Saturday, May 2, 2009

Procrastinator & Perfectionist

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Final report masih belum hantar. Janganlah tanya kenapa. Kerana anda sendiri tahu jawapannya dalam hati.

Saat-saat akhir ini, rasa macam patah semangat untuk habiskan semuanya. Tiba-tiba terasa bagai daya yang ada sudah habis diserap semua, yang tinggal cumalah debu-debu harapan yang berterbangan.

Tapi kata-kata Mak lewat beberapa hari lalu, buat saya paksakan juga diri untuk pura-pura tabah dan habiskan segalanya. Tak peduli sama ada ia adalah a perfect finished or just a finished job.

Dulu-dulu, semasa praktikal di Kerteh, saya pernah dipaksakan oleh Supervisor Kathy, Encik Airi untuk menjawab personality test. Eh, semua yang under dia (walaupun saya bukan) konfem2 memang wajib jawablah benda alah tu. Pusing kepala, sebab soalannya payah juga. Baru tahu yang rupa-rupanya banyak sifat diri sendiri masih kelam dan samar2.

Hasilnya, sifat utama yang dominan pada saya adalah phlegmetic dan yang kedua itu perfect melancolic.

Kelakar bukan? Procrastinator itu memang diri saya nombor satu (kerana itu ada dalam diri seorang phlegmatic selalunya). Malang pula bila ada pula sifat perfectionist. Memanglah kerja yang dibuat bertambah lambat siap. Bertangguh2. Tapi masih mahu perfect (??!).

Masalah betul! Tension!


Selalu-selalu, saya memang akan down bila di saat2 akhir. Masa2 kritikal beginilah, daya juang mula merudum jatuh ke tahap paling rendah.

Mungkin -1 juta
.

hyperbola yg sgt melampau. tapi saya peduli apa kan?


Saya fikir, ubatnya pulang ke Rumah. Tapi nak balik bagaimana bila kerja masih tertangguh di sini??


"Wahai diri saya, tolong cari daya juang kamu semula..tolong. Ini soal masa depan dan mungkin hidup mati kamu juga..."


Kata org Melayu dulu2,

Berpantang maut sebelum ajal.

Tuhan itu kan masih ada untuk mendengar kata-katamu?

With Love,
iNz

4 comments:

  1. fighting nabila!!!tabhkn ati, kuatkn semangat..

    ReplyDelete
  2. huhu.

    baru nak start fighting ni~

    aja!!

    *mengeluh*

    ReplyDelete
  3. ya Allah Nabila..
    kita sangat sama lah..
    selama ni kak sue tak perasan pun..
    bila baca post ni baru tersedar..
    kak sue pun mcm itu..
    buat kerja bertangguh tapi mahu perfect.
    sangat payah begitu kan?
    huhu

    chaiyok nabila!fighting!

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak sue.

    suda siap! tapi saya tau ade silap sikit.

    takpelah, change it later for hardbound nnt. huhu.

    ReplyDelete