Salam.
Dah 2 hari, update blog sekadar copy paste dan bgtahu news saja. Tak ada idea nak cakap tentang apa, atau cerita tentang apa-apa lagi.
Dah 3 hari bertapa di UTP. siap progress report! tapi tu pun terlewat 1 hari. Dan printer buat hal, tak mahu dgr kata pula sekarang.
Semalam, berkelah di tepi tasik UTP. First time, dan memang sangat menenangkan. At least, tak fikir apa-apa yg membebankan kepala sekejap. For once, I did enjoy being here. Selepas beberapa lama terperuk di bilik dan hanya ke kelas setiap hari.
Nak2 pulak dengar lagu mozart kan petang2 sambil ambil angin di tepi tasik. Ah, klasik betul lah! :P
Saya pernah baca satu buku motivasi by Dr Fadzilah Kamsah (kot.), muzik yg kite patut dgr utk merangsang kedua-dua belah otak ketika belajar ialah muzik yg mempunyai 60 bit seminit. Dan antara muzik terbaik ialah bunyi deruan ombak yg tak pernah henti, bunyi titisan hujan. Senang cerita, bunyi yg dihasilkan oleh alam semulajadi. Anugerah dari Tuhan. Tapi kita selalunya buat kerja lain time tu kan?
Dengar bunyi hujan, pergi layan perasaan sorang-sorang. Duduk tepi laut sambil dengar bunyi ombak, termenung sendirian. Adeyh~
Manusia mmg begitu kot.
Malam tadi, utk pertama kalinya bagi semester ni, saya masak utk makan malam. Heh. Masak ikan bawal sweet sour je pun. The simplest dish I could ever think of. Tapi malang sikitlah sbb ikan tak fresh dah. So, rasa nya tak seperti yg selalu dimakan di rumah.
Jadi, jgn beli ikan di Tesco dah! Beli kat pasar saja lepas ni. Mmg seriusly susah betul nak cari ikan yg betul-betul fresh kat sana. ikan banyak, tapi so-so saja. Tak rasa manis ikan tu pun masa makan.
Sejak dah besar ni, deria rasa macam lagi cerewet aje. payah betul lah.
Sekarang tgh mengidam nak masak ayam masak merah. Bukan yg simple-simple tu yer. Yg mcm nenek sy selalu masak. Last year baru sy fhm kenapa bila saya masak ayam masak merah, rasanya mesti tak sama mcm yg nenek atau mak masak. Mesti lain sikitlah. Walaupun syuk kata, dah sedap dah ni. :P
Nak pergi bersiap-siap ke lab lah. Objektif utama tak balik rumah mid sem ni wajib dicapai. Dan saya rasa tak sabar mahu pulang wekend ni.
Mahu jumpe org-org yg dirindui di uniten~ ;)
Good luck utk mereka sbb dah start exam lg last week.
Mungkin boleh buat surprise sikit utk diorang kn?
spageti & kek batik seems nice. cepat & senang. :P
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment