Wednesday, October 7, 2009

Hadoihla.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Duh-uh. Macam mana mahu buang the automatic 'read more' line that seems to appear at the end of my post each time? Ppl, help me! :puteh_10: I've deleted the script in the html code before this. ai, ai. awat ada gak lagi ni? Oh, saya ingat! saya ada paste something juga di tempat lain. Tapi malang sekali lah, sekarang sudah lupa di mana ia dilekatkan. Sheesshhh. Susah betoll menjadi si pelupa ni.

By the way, tak ada orang mahu ambil saya kerja kah? atau mereka ni dah tahu awal2 lagi yang saya ni masih nak bermain-main di rumah lagi? Isk, kantoi.

Buat masa sekarang, cuma mengasah bakat menjadi pemandu berkaliber di kawasan Rawang kerana setiap pagi harus hantar Maksu ke sekolah. Mind you, Maksu bkn pelajar, tapi adalah seorang Guru di sekolah rendah yg merangkap bekas sekolah rendah saya dulu. Tapi malangnya saya dah tak kenal lah 80% daripada guru-guru di situ. Hee. Cikgu-cikgu saya semuanya sudah naik pangkat gamaknya. Tak pun dah bersara.

Mungkinlah kot.

Berhasrat konon-kononnya ingin menjadi seorang pendidik. Tapi Tuhan kata nanti dulu. Haha. Sebab bekas sekolah saya ni kedekut duit. Tak mahu ambil guru sementara untuk gantikan cikgu yang dah bersalin tu. Isk, ntah pape ntah la sekolah ni. Sabar je.

"Kita kena buat mesyuarat dulu sebelum buat keputusan nak ambil cikgu ganti ke tak," kata Puan Guru Besar pada Maksu saya.

Eleh, saya tau dah...takmo amik lah tu.

Bangun pagi dah siap awal sangat dah ni. Sama dengan orang bangun pagi nak pergi kerja. Pukul 5 pagi mata dah terbuka tak mahu tutup dah. Haih!

Terpaksa lah buat segala apa yang boleh dibuat di rumah untuk mengisi masa termasuklah berbual-bual kosong dan merapu bersama rakan-rakan yang juga senasib.:puteh_25:


Malam tepat pukul 10, mata sudah tertutup. Sejak jadi penganggur ni, tidur dengan Mak adalah hobi baru saya. haha. Tak kisahlah orang nak panggil anak Mak or whatever name you want to call me. Tu Mak saya.:mHurm: Ada saya kisah? Bila lagi nak bermanja-manja dengan Mak, kan? Nanti dah kerja saya dah tak dapat nak buat macam ni dah. Btol! Percayalah.

And oh, rupa-rupanya Mak panggil saya 'Si budak malas kerja' di pejabat. Salah seorang staff Mak bagitahu rupa-rupanya salah satu cara untuk mengurangkan stress ialah dengan bertanya soalan ntah hape-hape dan menjawabnya juga dengan ntah hape-hape. Nak tau Mak jawab apa?

"Oh, memanglah. Tambah-tambah lagi ada budak yang malas kerja tu. Dia lah yang jadi tukang pengurang stress sekarang."

Eh, eh....cop! patutlah selama ni Mak suka kacau saya tidur. Setiap kali saya nak tidur, mesti kena kacau.

Ada sekali tu saya tercakap macam ni,

"Iskkk, gemoknye. tak muat la tilam ni. Maakkk.....," dalam keadaan mamai-mamai.

Oh, Tuhan. Ampunkan saya!

Mak gelak-gelak je..rupa-rupanya dia saja mengacau puteri beradu ni tidur~.
:mCry:Tak adil betul. Telah dijadikan bahan eksperimen rupa-rupanya. Nak kerja cepat2 lah macam ni.

No comments:

Post a Comment