Monday, May 4, 2009

Laskar Pelangi

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Salam.

Hari ini, saya officially tamat menonton filem Laskar Pelangi yang mula saya tonton 3 minggu dulu semasa di rumah.

Kala itu sudah hendak sampai ke penghujung. Tapi saya tutupkan laptop kerana terlalu mengantuk. Dan saya tak mahu tamatkan cerita itu tanpa mendapat apa2 yg sepatutnya saya belajar. Ibrah sgt banyak di dalam cerita ini. Seriusli.

Terlalu sayang kalau saat habis tontonan, saya terus pejam mata dan lupakan terus tentang ia dan yg saya ingatkan nanti cumalah saya merasa puas kerana dapat tidur yg enak dan mimpi yg indah2.

Rugi. Rugi.

Laskar Pelangi itu ibarat paracetamol untuk saya.

Yang saya butuhkan saat jiwa sakit2. dan mula rasa hendak demam.

Ia buatkan saya rasa berani untuk bermimpi. Berani untuk bercita-cita semula. Walaupun pada dasarnya cita-cita itu pernah saya benam jauh di dasar hati.


Dulu2 saya tersepit di antara realiti dan impian hati. Dan saya pilih realiti kerana tidak yakin dengan kemampuan diri untuk menjadikan mimpi itu satu yang bisa digenggam erat. Dan nyata.

Terima kasih Tuhan.

Kerana buat saya bermimpi semula.

Kerana buat saya bernyawa semula.

dan

Kerana buat saya

berani untuk mengejar apa yang saya percaya.



p/s: Saya tahu dah lama. Tapi saya tetap nak cari jugak buku Laskar Pelangi tu. Tak kira.Kak Sue~ terima kasih kerana membuatkan saya teruja juga untuk mencari buku ini. Hee :B





Ada sape2 yang sudi nak belanja saya buku2 ni tak? ;)

With Love,
iNz

1 comment:

  1. filemnya best kan?
    tapi bukunya berganda2 lebih best.
    kak sue baru ada satu..
    lagi tiga tak ada lagi..
    uhuks!

    ReplyDelete