Saturday, October 31, 2009

Come home, will you?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful







ps: the recurring dreams seem to haunt me back.

Friday, October 30, 2009

hati rapuh

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Terasa malas benar mahu meng'update' the other blog. ever since I have make it a public one kan, susah sikit nak cakap pasal benda yang personal-personal ni. Especially bout heart and feelings (eceh! tetiba je?)

JAdi update saja di sini. And tak semua orang bertuah dapat baca. Only few selected people saja. (sila berbangga dengan diri anda sekarang!) haha. sangat annoying jugak entri-entri di sini kerana ia berkisar tentang diri saya saja. Tapi korang kan kawan-kawan saya ni, patut lah mabil tahu update saya kan? kan?

*mischief grin *

beberapa hari ni, saya telah dilanda penyakit air mata. sekarang, setiap kali lepas solat dan angkat tangan mahu berdoa saja, kelenjar air mata akan bekerja keras mengepam air mata supaya keluar bergelen-gelen daripada mata.

:mThinking:

dan penyakit ini bermula setelah 2 hari berlalu saya membuat outrageous action last Sunday ( sekarang sudah nak masuk new Sunday lagi 2 hari?!). saya memang tak puas hati gila lah ni. apa ke halnya dengan otak dan emosi saya sekarang? tiap kali angkat tangan je, teringat pada dia. setiap kali lepas solat, sampai rasa macam malas nak berdoa sebab nanti saya akan didatangi perasaan aneh, hati berasa teramatlah dekatnya dengan dia. sangat-sangat. setiap kali berdoa, saya selalu akan membayangkan wajah-wajah orang yang didoakan dan mind you guys, wajah dia akan muncul tanpa dipinta-pinta lagi sekarang. suka-suka hati memunculkan diri, means dia memang akanlah termasuk dalam doa saya secara tak langsungnya.

duh! (bukan bermaksud untuk mengeluh) tapi ini satu peristiwa pelik lagi aneh. saya sedang merelakan dia pergi daripada hati saya. come on lah! tapi bayangan dia semakin hari semakin jelas dalam setiap doa-doa saya. am I going crazy because I am jobless and have nothing to do at the moment? I don't think so!

He didn't appeared in my everyday routine. Faham maksud saya? Tak, saya tak teringat langsung kat dia setiap hari saya, dalam apa pun yang saya buat, kecuali selepas solat dan apabila mahu berdoa. That's the crucial moment! That's the time when I feel like I miss him so much till my heart hurts.

Dush! *hitting my own head*

Apa sudah jadi ni?

Any answers?

No....

Sejuta kali saya bertanya diri sendiri pun, 1000, 000 000 kali jugak lah the answer is still NO.

Everytime I ask people, they'll ask me to do istikharah.

Baik. that's the best answer. Tapi....

Tapi.....saya punya kondisi sekarang tidak mengizinkan. Got what I mean? Kalau hati, emosi dan akal tak seia dan sekata, how can I digest and analyze the answer that I got from Him after I perform the solat? Yang dulu punya solat, jawapannya hati saya sendiri yang berbelah bahagi. Kejap nak, kejap tak mahu.

Maybe I should go for another solat sunat.

and this time, I have to do it seriously.

Ikut hati, I really wish it's him.

Ikut akal, selepas considering few things. seperti?

Let me elaborate my dream future family. Saya ni, nampak la macam baik je. But no,

1. I need someone who has stronger foundation in faith than me to guide me. Sebab saya ni perempuan kan? Dan perempuan selalu ikut perasaan dan hati walaupun saya ni nampak je macam seorang yang cool and tak selalu emosi sangat like certain girls. but that doesn't mean that I never have the adrenaline rush!. Dia tak perlu seorang ustaz. Tapi cukup kalau dia bisa memahami jiwa saya dan tahu how to counter me back when I am not myself.

2. Understanding, Patient and loving. Dia mesti belajar untuk memahami jiwa saya. Sebab saya rasa saya ni mempunyai split personality kot. Kalau time baik, akan jadi sangat baik nyeee. Kalau tiba time serabut tu, masya Allah....tak tahu nak kata.

Yours Truthfully,
Misz iNz

Tuesday, October 27, 2009

" I will keep walking on this road, even if I have to endure endless pain.." -iNz-

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

hurm. last Sunday I did something outrageous. But quite rational enough for me lar. kot. Huhu. Entah kenapa nak juga telefon dia untuk confirmkan sesuatu and then I can let go everything. I thought so. Dan setiap kali mahu bertekad untuk telefon pasti akan rasa mengantuk secara tiba-tiba. Kali pertama tekad tu, akan telefon selepas solat isyak. Disebabkan perasaan cuak yang melampau dan terlalu nervous, saya siap solat sunat 2 rakaat mohon supaya Allah permudahkan segala-galanya dan saya dapat sampaikan apa yang saya nak sampaikan. It has been almost 9 months I haven't heard his voice. So I'm kinda nervous and afraid that that my voice will turn shaky the moment I hear his voice. And our last conversation didn't end in good term. So, perhaps the chances of he's going to pick up my call will be 50-50 depending on his mood.

Since I thought I was going to say something a bit serious, I texting him first so that he'll be prepared and ready. Dan semasa tertunggu-tunggu itu lah saya ketiduran. Hai, dia pula pergi reply 1 hour after that. Di kala saya memang betul-betul tengah enak dibuai mimpi. Aduhai.

Saya fikir, mungkinlah tak ada rezeki kot mahu telefon. Jadi membuat percubaan kali kedua. Minta nak telefon lagi keesokan harinya. Sampi ke malam la pula dia tak reply. Bila saya decided untuk telefon juga and go for it, selepas mendapat nasihat daripada teman-teman yang tahu, selepas solat maghrib saya tetapkan mahu telefon. Tahu apa jadi?? Lepas saja solat, saya macam jadi sleeping beauty! Rasa mengantuk yang amat sangat tiba-tiba datang tak dapat di tahan-tahan. Sudahnya tidur sampai ke pagi. Bangun pukul 5 pagi untuk solat isyak. :puteh_25:gagal lagi untuk kesekian kalinya.

Macam asyik terhalang saja. Sampai saya rasa dah malas nak telefon. Dan nak biarkan aje apa-apa rasa ni terus bersarang ni hati. Merelakan diri being haunted for the rest of my life (hyperbola). Tapi esoknya, saya kuatkan tekad lagi. Okey, mahu telefon lepas zohor. NAk telefon pagi-pagi pukkul 9 takut tak bangun lagi sebab weekend kan. Orang selalu bangun lambat. Penganggur macam saya je yang bangun awal setiap hari. Hahah.

Dari zohor, sampai ke asar tak tertelefon-telefon lagi. Saya make-up my mind to call selepas asar. Dan seperti biasa penyakit pelik tu datang lagi. Usai saja solat asar, rasa mengantuk tahap godzilla tu datang lagi! Saya kuatkan hati tak mahu baring dan duduk je tetap kat atas sejadah. Lama jugaklah nak tunggu kan sampai rasa mengantuk gila tu betul-betul hilang. Dah lepas hilang tu, datang pula rasa nervous gila tak tahu nak kata. Habis semua orang yang tahu pasal benda ni saya telefon. Dan entah kenapa, tiada seorang pun yang angkat telefon. aneh betul!

Dan waktu itu saya memang betul-betul rasa sendirian. Seorang diri kena hadapi perkara ni. Macam, it's now or NEVER. Berdebar di dalam hati usah di kata.

deringan pertama....
kedua......
ketiga......
keempat....(saya dah mula rasa nak letak telefon je)
kelima.......( dah mula fikir dia tanak angkat)
masuk keenam....

"hello...?" (bermelodi sikit gaya sangat relaks, macam memang nak angkat call tapi terlambat sikit)

Jantung rasa berhenti sekejap.

Ya Allah...ya Allah....apa saya nak cakap ni eh?

Mujur awal-awal tadi saya sudah siap-siapkan apa yang patut. Sila ketawa sekarang. Sebab sebelum telefon, saya sudah agak takut-takut bila dengar suara dia nanti lain jadinya dan lupa semua benda..(silap-silap menangis pulak ke) saya siap tulis macam ni lagi:

intro: hello, bg salam. bg tahu telefon untuk tanya beberapa soalan je. tak lama, lepas tu akan letak phone.

isi penting:

1. tanya ada apa-apa yg saya hutang kat dia lagi tak?
2. ada apa-apa yang dia tak puas ati kat sy tak?
3. mintak maaf.

penutup: ucp terima kasih. bg salam. letak phone.

*gelak berguling2*

memang sumpah saya tulis mcm ni kat dalam diary hitam saya ok. tak tipu kamu semua.

masa dia angkat phone tu, saya rasa jantung berhenti sekejap. and beberapa saat lepas tu baru saya cakap "helo, assalamualaikum...kejap eh..."

jauhkan phone dari saya, berdehem2 untuk clearkan suara....( nak hilangkan suara nervous) siap cakap. "ya Allah nervousnya!!!!..." secara bisik-bisik.

Pastu barulah, cakap apa yang ada dalam skrip. Memang robot habis! sebab buta-buta ikut skrip.

"err, bz ke? sori la. ganggu ke? nak tanya beberapa soalan ni.."

"eh, tak.. tak bz pun..nak tanya ape?"

"em, soalan pertama. saya ada hutang apa-apa lagi kt awk ke?"

"em...(mcm berfikir sat) ntah. tak de da kot. kalo ada pun, tak pe la. kire halal laa.."

"em, ok. soalan kedua. ada apa-apa yg tak puas ati tak?"

"hahahaha(ketawa penuh suka)... ntah, tak de kot. sume dah setel. da abes, da keje. ok. tak apa yg tak puas ati...(suara penuh kebahagiaan dengan life sekarang)" --->mmg totally out la jawapan ni. saya tanya dia ada tak, tak puas ati kat saya....lain pulak dia jawab... adoi.

"oh, (suara nervous gile, tak perasan jawapan tadi x ikut skema...nak cepat-cepat matikan panggilan) ok. err.... emmm (berfikir, apa lagi nak tanya ni??? tadi macam banyak gila. skang rasa mcm ..erk, 2 soalan je saya nak tanya????)....ok, da takda kot. nak tanya dua soalan tu je tadi. ok, terima kasih. assalamualaikum..."

terus jauhkan phone, matikan panggilan.....and tak dengar pun apa dia cakap lagi dah....

hahah, pathethic sungguh.

kemudian, teringat balik suara dia.

that's how he sounds when he pick up my calls during our 'good old days'. suara yang sangat ceria dan gembira.

dan tak sangka, that it is the sound that I miss the most all these times. Dah lama tak dengar suara dia macam tu. Sebab lepas break up, his voice turns cold and harsh. And it goes the same in messages.

Ada satu perasaan halus yang pelik mengalir dalam hati saya selepas letak telefon. Seolah-olah saya dapat merasakan kebahagiaan hatinya dengan kehidupan dia sekarang. Dan entah kenapa percikan bahagia itu seperti mengenai hati untuk turut berasa bahagia juga melihat dia begitu. Ya, saya gembira sangat bila tahu yang dia sekarang sudah hidup bahagia. baik-baik. berjaya dalam hidup. get what he wants.

Mungkin kerana itu adalah salah satu doa saya yang termakbul, maka saya berasa gembira. Tapi entah kenapa, tiba-tiba saya dijentik rasa sayu pula. Rasa sayu dan sedih sangat. Sebab baru saya mengerti hati sendiri, bahawa....selama ini suaranya adalah sesuatu yang paling saya rindui. Rindu yang sangat dalam sampai saya rasa sakit di dalam dada. Saya tak pernah tahu yang selepas saja mendengar suara dia, semua rindu macam sirna dengan sendirinya. macam hati sembuh tiba-tiba. Aneh sekali hati saya ni ek? Rasa lapang sangat-sangat. Seolah-olah ia tak pernah sakit pun sebelum ni.

Jadi, baru sekarang saya tahu. Yang dia, masih ada kesannya pada saya tanpa saya sedari. Saya fikir saya sudah ok. Saya fikir saya ok saja. Walau pun kadang-kadang teringat, anggap itu perkara biasa bila orang putus kasih. Tapi rupa-rupanya saya tak berjaya mengerti hati sendiri. Patutlah. Dulu kerap mimpikan dia. Sehingga terjaga dari tidur. Patutlah dulu mimpikan ibunya juga. Rupa-rupanya hati saya terlalu rindu dia, tapi saya tak sedar. Atau saya sendiri yang in denial yang amat sangat tanpa sedar telah menekan jauh perasaan itu dalam lubuk terdalam hati saya. Saya anggap saya sudah sihat sepenuhnya bila sudah tiada air mata yang mengalir lagi. Dan saya fikir saya sudah heal. Thinking that my wounded heart is already heal. fully. without scar. without noticing that at the deepest part of it, it still bleeding silently. Ouch!


Kalau Allah beri saya jawapan dan ilham bagaimana untuk menyekat aliran kasih sayang supaya saya boleh keluarkan dia daripada list orang-orang yang saya paling sayang, kasih dan cinta yang juga termasuk dalam golongan orang-orang yang saya tak pernah miss doakan. Doa yang sama saya minta untuk diri sendiri, juga saya minta untuk mereka...saya adalah orang yang paling gembira di dunia ni (saya fikir la.)

Selepas hari bersejarah tu?

Yeah, saya sudah let go of him. fully. walaupun jauh dari sudut hati....hati tetap masih sama. dan sayang masih tetap mengalir seperti sungai tanpa empangan. cuma bezanya kali ini, saya sudah dapat belajar untuk redha dan pasrah. Bila bahagia untuk dirinya adalah yang terbaik without me by his side. Ye, saya tetap mahu dia bahagia sebahagianya di mana pun dia berada. selagi dia bernafas hingga hujung nyawa. Saya tetap mahu dia bahagia. Dan saya juga mahu dia bahagia di akhirat sana. dalam kehidupan yang kekal abadi. Saya tak mahu dia menitiskan air mata. Tak mahu dia rasa sedih lagi. dan saya tahu, dia tak akan menitiskan air mata, tak akan sedih atau berserabut lagi bila saya tak ada di sisi dia.

Cinta ke ni? entah. saya sendiri tak tahu. yang saya tahu, saya mahu semua orang yang saya sayang, rasa gembira, bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. and he is among the top 10 in my list. walau pun bukan dalam top 5 lagi.

Dulu-dulu, saya masih simpan harapan dalam hati yang saya ingin jadi orang yang akan wipe all his tears. jadi tempat dia berteduh di saat dia penat dan lelah dengan kehidupan. jadi seseorang yang dia percayai untuk tidak merasa takut dan inferior untuk menunjukkan kelemahan dirinya. jadi seseorang yang boleh jadi segala-galanya untuk dia. seseorang yang akan berkorban apa pun untuk melihat dia bahagia. yang dapat menjadi sayap kiri untuknya. seorang bidadari yang akan meniupkan kata-kata semangat dan keyakinan padanya di saat dia down. yang dapat memberi idea di kala dia kebuntuan. dan yang dapat memberikan segala kasih dan cinta yang memberi tenang dan mendinginkan hati dan jiwanya. yang disimpulkan, seorang isteri yang tulus dan ikhlas.

Tetapi jodoh itu urusan Tuhan. dan dia mungkin bukan orangnya yang dapat saya tumpahkan segala yang saya impikan walaupun dia adalah orang yang saya sayangi.

Dan, saya bukan lagi orang yang wujud dalam hati dia. Dalam mimpi pun tak pernah muncul menemani dia. Cintanya untuk saya juga dah lama mati. Berkubur tanpa nisan 9 bulan dulu.

ps: it took me a while to accept his weaknesses. selama saya kenal dia, saya belajar bagaimana untuk menerima dia seadanya dia. menerima kekuatannya dan kelebihannya. menerima kelemahan dirinya dengan tidak lagi meletakkan harapan yang tidak-tidak atau membuat dia berasa seolah-olah dia harus diubah mengikut acuan impian saya. 2 tahun, cukup lama untuk menjadikan saya seseorang yang qanaah.

pss: dan saya masih lagi mencari, berharap dan berdoa agar insan yang Allah jodohkan buat saya itu bisa menerima saya apa adanya saya. dan berusaha menutup kelemahan saya dengan kelebihan yang ada pada dia. seseorang yang percaya, setiap pasangan itu harus saling lengkap-melengkapi. and believe that I am the only person who holds the last piece of puzzle that complete his heart and his life.

" I will keep walking on this road, even if I have to endure endless pain.."

-iNz-


Yours Truthfully,
Misz iNz

Thursday, October 22, 2009

Tak payah baca.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Hidup dalam berteka-teki ni memang menyakitkan. Dan ubatnya cuma sabar. Terkurang dan terlebih dos ubat pula boleh membahayakan nyawa. Tapi, inilah kehidupan. Kalau semuanya boleh dijangka dan sentiasa berada dalam keadaan yang kita sendiri dah tetapkan, tak adalah excited nye lagi.

Untuk mengenal hati orang memang payah. Apatah lagi untuk memahaminya. Perlukan masa. Sebab itulah harus bersabar, yang bukan sedikit apatah lagi dengan karenah berbeza setiap orang yang ditemui.

Boleh pening dibuatnya. Tapi di situlah terkandung ilmu yang boleh dikutip. Ilmu mengenal karektor orang. Ada orang begini-begini. Ada orang pula begitu. Banyak orang. Banyaklah pula ragam yang kena difahami (atau juga mesti difahami).

Sejauh mana sanggup bertahan? Tepuk dada, tanyalah hati. Kalau hati pun tak tahu nak jawab apa, tanyalah Pencipta hati. Sure ada jawapan.

ps: Entri mengarut ini cuma boleh difahami sesetengah orang sahaja kerana ia cuba menjawab persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran mereka.

pss: jika berasakan bersabar itu suatu yang melelahkan. sematkan redha sebagai penguatnya. insya allah, semua akan ok.

psss: trust me. everything will be fine. insya allah.

With Love,
iNz

rutin sepanjang minggu

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Ok. Hari ini boleh berehat sepanjang petang dan tidur awal semula seperti biasa kerana waktu tidur telah mengalami gangguan serius selama 3 hari. (penting bagi seorang penganggur terhormat seperti saya ;P)

Hari Ahad, sebelum mengambil Syuk di komuter Rawang telah pergi berjalan ke rumah pakcik di Selayang dan begitu bersemangat sekali masuk ke gim untuk meningkatkan stamina diri yang seperti makcik-makcik & nenek-nenek ni. Ok, baru tahu banyak betul prosedur nak masuk gim ni. Nak tunggu security ambil kunci je dah ambil masa 30 minit plus plus! Tapi sebab semangat masih tetap waja, nak jugak tunggu sampai dapat masuk.

First impression?

Laaaa, eh..baik saya pergi gim kat rawang tu kalau peralatan dia cuma ada 4 jenis saja. Ceh, sungguh buang masa dan kesungguhan betul. Berkunci bagai macam ada berpuluh peralatan. Sigh. Tak pe, bersabar nabila...kerana itu sebahagian daripada iman. Ok.

Masuk. Kemudian main-main. Lari-lari sekejap. Tengok jam. Alahai, baru sepuluh minit? Dah mula berasa bosan sebab tak ada langsung kewujudan orang lain di dalam tu kecuali saya yang tiba-tiba gatal nak pergi gim hari tu. :mHihi:


Selepas agak-agak dah tak mampu nak tanggung tahap kebosanan yang mula meningkat tak mahu turun-turun, saya pun cabut keluar dari gim pergi ke kolam renang di mana sepupu-sepupu serta Maksu sedang enak bermain-main.


Mula-mula fikir tak mahu lah join. Dahla tak bawa baju spare ni. Karang nak pergi ambil Syuk kat stesen lagi. Takut la tak sempat pulak. Alih-alih, selepas dipujuk rayu oleh mereka, tumpas juga akhirnya!... isk.

Tapi memang fail dan tak mampu nak berenang dari hujung kolam ke hujung kolam sebab semput di tengah-tengah. Haha. Adoih.

Padahnya, terlambat 20 minit untuk ambil Syuk. Sorry Syuk! Dan malam tu, tidur awal dengan penuh nyenyaknya.

haha. apa nak jadi saya ni kan?



Yours Truthfully,
Misz iNz

Tuesday, October 13, 2009

Rezeki Hari Ini

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam semua. Morning!

:B

Rezeki hari ini. Secara tiba-tiba Abah begitu baik hati bertanyakan saya, " Nak makan nasi lemak tak untuk breakfast?"

Ya Allah, ya Allah......rezeki tiba-tiba yang engkau berikan ini kerana doa saya kah atau kerana doa-doa orang-orang tersayang kepada saya? :B (kepada sesiapa yang tak faham. Ini adalah senyuman nampak gigi. Ye, sebab gigi saya besar dan banyak. Sbb tu senyum pun mesti kena nampak gigi jugak.) Hesshh. (-_-)"

Oh, baru buat baik sedikit hari ini, Allah sudah hantar rezeki ke depan mata. Lihatlah, betapa-tapa sayangnya Tuhan pada hamba-hambaNya. Kita saja yang selalu lupa nak ucap terima kasih.

Alhamdulillah.

Yang sebenarnya, sejak duduk ber'cuti' tanpa gaji di rumah, jarang-jarang sekali saya makan sarapan. Selain memaksa nafsu makan untuk turun (begitu juga dengan berat badan), tiada siapa juga di rumah yang akan sudi memakan masakan saya. Kerana di rumah ini cuma saya seorang saja. Dan kalau si adik, Encik Farhan itu ada di rumah, dia juga akan tidak sudi untuk makan sarapan saya kerana beliau selalu bangun 'awal'.

Jadi untuk tidak membazirkan makanan selain sejumlah tenaga yang harus dibakar sewaktu proses membuat sarapan, saya cuma memasak untuk makan tengah hari yang sekaligus merangkap dinner. Batch process. Haha. :B

Senang dan mudah. Sebab tak banyak bahan-bahan yang harus digunakan untuk dijadikan satu menu enak yang bisa dimakan bersama keluarga. Kalau buat sarapan, yang mana cuma saya saja yang jadi tukang makan....itu sangatlah buang masa dan penuh pembaziran. Kenapa?

1. Saya sangat suka makan pelbagai menu dalam satu pinggan.
2. Malangnya kapasiti perut tak mampu menampung tahap keinginan yang membuak-buak ini. (tamakkah saya?) (=__=)"
3. Saya adalah seorang pemakan yang sangat lambat. Dulu-dulu masa sekolah rendah, maha lambat. Tapi selepas masuk sekolah UTP, laju sikit daripada kura-kura. Jadi masa kenyang itu adalah sangat lama. Sehinggakan, jika saya makan 1 pinggan nasi ayam (saiz biasa) pada pukul 2.30 petang, saya boleh berasa kenyang sehingga malam dan siap boleh tidur lena lagi selepas solat maghrib. Haha. (this is only applicable at home) kerana di UTP banyak tenaga digunakan berbanding di rumah.
4. Selalunya semua orang akan pulang selepas pukul 5 dan akan cari nasi serta lauk. So, say Goodbye to breakfast yg dimasak pagi tadi. Tiada siapa yang sudi lihat anda.

Jadi, lebih baiklah memasak lauk-pauk yang seisi keluarga boleh makan, betol tak? Semua orang boleh makan dan boleh berulang-ulang kali makan jika menunya enak dan berkhasiat. Hee :B

Eh, apa ke halnya mengarut masuk topik makan secara tiba-tiba? Tadi kan tengah cakap pasal rezeki yg Allah bagi. Sorry ye, terkeluar topik secara membuta-tuli tanpa sedar.

Semalam telah bertekad mahu berjogging sekeliling tasik di depan rumah. (Nak keluar topik juga, sebab dah tak ada apa nak eloborate psl rezeki lagi). Di sebabkan oleh amaran merbahaya daripada Mak di dalam telefon, makanya saya tidak jadi pergi ke tasik sehinggalah matahari sudah naik dan hari sudah terang. Haha. Adoila.

Mak kata, hati-hati pergi sana. Jangan pergi awal-awal, nanti tak ada orang kat sana bahaya. Ada 'flasher' banyak kat situ. Karang dia kejar karang baru tahu. Ok, kecut perut saya dengar omelan Mak dalam telefon.

Agak sia-sia saya belajar silat gayung sehingga sakit pinggang dan terpaksa menahan sakit dan seksa urut perut untuk betulkan kembali kedudukan rahim ( kedudukan berubah mungkin sebab selalu jatuh atau terhentak semasa latihan) bila akhirnya saya pun tunggulah sampai pukul 8.30 baru bergerak ke sana. Adoila.

Heh. Ibu-ibu memang begitu agaknya. Suatu hari nanti, mungkin saya juga akan cakap perkara yang sama kepada anak perempuan kerana terlalu bimbangkan keselamatannya. Hakikatnya, ramai lah orang kat sana~ (-__-)" ada yang bawa baby dan anak kecil bermain-main di playground berdekatan dan ada sekumpulan nenek-nenek dan atuk-atuk yang berbangsa tionghua yang sedang bersenam di situ juga. Eshhh la Mak saya ni....haha. :B

Baiklah. Baiklah. stamina sangat teruk dan buruk sekali kerana tidak pernah bersenam selain berjalan kaki mengelilingi shopping mall sejak duduk rumah (which is so not frequently). Daripada 3 pusingan yang dibuat. Saya cuma berjaya berjogging 1 pusingan sahaja. 2 pusingan lagi ialah acara berjalan kaki secara laju tapi bukan berjogging (ececeh, nak juga tu kata bersenam)

Sesungguhnya, hasil positif selepas bersenam semalam ialah, tidur malam saya tersangatlah nyenyaknya sehingga boleh terlelap begitu sahaja selepas solat maghrib dan bangkit penuh segar jam 3 pagi.

Yela, yang itu part positif. Yang negatif? Saya merasakan diri seperti nenek-nenek tua yang tidak larat berjalan apabila tidak mampu meneruskan 2 pusingan lagi dengan berjogging! Sangat tidak ada stamina!

Hari ini rehat sebentar. Haha :D Esok akan sambung lagi berjogging. Eh, mungkin patut mulakan dengan berjalan secara laju sebanyak 5 pusingan selama seminggu. Next week I'll start to jog again. Dan kita tengok hasilnya nanti.

Eh, cop. Saya bukan bersenam untuk kurus eh? Mind you, this is for my health. Kerana sekarang berada di tahap health cautious yang sedang mencanak-canak naik. Few months before, I was diagnosed with a very high cholesterol, 7.4 out of 10. Sebab itulah selalu mengalami sakit kepala especially during fasting month time nak dekat-dekat berbuka.

Mungkin, jika saya panjang umur dan tidak mengambil inisiatif untuk menurunkan kolesterol sekarang, saya akan menjadi seorang tua atau wanita matang (30-an) yang menghidap sakit jantung, darah tinggi yang mempunyai risiko tinggi terkena strok. (pencerahan agung tiba-tiba masuk ke otak). Itu jika di masa depan.

Di masa sekarang? Kalau tak pulihkan stamina, saya akan jadi seorang manusia lemah dan tak berdaya. Mana taknya, baru buat kerja berat sikit sudah penat lelah dan kalau buat juga, akan sakit dada. See, betapa pentingnya saya kena bersenam sekarang. Untuk kebahagiaan dunia & akhirat juga.

Penting untuk akhirat, sebab kalau saya tak cukup tenaga, macam mana nak tolong orang? Macam mana untuk jadi tangan yang di atas (selalu memberi), bila kelayakan ialah tangan yang menadah? Mengharap belas ihsan orang, bila tak mampu jaga diri sendiri bila dah tua (merenung masa depan secara tiba-tiba)

Jadi, kesimpulannya kesihatan yang baik juga adalah rezeki daripada Allah. Lebih baik menghargainya dan menjaganya dengan baik sebelum ditarik semula dan kemudian menyesal tak sudah di hari mendatang. Sebab tak semua orang bertuah seperti kita, yang boleh makan apa saja yang enak (dan halal). Siap boleh tunjuk-tunjuk atau order je. Dan tidak semua orang sebertuah kita yang boleh berjalan riang-ria di atas bumi Tuhan kerana mereka terlantar di atas katil menahan sakit. Hanya mampu memandang dinding dan syiling yang putih dan menghirup udara yang penuh 'kehospitalan' kerana pekat dengan bau ubat.

Haha :D Jadi inilah entri cacamarba saya untuk hari ini. Pendahuluan tentang nasi lemak belian Abah, di susuli dengan isi-isi penting tentang makanan dan jogging. Penutup dengan isu kesihatan. Kalaulah cikgu Ruhimi baca karangan saya ini, pastilah telinga saya akan ditarik oleh beliau. Harap-harap Pipah tak baca entri saya. :B Jangan bagitahu cikgu eh.

ps: Hari ni nak beli buku Sang Pemimpi pula. Popular, here I come~ teehee :B

pss: Kalau kita terjaga daripada tidur dan terus teringatkan seseorang secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba juga menghantar peringatan kepadanya supaya menjaga diri baik-baik sebab merasa agak kurang senang hati adakah itu dikira intuisi (intuition)?



With Love,
iNz

Mini Cerpen

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Ketika semua harus berakhir
Ketika peluhku tak lagi berarti
Kau memilih tuk akhiri kisah ini
Kau hempaskan aku tak berdaya
Telah kuberikan yang mampu kuberi
Namun tak jua puaskan hatimu
Kau memilih tuk akhiri kisah ini
Kau hempaskan aku tak berdaya
Aku takkan pernah jadi sempurna
Seperti yang kau pinta
Aku takkan bisa meski tlah kucoba
Kau memilih tuk akhiri kisah ini
Kau hempaskan aku tak berdaya
Aku takkan pernah jadi sempurna
Seperti yang kau pinta
Aku takkan bisa meski tlah kucoba
Aku takkan pernah jadi sempurna
Seperti yang kau pinta
Si Gadis terbangkit daripada tidurnya. Dahinya basah peluh bersama degupan jantung yang kencang. Mimpi yang dialaminya tadi seperti benar-benar terjadi. Si Gadis meraup wajahnya. Jelas-jelas dia sendiri kaget dengan apa yang dialaminya di alam separa sedar tadi.

'Ya Allah........kenapa harus aku bermimpi tentangnya lagi?....Sudah terlalu lama aku berusaha menghilang jejak serta bayangannya dari minda ini...apakah yang ingin Kau uji lagi Tuhanku?...' Si Gadis merintih hiba di dalam hati. Perit hatinya kembali lagi. Luka yang hampir tertutup terbuka semula bersama hembusan rindu yang menyakitkan.

Matanya mencari-cari petunjuk jam berapa waktu ketika itu.

Tepat jam 3 pagi. Lantas Si Gadis bangkit daripada pembaringannya. Menuju ke bilik air. Mengambil wudhuk. Cuba mencari ketenangan di sisi Ilahi. Mungkin Allah inginkan Si Gadis supaya dekat selalu denganNya. Mungkin Allah tidak mahu Si Gadis jauh lagi dari sisiNya.

Longlai langkahnya, selemah jiwa dan perasaannya. Di hadapan Rabbul Izzati, hatinya terasa begitu kerdil dan lemah. Hingga suatu saat, jiwa dan hatinya menyatu dalam sendu yang panjang, mengingatkan kekhilafan diri.

Hanya di hadapan Dia, Si Gadis mampu meluahkan segala rasa. Rasa sakit melupakan dan rasa perit merindui bercantum menjadi satu di dalam relung hatinya. Seandainya saja hati ini mampu ditukar, telah lama Si Gadis menukarnya kepada hati plastik. Agar tidak bisa merasai. Agar tidak bisa merasa sakit saat disakiti. Agar tidak merasa terluka saat menerima kata-kata dan perilaku kasar dari insan yang pernah paling dicintai melebihi nyawanya sendiri, Si Jejaka.

Saturday, October 10, 2009

Hari Yang Mengujakan.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik.

Hehe. :puteh_6:Baru sudah menonton 'Nur Kasih'.



Yea, memang kami sekeluarga menjadi ibarat tunggul di depan tv sebaik saja melodi lagu Nur Kasih dendangan Yasin mula berkumandang di kaca tv. Oh, kecuali adik saya, Encik Farhan treceinta. ( Tak tahu lah ape maksud treceinta ni. Mana dia dapat pun saya tak tahu)

Yang sebenarnya, kipas-susah-mati drama bersiri tersebut di rumah ni hanyalah saya dan Mak. (seperti biasa, kaum hawa mendominasi hal-hal sebegini) sementara Abah pula mula menjadi ahli kelab sejak akhir-akhir ini saja. Sejak plot drama mula memasuki fasa pertengahan. Alah, scene sebelum Adam pergi menunaikan umrah dan kemudian berjumpa kembali dengan Nur Amina di sana.

Semenjak menjadi penghuni tetap di rumah ini semula, saya memang tak pernah miss menonton drama ini. Kalau pun terpaksa miss di tv3, nanti-nanti saya akan menontonnya di laman web tv3 pula. Walau pun siri itu agak lambat di'upload' di laman tersebut.

Wahh. Wahh. Siapa sangka ye Katrina akhirnya kembali semula dengan personaliti berbeza.

I can't wait for the next episode! :puteh_2:

Tersenyum saya bila mambaca satu komen daripada blog lagi satu. Kata seorang sahabat, saya macam sangat gembira sejak tinggal di rumah. Haha. Sebenarnya biasa-biasa aje. Tapi menjalani kehidupan tanpa stress beberapa bulan ni agak mengujakan selepas menghadapi setahun yang penuh tekanan semasa final year. I think I finally have myself back this time.

Walaubagaimana pun, siapa kata duduk rumah otak akan jadi beku? Dulu saya fikir begitu juga. Tapi sekarang tak lagi! Sebab saya banyak belajar dari kehidupan melalui pemerhatian dan pembacaan sekarang. Ilmu-ilmu yang saya kutip dari sekolah kehidupan sangat banyak dan tidak terbatas sebenarnya. Dalam bercuti, saya masih belajar. Secara tidak langsung. Melalui alam. Melalui hidupan. Orang sekeliling. Hatta haiwan sekecil semut juga bisa menjadi guru. Itu pun kalau kita sudi membuka mata dan hati.

Dan kawan-kawan, sungguh saya rindu anda semua! Take care wherever you are and what ever you do. God bless.

ps: kadang-kala, tidak semua yang kita lihat dan kita dengar itu benar. jangan terus membuat tafsiran berdasarkan apa yang dilihat dan didengar. tetapi selidikilah dahulu kebenarannya supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

pss::pompom: baru beli buku laskar pelangi. dalam masa 1 malam saja boleh dihabiskan.( tapi mahu baca lambat-lambat supaya boleh menghadam segala isi dengan sempurna)



psss: tak sabar-sabar nak lengkapkan koleksi tetralogi laskar pelangi! :mLove:sb saya rasa sudah jatuh cinta dengan tulisan andrea hirata. (tadi saya curi-curi baca sikit sebelum drama Nur Kasih bermula :P)

pssss: berapa banyak huruf s daa? harap-harap segala urusan saya dipermudahkan olehNya. sedang menunggu penuh sabar appointment seterusnya dengan encik doktor.

With Love,
iNz

Thursday, October 8, 2009

Renungan masa lalu

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful







Cinta itu indah,

tika seronok dibuai angan dan perasaan..



Pabila tersedar dari ulitan nafsu,

Dosa yang panas mula dirasai,

titisan air mata sukar dihenti,

mengenang diri penderhaka ILLAHI..

rasa bersalah mula menghantuI.,

taubat dihulur, diri dihukumi..



Penamat kasih menjadi akhiran,

walaupun pahit dirasakan,

namun keredhaanNya menjadi pilihan.

takku ingin di NERAKA kita akan dipertemukan



Duhai sahabat,

Kisah cinta itu memang mengasyikkan

Takkan terbayar dengan segala pajakan

walau segala di dunia menjadi taruhan



Namun..,

ku rela tinggalkan memori kita.,

demi meraih perhatian yang Maha Mencinta,

maafkan aku....

semoga cintaNya turut dimilikimu..







This morning I was doing something with the microsoft outlook. Trying to figure things out, how to have my gmail get synchronize with this application (just like the old times, alah masa intern dulu. kat PGB) but then, when I was flipping through my old mails, suddenly I found this heart-touching beautiful poem.



Seriously, this was forwarded by Suria last year in June if I am not mistaken. And during that days, I wasn't aware of my situation at all. Because I was deeply, madly in love with this one guy. Who cares what people said when you have your significant ones by your side? It was all about us. And nothing more interest me except him, and things that have to do with him and my own life. I was being selfish during those times. Selfish with everyone. And sadly, I didn't even realize how much I've changed. From an ok to a very unpredictable bad person.



The fact is, I couldn't even count how many things that I have done actually affected the people that I truly love but forget since the moment we reunited back. Aih, cinta ini membutakan atau saya sendiri yang membutakan mata dan hati?



Everyone was shocked when I told them the sudden breakup we had last year on December during our final semester. For some reasons, I have been a bit secretive with everyone ever since we started to date in July 2008. I couldn't utter any words to describe our date to anyone including the most dearest person to me, my roommate.



Because all these while, I was the one who was trying real hard to keep myself to be the real muslimah and for this, I didn't even realize that I held such respects from others.



Bila orang mula memandang tinggi, dan bila diri terasa tidak layak untuk dijadikan contoh, where else could I ran over to get some advice? Hanya diri sendiri yang di kala itu pun terkapai-kapai mencari ranting untuk bertahan.



Entah kenapa agaknya cara berfikir boleh berubah 180 darjah sehingga boleh berubah sampai satu saat, saya juga hampir tidak kenal yang mana satu diri saya yang sebenarnya. Jujur dari hati, bukan lah salah cinta yang hinggap di hati atau salah dia yang pernah saya cinta. Tapi semua itu datang dari kelemahan diri sendiri. Baru diuji dengan sekelumit cinta manusia, sudah terjatuh, terluka dan melukai semua yang di sisi. Alangkah lemahnya diri.



Saat itu, yang ada di fikiran dan hati hanyalah dia. Dan tidak mahu apa pun memisahkan kami lagi. How determined I was back then eh? Sampai berani hampir menggadaikan masa depan dan pegangan hidup just because didn't want to be apart from him. I did almost everything just to make sure he was happy. And I know how much he sacrifices just to make me happy.



But the saddest part was, I didn't even remember to pray for this love to be everlasting. apalah guna cinta separuh mati, kalau tiada keberkatan dan redha dariNya. I knew from the start that this thing won't work out the moment I had to lie to my own mother about our date. That I had cancelled it out, when the fact was I still went out with him. He didn't want to go there when he heard that Mom wasn't agree with the plan, but I pushed him so that I could celebrate that special day with him. Just the two of us. And as the consequnces of my stubborness and idioticness, that night had become the starter of the nightmares in our life.



Even if I wish I could tell someone the real things that had happened to us, the real reason we had to break up. I couldn't. I just couldn't. Semua orang tanya. Tapi saya cuma mampu menjawab the recent reason. Sbb2 minor. and the real reason is still in the dark. Still in the silent.



I couldn't blame him for leaving me behind just like that because deep inside my heart I know truly that he was scared for everything that happened in the past. He was scared. And I was scared too. But I was scarred even more by his actions and words after we broke up. I was hurt. Deeply.



Tapi apa pun, Allah lebih tahu yang terbaik buat kami. Saya tipu kalau saya katakan hati ini tidak pernah mengingat dia. Tapi apalah gunanya cinta jika ia membawa mudarat untuk org yang mencintai dan yang dicintai. Cukuplah kesilapan dan kerosakan yang telah berlaku. Saya tidak mahu lagi sebuah pertemuan yang menghancurkan dua hati di akhirat nanti. Saat ini, saya benar-benar mengharapkan dia bahagia. Di mana pun dan apa pun yang dia lakukan, saya mahu dia tetap berada di bawah lembayung rahmatNya. That's the least that I could do for someone so dear to me. Untaian doa dari kejauhan..



Cukuplah. Andai itu mampu menghapus benci dalam hati masing-masing...



Yours Truthfully,

Misz iNz

Wednesday, October 7, 2009

Hadoihla.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Duh-uh. Macam mana mahu buang the automatic 'read more' line that seems to appear at the end of my post each time? Ppl, help me! :puteh_10: I've deleted the script in the html code before this. ai, ai. awat ada gak lagi ni? Oh, saya ingat! saya ada paste something juga di tempat lain. Tapi malang sekali lah, sekarang sudah lupa di mana ia dilekatkan. Sheesshhh. Susah betoll menjadi si pelupa ni.

By the way, tak ada orang mahu ambil saya kerja kah? atau mereka ni dah tahu awal2 lagi yang saya ni masih nak bermain-main di rumah lagi? Isk, kantoi.

Buat masa sekarang, cuma mengasah bakat menjadi pemandu berkaliber di kawasan Rawang kerana setiap pagi harus hantar Maksu ke sekolah. Mind you, Maksu bkn pelajar, tapi adalah seorang Guru di sekolah rendah yg merangkap bekas sekolah rendah saya dulu. Tapi malangnya saya dah tak kenal lah 80% daripada guru-guru di situ. Hee. Cikgu-cikgu saya semuanya sudah naik pangkat gamaknya. Tak pun dah bersara.

Mungkinlah kot.

Berhasrat konon-kononnya ingin menjadi seorang pendidik. Tapi Tuhan kata nanti dulu. Haha. Sebab bekas sekolah saya ni kedekut duit. Tak mahu ambil guru sementara untuk gantikan cikgu yang dah bersalin tu. Isk, ntah pape ntah la sekolah ni. Sabar je.

"Kita kena buat mesyuarat dulu sebelum buat keputusan nak ambil cikgu ganti ke tak," kata Puan Guru Besar pada Maksu saya.

Eleh, saya tau dah...takmo amik lah tu.

Bangun pagi dah siap awal sangat dah ni. Sama dengan orang bangun pagi nak pergi kerja. Pukul 5 pagi mata dah terbuka tak mahu tutup dah. Haih!

Terpaksa lah buat segala apa yang boleh dibuat di rumah untuk mengisi masa termasuklah berbual-bual kosong dan merapu bersama rakan-rakan yang juga senasib.:puteh_25:


Malam tepat pukul 10, mata sudah tertutup. Sejak jadi penganggur ni, tidur dengan Mak adalah hobi baru saya. haha. Tak kisahlah orang nak panggil anak Mak or whatever name you want to call me. Tu Mak saya.:mHurm: Ada saya kisah? Bila lagi nak bermanja-manja dengan Mak, kan? Nanti dah kerja saya dah tak dapat nak buat macam ni dah. Btol! Percayalah.

And oh, rupa-rupanya Mak panggil saya 'Si budak malas kerja' di pejabat. Salah seorang staff Mak bagitahu rupa-rupanya salah satu cara untuk mengurangkan stress ialah dengan bertanya soalan ntah hape-hape dan menjawabnya juga dengan ntah hape-hape. Nak tau Mak jawab apa?

"Oh, memanglah. Tambah-tambah lagi ada budak yang malas kerja tu. Dia lah yang jadi tukang pengurang stress sekarang."

Eh, eh....cop! patutlah selama ni Mak suka kacau saya tidur. Setiap kali saya nak tidur, mesti kena kacau.

Ada sekali tu saya tercakap macam ni,

"Iskkk, gemoknye. tak muat la tilam ni. Maakkk.....," dalam keadaan mamai-mamai.

Oh, Tuhan. Ampunkan saya!

Mak gelak-gelak je..rupa-rupanya dia saja mengacau puteri beradu ni tidur~.
:mCry:Tak adil betul. Telah dijadikan bahan eksperimen rupa-rupanya. Nak kerja cepat2 lah macam ni.

Tuesday, October 6, 2009

Semoga mereka tabah

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Al-fatihah.

buat saudara-saudara seagamaku...mangsa gempa bumi yang terkorban di Padang, Sumatera.

semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman di sisiNya. amin.

Buat yang terselamat, semoga tabah jalani hidup dan hari-hari yang mendatang. Musibah ini, sekali pun pedih dan sakit untuk dihadapi, pasti ada manisnya yang dapat dikutip di kemudian hari. Allah lebih tahu.

Semoga rahmat Allah bersama kamu saudaraku.

With Love,
iNz

Sunday, October 4, 2009

Mari berkasih sayang~

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam alaik dear all,

if u love something,
let it go,
if it come back to you,
it yours,
if it doesn't,
it never was~



ookay, that quote above has nothing to do with the entry. hehe. I just copy paste it from azyy's note --->l.i.f.e.l.o.v.e. well, well, yesterday was a blast! thanks to miss Zara who fetch me from sg buloh station. and unfortunately I accidentally made her waited there for 30 minutes in the car. aiyoh.
1001 apologies!:mSad:

selepas park di tesco, kami bergegas masuk utk ke mall di sebelahnya. ehe, sorry tesco tumpang park je. on the way to go there, secara tiba-tiba kami berdua telah di tahan oleh seseorang. and by the way, beliau ialah wakil from UNICEF Malaysia. bkn budak UTP yg dikenali. hee
:mHihi: selepas di'ceramah pendek', finally kami diberitahu tentang cara-cara bagaimana untuk menghantar sumbangan ke tabung UNICEF secara monthly utk membantu kanak2 yg memerlukan.

simple. buka saje 1 akaun maybank, n nanti isi borang. about 40 ringgit per month akn dipotong automatically dari akaun kita untuk dimasukkan ke akaun UNICEF. nice and easy kan?

but I hate the feeling of being incapable to give a helping hand to those who needed. Seriously, lepas dapat kerja nanti (insya allah), harap-harap dapat membantu sikit2 kalau tak banyak pun. Seriously rasa useless sangat bila hanya mampu tersenyum and say next time. isk...

Saya masih ingat, seorang sahabat pernah katakan pada saya...bahwa sesungguhnya rezeki yang allah berikan pada kita ini sebenarnya tidak semua milik kita. Sebahagian daripadanya adalah rezeki milik org2 lain yang Allah smpi kan kpd kita agar kita menyampaikn nya pula pd org2 terpilih. Sbb itu lah kita sepatutnya bersedekah. 20% daripada rezeki kita itu bukan milik kita.

so, don't be so proud of ourselves when we manage to get a lot of money when the truth is, they are not ours. cantiknya Islam itu bila ia mengajar kita supaya sentiasa ingat kpd orang lain dan melalui amalan bersedekah itu, bukan saja rezeki kita dilipat gandakan oleh Allah. tetapi juga tanpa kita sedar memupuk sifat saling kasih mengasihi sesama insan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.

apalah salahnya jika kita menunaikan tanggungjawab kita pada saudara kita semampu kita kan?


p/s: apa kes saya letak quote azyy tu? entah. tapi saya fikir quote tu sgt benar. tak percaya? itulah maksudnya jodoh. letting go is just literally je. x bermaksud lepas tu tak berusaha apa dah. ada banyak cara lain yg bisa dibuat. and part of it is not by forcing someone to be by our side. betol x?

With Love,
iNz