni. ada sekali dulu-dulu sampai ke blk waktu-waktu begini juga. tepat 930 mlm baru menapak sampai ke blk terchenta.
kalau la boleh lab blok 5 tu dijadikan tempat tidur, sy mungkin org pertama yg buat begitu agaknya. senang sikit. bgn2 je, bole terus start buat experiment.
tak payah nak bergerak dari v5 ke blok 5.
dan tak perlu nak susah2 set up apparatus yg kompleks ni pg2 buta.
tu lah, sape suruh ponteng lab 2 minggu sudah. kan dah susah sekarang?
duduk-duduk sambil tunggu rotavap ni habis distillate kan semua product,
sambil bercerita, entah kenapa tiba-tiba terkenang kisah dulu-dulu. masa 2nd year, di kala umur baru-baru nak masuk 20-an.
dan kemudian membandingkan significantnya dengan kes-kes yg berlaku baru-baru ni. 2008-2009...
cuba mencari di mana link setiap benda & perkara yg dah berlaku. dan rase-rase mcm dah dapat lihat turutan peristiwa, kesan & akibatnya.
1# jangan pernah sesekali terima orang hanya kerana kwnnya seorang yg sgt baik. sebab mungkin tanpa sedar akan cuba menjadikan@mengharapkan org itu plg kurang ada sikit-sikit sifat kwn baik dia yg dikagumi tu. that's just soo not right! dua manusia yg berbeza tak akan pernah kongsi sifat yg sama. walaupun kembar. jadi jangan berharap yg tidak-tidak.
2# jangan berubah hanya kerana ingin orang rasa boleh keep up dgn kita. biar orang terima kita apa adanya. dan kebarangkalian perubahan yg dibuat tu mungkin akan menyebabkan keadaan jadi lebih buruk. jika seseorang tu tidak yakin dgn kemampuannya utk keep up and be with us, just leave. lupakan saja. tu satu pengorbanan sia-sia. be urself. ur own true self.
3# jangan mengharapkan supaya orang akan berubah sendiri. kalau tak suka sesuatu perkara yg dilakukannya, cakap depan-depan. kalau sesuatu tu salah, say it right to the face. tapi dgn penuh hikmah la. jangan buat kerana terpaksa@sayang. nak jaga hati la, itu la. ini la. kelak nanti binasa badan. there's no guarantee, that if u do it, the relation will last forever. ni bukan novel cinta atau fairy tales ye kawan-kawan.
4# percayalah, tidak ada orang yg sempurna. bila tak ada yg sempurna, jangan letak seluruh kepercayaan di bahunya. tak semua manusia kat dunia ni, sanggup terima kesalahan sendiri dan ingin bertanggungjawab dgn perkara yg dilakukannya. ramai yg lari, dan melepaskan diri begitu saja. tak pun bertindak menyalahkan orang lain pula atas kesalahan yg dilakukan. sama-sama buat salah, takkan sorang aje yg kena tanggung. ye tak? itu namanya lari dari bayang-bayang sendiri.
5# belajar utk memaafkan diri sendiri. betul, kadang-kala kesilapan membuat keputusan tu membawa impak yg sgt besar dlm hidup. tapi, pelajaran kehidupan ini bukan sesuatu yg teknikal, di mana 1 + 1 wajib = 2. buruk mana keadaan. teruk mana pun situasi, there's something that we'll learn from it. later.
6# belajar utk berlaku adil pada diri sendiri. memang ada sesetengah orang, yg tak akan mampu pun utk berlaku kejam pd haiwan. hatta sekecil semut pun. apetah lagi sesama manusia. tapi sayang, tanpa sedar telah menzalimi diri sendiri. jangan lupa tunaikan hak pada diri sendiri juga. dan jgn terlalu berusaha melampau utk memenuhi kehendak orang lain hingga diri sendiri dizalimi. ingat tu.
tak sangka. duduk bertapa di lab, dapat membuat justifikasi yg rasional akhirnya.
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment