in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
Semalam,
seusai azan subuh...saya lelapkan mata sebentar (hajat di hati cuma 5 minit. 5 minit saja...sebelum benar-benar bangkit untuk membersihkan diri dan berwudhuk)
namun pagi itu saya dikejutkan dengan suara pecah-pecah emak. Subuh saya diiringi sedu emak yang mematikan segala rasa kantuk yang bersarang (kerana tidur lewat menyiapkan report).
"Along, bangun...Nek Ngah dah tak ada.."
Sebaris ayat emak, menyebabkan spontan saya terus bangun dan terduduk di pembaringan.
Terkedu, mungkin itu lebih tepat.
Selama beberapa minit fikiran saya benar-benar kosong. Melayang. Entah ke mana. Perasaan saya benar-benar keliru. Antara percaya dengan tidak, terkejut..segalanya bercampur menjadi satu.
Selepas mengejutkan saya, emak terus ke depan....menelefon adik-adiknya yang lain, saudara mara..yang jauh dan dekat. mengkhabarkan kehilangan insan yang cukup dekat di hati kami.
Saya yang masih dalam keadaan terkejut yang amat sangat memandang ke arah maksu yang sudah kemerahan mata, menahan tangis. Mencari kepastian lagi biarpun saya tahu berita kematian itu bukan suatu perkara yang boleh dibuat main.
Entah berapa lama saya begitu, saya sendiri tak pasti sebelum saya akhirnya tersedar yang solat subuh masih belum tertunai lagi.
Usai solat, barulah saya boleh berfikir dengan agak jelas. Apa yang harus dibuat, perancangan untuk pagi ini...apa yang mesti diselesaikan.
Ada sedetik rasa di jiwa...
Rupa-rupanya, hajat untuk menzirahinya tidak kesampaian...
Namun saya mengerti. Itu yang terbaik buatnya setelah beberapa bulan menderita. Sedalam mana sayang saya, Tuhan lebih menyayanginya.
Masih saya ingat saat saya kucup dahinya, sekilas ada bau harum yang tak dapat digambar dengan kata-kata.
semoga roh Allahyarhamah Nek Ngah sentiasa dicucuri rahmat Allah dan diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa...amin.
Al-Fatihah.
ps: saya sudah tidak akan kemaskini blog ini lagi selepas ini kerana sudah mula menggunakan wordpress. sekian.
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment