Salam.
Ok. Hari ini boleh berehat sepanjang petang dan tidur awal semula seperti biasa kerana waktu tidur telah mengalami gangguan serius selama 3 hari. (penting bagi seorang penganggur terhormat seperti saya ;P)
Hari Ahad, sebelum mengambil Syuk di komuter Rawang telah pergi berjalan ke rumah pakcik di Selayang dan begitu bersemangat sekali masuk ke gim untuk meningkatkan stamina diri yang seperti makcik-makcik & nenek-nenek ni. Ok, baru tahu banyak betul prosedur nak masuk gim ni. Nak tunggu security ambil kunci je dah ambil masa 30 minit plus plus! Tapi sebab semangat masih tetap waja, nak jugak tunggu sampai dapat masuk.
First impression?
Laaaa, eh..baik saya pergi gim kat rawang tu kalau peralatan dia cuma ada 4 jenis saja. Ceh, sungguh buang masa dan kesungguhan betul. Berkunci bagai macam ada berpuluh peralatan. Sigh. Tak pe, bersabar nabila...kerana itu sebahagian daripada iman. Ok.
Masuk. Kemudian main-main. Lari-lari sekejap. Tengok jam. Alahai, baru sepuluh minit? Dah mula berasa bosan sebab tak ada langsung kewujudan orang lain di dalam tu kecuali saya yang tiba-tiba gatal nak pergi gim hari tu.
Selepas agak-agak dah tak mampu nak tanggung tahap kebosanan yang mula meningkat tak mahu turun-turun, saya pun cabut keluar dari gim pergi ke kolam renang di mana sepupu-sepupu serta Maksu sedang enak bermain-main.
Mula-mula fikir tak mahu lah join. Dahla tak bawa baju spare ni. Karang nak pergi ambil Syuk kat stesen lagi. Takut la tak sempat pulak. Alih-alih, selepas dipujuk rayu oleh mereka, tumpas juga akhirnya!... isk.
Tapi memang fail dan tak mampu nak berenang dari hujung kolam ke hujung kolam sebab semput di tengah-tengah. Haha. Adoih.
Padahnya, terlambat 20 minit untuk ambil Syuk. Sorry Syuk! Dan malam tu, tidur awal dengan penuh nyenyaknya.
haha. apa nak jadi saya ni kan?
Yours Truthfully,
Misz iNz
No comments:
Post a Comment