Hanya kerana dua patah perkataan, berbunyi Semoga Berjaya. Saya tidak boleh tidur malam tadi. Sungguh saya memang tak sangka itu boleh buat mata saya terus tak boleh tidur, dengan 1001 perasaan bercampur dalam hati.
Mungkin saya patut lupakan kata hati, dan buat tidak peduli terus dengannya. Atau mungkin sudah sampai masa untuk saya betul-betul buka mata dan sedar. Tidak semua yang kita buat, orang mampu translate seadanya ia. Sebab cara berfikir setiap manusia itu berbeza. Ada yang berfikir menggunakan perasaan. Menolak tepi rasional akal. Ada pula yang menggunakan akal semata-mata. Menidakkan rasa hati dan emosi. Malah ada pula yang menggunakan prasangka.
Malam itu, saya tidak boleh tidur bukan kerana terlalu sedih. Tapi kerana terlalu terkejut, entah atas dasar apa hinaan seperti itu mudah saja ditabur. Saya tidak boleh tidur, kerana terlalu banyak persoalan dan jawapan yang saya ingin katakan. Rasa hati saya ingin saja saya tulis berpuluh-puluh reply. Tapi saya pendamkan saja. Dan biarkan.
Kerana kalau memang itu sudah diset dalam minda dia, saya hanya buang masa dan bertindak bodoh saja untuk menjelaskan dan bertanyakan?
Dia tak mahu penjelasan. Dia juga tidak mahu apa2. So be it. Fine. Teruskanlah dengan apa yang dia fikir. Yang penting, saya tahu dan Tuhan tahu apa yang tersirat sebenarnya. Itu sudah cukup. Biarlah. Dia cuma manusia biasa. Dan saya tahu manusia tidak sempurna.
Jika Tuhan mahu singkapkan kebenaran, satu masa Dia akan lorongkan masanya. Jika bagiNya itu tidak perlu, maka apa pun yg saya jelaskan tidak akan dapat dia terima.
Kun Faya Kun.
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment