Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Hari ni, terasa malas sangat nak buka mata dan bangun dari tidur. Hari untuk balik ke UTP is like a nightmare for me nowadays.

Tambah-tambah lagi bila hujan turun lebat tak henti-henti kat rumah ni. Rasa macam nak tarik selimut sampai ke kepala dan pejam mata rapat-rapat. Aduh!

Hari ni, seolah-olah hari yang penuh dengan rahmat. Hujan turun lebat tak henti-henti. Mak kata, kalau hujan macam ni, hujan rahmat namanya. (Saya tak tahu kesahihannya. Tapi ini dari ceramah yang Mak dengar kalau tak silap saya.)

*betulkan saya jika silap*

Umum pasti tahu kita cuti hari ini bersempena apa kan?

Ya, kerana menyambut hari lahir Penghulu umat, kekasih utama Tuhan, Pencipta Alam. Dulu-dulu, di waktu sekolah, setiap kali menjelang maulid nabi, saya dan kawan-kawan pasti akan turut sama menyertai acara di sekolah.

Paling disukai, bernasyidlah sebab marhaban memerlukan orang-orang yang bersuara nyaring dan saya sudah awal-awal lagi terkeluar. Pasti!

Oh, oh. Saya bukan mahu bercerita tentang kenang-kenangan dulu. Tapi ingin berkongsi rasa. Sejauh mana significantnya maulidur rasul itu dalam diri kita sebenarnya.

Seiring bertambahnya tahun dan umur kita, sejauh manakah kita benar-benar menghayati erti kelahiran Baginda s.a.w dalam hidup kita seharian?

Adakah kita tergolong dalam kumpulan mereka-mereka, yang hanya angguk-angguk dan geleng-geleng saja? *ikut-ikutan* Orang sambut, kita pun sambut. Nanti kalau tak sambut orang sekeliling kata apa pula kan? Tak best lah gitu.

Atau mungkin mereka yang sibuk dengan dunia sendiri yang lebih penting hingga lupa keadaan sekeliling. Apa jadi pun tak mahu ambil tahu. Yang penting hidup aku selesa dan kerja aku selesai. Cuti, berehatlah. Apa nak sibuk-sibuk kan?

Di pihak manakah kita agak-agaknya? Satu ketika, saya pernah termasuk golongan-golongan di atas. Tapi sekarang, harap-harapnya bila usia bertambah, bertambah lah jua kematangan, cara berfikir dan cara penilaian tentang kehidupan.

Berharap, biarpun mungkin tidak mampu untuk menjadi sehebat para pejuang dahulu dan sekarang memperjuangkan Islam tapi masih ada mengalir dalam darah semangat demi Islam itu.

Saat terkenang kekhilafan diri yang terlalu banyak, malu rasanya untuk mengharapkan syafaat dari Baginda di akhirat kelak. Jika ditanya nanti, pengorbanan apakah yang telah dilakukan demi agama sendiri...tak pasti mampukah bibir untuk memberi jawapnya.

Terdetik dalam hati, jika diizin Tuhan untuk berziarah ke makam Baginda, mampukah wajah diangkat memandang makam Baginda biar pun dari jauh, kerana sebagai umat yang terlalu dikasihi itu, rasanya seperti saja gagal diri ini menjalankan tanggungjawab yang telah terpikul.

Sejauh manakah ingatan kita pada Muhammad s.a.w? Sehebat ingatannya pada kitakah? Bila mana di saat-saat akhir kehidupannya, yang terucap di bibir Baginda adalah...
Ummati..Ummati...Ummati..
jika kita mampu mengasihi seseorang begitu hebat hingga melebihi kasih pada diri sendiri, kenapa tidak mampu untuk mencintai insan yang bernama Muhammad bin Abdullah ini sehebat itu juga?

Tepuk dada, tanyalah iman. Di mana letak duduk cinta untuk yang berhak itu dalam hati kita.

*Peringatan untuk diri sendiri*

Jom perbanyakkan selawat~jom, jom!


With Love,
iNz

No comments:

Post a Comment