Salam.
Eh, bosan. stuck with the slides at the moment. Tiba-tiba teringat pada blog yang dah mula berhabuk ni. A week at home didn't triggered me to write even an entry. Hebatlah kuasa rumah.
*senyum*
Manusia, memang kelakar. Kalau tidak terlalu berprasangka tidak boleh kah? Please, don't think that what you have in mind are always right, faham?
Kadang-kadang, apa yang kita nampak tersurat itu, itu jugalah yang tersiratnya. Hey, kita ni bukan Tuhan yang boleh tahu isi hati manusia sebenar-benarnya. Bila terasa sendiri apa yang dituduh itu salah, mudah sungguh minta maaf kan?
Kalau memberi maaf itu semudah meminta maaf tak apa lagi lah kan. Tapi hakikatnya bukan begitu. Sebab kata-kata itu boleh jadi lebih tajam dari sebilah pedang. Dan kalau terluka kerana sebilah pedang, sekurang-kurangnya luka itu nampak. Kalau berdarah, boleh di lap kan. Kalau terlalu dalam boleh dijahitkan untuk ditutup semula. Walaupun ambil masa untuk sembuh. Tapi kita tahu mengagak masanya. Tapi kalau hati?
Hati yang tersembunyi di dalam dada. Yang lukanya tidak kita nampak secara zahir, boleh kita agak bila mahu sembuh? Entah2 yang dulu itu masih berbekas lagi.
Tak kan lah sekadar cuba untuk berbaik itu termasuk dalam satu kesalahan yang maha berat? Trap apa yang entah yang dikatakan. Satu malam itu saya berfikir tak boleh tidur.
Dan hampir setiap hari saya tanyakan pada Tuhan, trap apa yang dia maksudkan. Saya ke yang terlalu naif atau dia yang terlalu buta menilai situasi sebenar?
Perlu ke dijelaskan yang saya ini jenis manusia yang tidak akan senang hati jika ada sesuatu berlaku yang buatkan saya tidak baik dengan manusia lain. Iye, mula-mula rasa malas mahu peduli. Tapi lama-lama hati kecil ni bercakap juga.
Sampai bila mahu jadi macam ni. Sekurangnya adalah sesuatu ending yang baik-baik. Kalau sebelum ini nampak muka saja sudah berubah jadi kelat. Kalau sebelum ini, terserempak saja kena butakan mata dan pendam jauh2 rasa sakit hati. Salah ke bila saya mengalah dan angkat bendera putih. Itu sudah sehabis baik saya buat kerana betul2 mahu berdamai tanpa perlu simpan rasa tak puas hati dalam jiwa.
Paling kurang, kalau terserempak di mana2, boleh juga berbalas senyuman tanda kenal. Tak payah nak bersusah payah mengerutkan muka dan masamkan wajah segala bagai kan? Itu saja. Itu pun salah juga? Berharap yang baik2 pun salah juga ke?
Kadang2 saya fikir, you should lower down your ego once in a while lah encik. Supaya boleh berfikir dengan hati yang suci bersih sikit. Supaya akal tu tidak dicucuk oleh fitnah dari syaitan2 di sekeliling. Dan supaya tidak terlalu perasan dengan diri sendiri.
Cukuplah saya rasa. Kalau sudah sampai tahap begini pun masih tetap mahu berprasangka, just go on with that. Tak pe lah. Sudah tawar hati rasanya mahu berbaik-baik. Kalau orang dah rasa dia tak perlu nak berbaik dengan kita. Cukuplah sampai setakat itu aje usaha.
Allah ada. Dan Dia lebih tahu segalanya.
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment