Tuesday, March 17, 2009

Apabila kita inginkan...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Apabila kita ingin berteman,

janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

kita mungkin akan menjauhinya….

Andai kita ingin berteman,

janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

kita akan membencinya….

Andai kita inginkan sahabat yang satu,

janganlah kerana ilmunya,

kerana apabila dia buntu,

kita mungkin akan memfitnahnya….

Andai kita inginkan seorang teman,

janganlah kerana sifat cerianya,

kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

kita mungkin akan menyalahkannya….

Andai kita ingin bersahabat,

terimalah dia seadanya,


Kerana dia seorang sahabat,

yang hanya manusia biasa….

jangan diharapkan sempurna,


Kerana kita juga tidak sempurna
….

p/s: credit to cik zeti ;P


With Love,
iNz

2 comments:

  1. eh..nama itu.. =p

    tp kan..
    utk mendapatkan yg terbaik..
    reason tu x pntg..
    yg pntg, keikhlasan hati kita.. =)

    ReplyDelete
  2. eh, yela. mmg name itu ;P

    yep.

    tak perlu memandang sebagus mana seseorang itu baru nak dibuat kawan, tapi yg penting sejauh mana kita mampu utk memberi yg terbaik dlm persahabatan.


    kita yg kena jd terbaik dulu, mampu utk memberi.

    kan tgn yg diatas itu lebih baik daripada yg menerima?

    :)

    ReplyDelete