Tuesday, October 13, 2009

Rezeki Hari Ini

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam semua. Morning!

:B

Rezeki hari ini. Secara tiba-tiba Abah begitu baik hati bertanyakan saya, " Nak makan nasi lemak tak untuk breakfast?"

Ya Allah, ya Allah......rezeki tiba-tiba yang engkau berikan ini kerana doa saya kah atau kerana doa-doa orang-orang tersayang kepada saya? :B (kepada sesiapa yang tak faham. Ini adalah senyuman nampak gigi. Ye, sebab gigi saya besar dan banyak. Sbb tu senyum pun mesti kena nampak gigi jugak.) Hesshh. (-_-)"

Oh, baru buat baik sedikit hari ini, Allah sudah hantar rezeki ke depan mata. Lihatlah, betapa-tapa sayangnya Tuhan pada hamba-hambaNya. Kita saja yang selalu lupa nak ucap terima kasih.

Alhamdulillah.

Yang sebenarnya, sejak duduk ber'cuti' tanpa gaji di rumah, jarang-jarang sekali saya makan sarapan. Selain memaksa nafsu makan untuk turun (begitu juga dengan berat badan), tiada siapa juga di rumah yang akan sudi memakan masakan saya. Kerana di rumah ini cuma saya seorang saja. Dan kalau si adik, Encik Farhan itu ada di rumah, dia juga akan tidak sudi untuk makan sarapan saya kerana beliau selalu bangun 'awal'.

Jadi untuk tidak membazirkan makanan selain sejumlah tenaga yang harus dibakar sewaktu proses membuat sarapan, saya cuma memasak untuk makan tengah hari yang sekaligus merangkap dinner. Batch process. Haha. :B

Senang dan mudah. Sebab tak banyak bahan-bahan yang harus digunakan untuk dijadikan satu menu enak yang bisa dimakan bersama keluarga. Kalau buat sarapan, yang mana cuma saya saja yang jadi tukang makan....itu sangatlah buang masa dan penuh pembaziran. Kenapa?

1. Saya sangat suka makan pelbagai menu dalam satu pinggan.
2. Malangnya kapasiti perut tak mampu menampung tahap keinginan yang membuak-buak ini. (tamakkah saya?) (=__=)"
3. Saya adalah seorang pemakan yang sangat lambat. Dulu-dulu masa sekolah rendah, maha lambat. Tapi selepas masuk sekolah UTP, laju sikit daripada kura-kura. Jadi masa kenyang itu adalah sangat lama. Sehinggakan, jika saya makan 1 pinggan nasi ayam (saiz biasa) pada pukul 2.30 petang, saya boleh berasa kenyang sehingga malam dan siap boleh tidur lena lagi selepas solat maghrib. Haha. (this is only applicable at home) kerana di UTP banyak tenaga digunakan berbanding di rumah.
4. Selalunya semua orang akan pulang selepas pukul 5 dan akan cari nasi serta lauk. So, say Goodbye to breakfast yg dimasak pagi tadi. Tiada siapa yang sudi lihat anda.

Jadi, lebih baiklah memasak lauk-pauk yang seisi keluarga boleh makan, betol tak? Semua orang boleh makan dan boleh berulang-ulang kali makan jika menunya enak dan berkhasiat. Hee :B

Eh, apa ke halnya mengarut masuk topik makan secara tiba-tiba? Tadi kan tengah cakap pasal rezeki yg Allah bagi. Sorry ye, terkeluar topik secara membuta-tuli tanpa sedar.

Semalam telah bertekad mahu berjogging sekeliling tasik di depan rumah. (Nak keluar topik juga, sebab dah tak ada apa nak eloborate psl rezeki lagi). Di sebabkan oleh amaran merbahaya daripada Mak di dalam telefon, makanya saya tidak jadi pergi ke tasik sehinggalah matahari sudah naik dan hari sudah terang. Haha. Adoila.

Mak kata, hati-hati pergi sana. Jangan pergi awal-awal, nanti tak ada orang kat sana bahaya. Ada 'flasher' banyak kat situ. Karang dia kejar karang baru tahu. Ok, kecut perut saya dengar omelan Mak dalam telefon.

Agak sia-sia saya belajar silat gayung sehingga sakit pinggang dan terpaksa menahan sakit dan seksa urut perut untuk betulkan kembali kedudukan rahim ( kedudukan berubah mungkin sebab selalu jatuh atau terhentak semasa latihan) bila akhirnya saya pun tunggulah sampai pukul 8.30 baru bergerak ke sana. Adoila.

Heh. Ibu-ibu memang begitu agaknya. Suatu hari nanti, mungkin saya juga akan cakap perkara yang sama kepada anak perempuan kerana terlalu bimbangkan keselamatannya. Hakikatnya, ramai lah orang kat sana~ (-__-)" ada yang bawa baby dan anak kecil bermain-main di playground berdekatan dan ada sekumpulan nenek-nenek dan atuk-atuk yang berbangsa tionghua yang sedang bersenam di situ juga. Eshhh la Mak saya ni....haha. :B

Baiklah. Baiklah. stamina sangat teruk dan buruk sekali kerana tidak pernah bersenam selain berjalan kaki mengelilingi shopping mall sejak duduk rumah (which is so not frequently). Daripada 3 pusingan yang dibuat. Saya cuma berjaya berjogging 1 pusingan sahaja. 2 pusingan lagi ialah acara berjalan kaki secara laju tapi bukan berjogging (ececeh, nak juga tu kata bersenam)

Sesungguhnya, hasil positif selepas bersenam semalam ialah, tidur malam saya tersangatlah nyenyaknya sehingga boleh terlelap begitu sahaja selepas solat maghrib dan bangkit penuh segar jam 3 pagi.

Yela, yang itu part positif. Yang negatif? Saya merasakan diri seperti nenek-nenek tua yang tidak larat berjalan apabila tidak mampu meneruskan 2 pusingan lagi dengan berjogging! Sangat tidak ada stamina!

Hari ini rehat sebentar. Haha :D Esok akan sambung lagi berjogging. Eh, mungkin patut mulakan dengan berjalan secara laju sebanyak 5 pusingan selama seminggu. Next week I'll start to jog again. Dan kita tengok hasilnya nanti.

Eh, cop. Saya bukan bersenam untuk kurus eh? Mind you, this is for my health. Kerana sekarang berada di tahap health cautious yang sedang mencanak-canak naik. Few months before, I was diagnosed with a very high cholesterol, 7.4 out of 10. Sebab itulah selalu mengalami sakit kepala especially during fasting month time nak dekat-dekat berbuka.

Mungkin, jika saya panjang umur dan tidak mengambil inisiatif untuk menurunkan kolesterol sekarang, saya akan menjadi seorang tua atau wanita matang (30-an) yang menghidap sakit jantung, darah tinggi yang mempunyai risiko tinggi terkena strok. (pencerahan agung tiba-tiba masuk ke otak). Itu jika di masa depan.

Di masa sekarang? Kalau tak pulihkan stamina, saya akan jadi seorang manusia lemah dan tak berdaya. Mana taknya, baru buat kerja berat sikit sudah penat lelah dan kalau buat juga, akan sakit dada. See, betapa pentingnya saya kena bersenam sekarang. Untuk kebahagiaan dunia & akhirat juga.

Penting untuk akhirat, sebab kalau saya tak cukup tenaga, macam mana nak tolong orang? Macam mana untuk jadi tangan yang di atas (selalu memberi), bila kelayakan ialah tangan yang menadah? Mengharap belas ihsan orang, bila tak mampu jaga diri sendiri bila dah tua (merenung masa depan secara tiba-tiba)

Jadi, kesimpulannya kesihatan yang baik juga adalah rezeki daripada Allah. Lebih baik menghargainya dan menjaganya dengan baik sebelum ditarik semula dan kemudian menyesal tak sudah di hari mendatang. Sebab tak semua orang bertuah seperti kita, yang boleh makan apa saja yang enak (dan halal). Siap boleh tunjuk-tunjuk atau order je. Dan tidak semua orang sebertuah kita yang boleh berjalan riang-ria di atas bumi Tuhan kerana mereka terlantar di atas katil menahan sakit. Hanya mampu memandang dinding dan syiling yang putih dan menghirup udara yang penuh 'kehospitalan' kerana pekat dengan bau ubat.

Haha :D Jadi inilah entri cacamarba saya untuk hari ini. Pendahuluan tentang nasi lemak belian Abah, di susuli dengan isi-isi penting tentang makanan dan jogging. Penutup dengan isu kesihatan. Kalaulah cikgu Ruhimi baca karangan saya ini, pastilah telinga saya akan ditarik oleh beliau. Harap-harap Pipah tak baca entri saya. :B Jangan bagitahu cikgu eh.

ps: Hari ni nak beli buku Sang Pemimpi pula. Popular, here I come~ teehee :B

pss: Kalau kita terjaga daripada tidur dan terus teringatkan seseorang secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba juga menghantar peringatan kepadanya supaya menjaga diri baik-baik sebab merasa agak kurang senang hati adakah itu dikira intuisi (intuition)?



With Love,
iNz

2 comments:

  1. da tau da kamu tuh...mmg nafsu mkn membuak-buak..tapi akhirnyer mknn x grk2 pon drpd meje~~heheh..

    ReplyDelete
  2. hoho.

    kmu memang memahami sy lah sueey. tapi sy rasa semua orang yang kenal rapat dgn sy pun mmg tahu fiil sy yg 1 ni. ssh nak buang lah. kalau mkn cepat2 nnt sy akn sakit perut 1 hari. T______T sbb mknn tak hadam betol2.

    ps: perut baby yang terkurung dibadan orang dewasakah ini? T___T

    ReplyDelete