Saturday, October 10, 2009

Hari Yang Mengujakan.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik.

Hehe. :puteh_6:Baru sudah menonton 'Nur Kasih'.



Yea, memang kami sekeluarga menjadi ibarat tunggul di depan tv sebaik saja melodi lagu Nur Kasih dendangan Yasin mula berkumandang di kaca tv. Oh, kecuali adik saya, Encik Farhan treceinta. ( Tak tahu lah ape maksud treceinta ni. Mana dia dapat pun saya tak tahu)

Yang sebenarnya, kipas-susah-mati drama bersiri tersebut di rumah ni hanyalah saya dan Mak. (seperti biasa, kaum hawa mendominasi hal-hal sebegini) sementara Abah pula mula menjadi ahli kelab sejak akhir-akhir ini saja. Sejak plot drama mula memasuki fasa pertengahan. Alah, scene sebelum Adam pergi menunaikan umrah dan kemudian berjumpa kembali dengan Nur Amina di sana.

Semenjak menjadi penghuni tetap di rumah ini semula, saya memang tak pernah miss menonton drama ini. Kalau pun terpaksa miss di tv3, nanti-nanti saya akan menontonnya di laman web tv3 pula. Walau pun siri itu agak lambat di'upload' di laman tersebut.

Wahh. Wahh. Siapa sangka ye Katrina akhirnya kembali semula dengan personaliti berbeza.

I can't wait for the next episode! :puteh_2:

Tersenyum saya bila mambaca satu komen daripada blog lagi satu. Kata seorang sahabat, saya macam sangat gembira sejak tinggal di rumah. Haha. Sebenarnya biasa-biasa aje. Tapi menjalani kehidupan tanpa stress beberapa bulan ni agak mengujakan selepas menghadapi setahun yang penuh tekanan semasa final year. I think I finally have myself back this time.

Walaubagaimana pun, siapa kata duduk rumah otak akan jadi beku? Dulu saya fikir begitu juga. Tapi sekarang tak lagi! Sebab saya banyak belajar dari kehidupan melalui pemerhatian dan pembacaan sekarang. Ilmu-ilmu yang saya kutip dari sekolah kehidupan sangat banyak dan tidak terbatas sebenarnya. Dalam bercuti, saya masih belajar. Secara tidak langsung. Melalui alam. Melalui hidupan. Orang sekeliling. Hatta haiwan sekecil semut juga bisa menjadi guru. Itu pun kalau kita sudi membuka mata dan hati.

Dan kawan-kawan, sungguh saya rindu anda semua! Take care wherever you are and what ever you do. God bless.

ps: kadang-kala, tidak semua yang kita lihat dan kita dengar itu benar. jangan terus membuat tafsiran berdasarkan apa yang dilihat dan didengar. tetapi selidikilah dahulu kebenarannya supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

pss::pompom: baru beli buku laskar pelangi. dalam masa 1 malam saja boleh dihabiskan.( tapi mahu baca lambat-lambat supaya boleh menghadam segala isi dengan sempurna)



psss: tak sabar-sabar nak lengkapkan koleksi tetralogi laskar pelangi! :mLove:sb saya rasa sudah jatuh cinta dengan tulisan andrea hirata. (tadi saya curi-curi baca sikit sebelum drama Nur Kasih bermula :P)

pssss: berapa banyak huruf s daa? harap-harap segala urusan saya dipermudahkan olehNya. sedang menunggu penuh sabar appointment seterusnya dengan encik doktor.

With Love,
iNz

No comments:

Post a Comment