Salam.
Sebenarnya hari ni patutnya dah selamat sampai di rumah. Tapi disebabkan otak saya baru berfungsi dengan baik hari ni dan semalam tidak dapat celebrate my last written exam makanya saya postponed kepulangan ke rumah ke esok hari.
Semalam memang satu episod duka yang paling tragis dalam hidup! Selepas 3 jam bertarung di MultiPurpose Hall dengan segala tenaga dan senjata yang ada, saya memang agak kecewa sikit dengan last paper ni. Ai, the last two semester's qutestions weren't that hard. Nape lah lecturer ni suka bagi soalan yang mencabar minda and play few tricks on the questions when it comes to our batch?
Ape pun dah jawab dah kan? Takpelah. Tawakkal saja dan teruskan berdoa. Anyway, lepas habis paper heading to RnR. Alah, yang dekat sebelah bus station kat bandar U tu. Entahlah kenapa semalam saya diuji pula dengan tulang ikan.
Yang kelakarnya, ikan keli bakar. Bukannya ikan terubuk ke kan. Tak pernah2 lah sepanjang saya hidup ni tulang ikan keli tersangkut di tekak. That was my first time ever. Telan nasi, sudah. Minum air, sudah. Tapi mungkin sebab ia kecil, dan tersangkut di tepi sebelah kiri...bila saya telan nasi yang dikepal-kepal tu tulang tu masih tetap statik di tempatnya.
Habis je bayar, saya terus pecut kereta pulang ke UTP dengan penuh tidak selesanya sebab terasa ada benda mencucuk2 tekak saya. Geram betul, tak sabar nak keluarkan tulang ni.
Sampai bilik, saya terus menghadap cermin. Dan malas nak cerita la kan. Nanti korang semua rasa mual pulak tak pasal2. Yg penting saya dah muntah 4 kali sampai muntah yang ke4 tu just keluar air je, tapi tulang tu still tak dapat dikeluarkan lagi.
Lepas call Mak, saya teruskan usaha lagi. Kali ni dengan roti pula. Selepas beberapa cubaan, barulah saya rasa tulang tu dah berjaya turun melalui esofagus saya dengan jayanya. Disebabkan percubaan kurang bijak saya sebelum ni, makanya tekak saya rasa perit. Kemungkinan luka2. Hal nombor 1#
Kemudian, entah kenapa selepas maghrib, kepala rasa sakit pulak sampai terpaksa cancel dinner kat luar dengan orang. Aih. Kalau sakit dan bila baring tertidur tak mengapa. Tapi saya terpaksa tahan sakit selama 2 jam. Dah puas dipicit kepala ni, tapi tak mahu hilang2 jugak sakitnya. Sampaikan urat2 di dahi saya timbul. Mungkin sbb terlalu tegang kot. Saya fikir maybe orang yang kena migrain mcm ni kot. Sebab tu lah ada yang sampai hantuk kepala ke dinding sebab tak tahan dengan sakit yang ditanggung and mereka tak rasa sakit pun kalau kepala diketuk2. Saya dah picit kepala saya kuat2 pun tak rasa apa.
Selepas golek2 dengan penuh rasa terseksanya, saya terus basahkan kepala dengan air dan letak tuala lembap pada dahi. Baru lah kurang sikit dan terlena. Seriously, tak pernah saya rasa sakit kepala mcm tu. hal nombor 2#
hasilnya, hari ni saya rasa sangat tak berperasaan. numb. kaku. walau pun nampak seperti biasa. harap2 sakit yang dirasai tu dapat jadi kifarah dosa yang lalu... erm..
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment