in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
berita gembira:
1# marathon experiment selama 2 hari 2 malam. stage I sudah habis. tgh tunggu result GC. semoga result GC menggembirakan juga. amin~
2# akhirnya dapat blk rumah dan berehat2 dgn penuh gembira walaupun di rumah hanya ada mak dan abah je. it's more than enough. :)
3# esok akan pergi bermain dgn anak-anak sy yg dah nakal sekarang. rindu sgt! blk kg pulak.
secara jujurnya, memang terasa penat sangat-sangat dua hari lepas. dua hari berturut-turut pulang lewat dari lab. pagi-pagi bangun, terasa macam tak mahu bangkit dari katil pun sebab badan yang sakit-sakit. tapi selepas sy membaca kembali buku cerita tentang panglima tariq bin ziyad selepas beberapa bulan terletak di atas rak, terasa semangat untuk berusaha itu kembali hadir.
seriusly, buku itu memang sekadar buku yg biasa-biasa saja. jalan penceritaannya juga tidak terlalu berat. tidak terlalu teruja pun utk menghabiskan bacaannya dalam satu hari. mungkin gaya penulisannya tidak membuatkan sy berasa begitu teruja untuk membacanya secara serius. sekadar membawanya ke lab, supaya di kala tidak tahu hendak buat apa, ada input yg masuk ke otak. tidaklah terlalu bosan menghadap apparatus dan merenung termometer saja.
tapi ada beberapa bahagian di dalam buku yg buatkan saya rasa terpukul di dalam hati. bagaimana begitu tingginya semangat tentera Islam utk membantu rakyat andalusia dan menyebarkan sinar Islam di bumi itu. Dan dalam keadaan penat, lelah itu masih tetap teguhnya mereka bangun di malam-malam hari.
itu beberapa ratus tahun dahulu. di saat khalifah berupusat di damsyik. di saat sepanyol berjaya ditakluk tanpa sebarang pertumpahan darah.
p/s: tgh menonton perhimpunan agung umno di tv3.. tiba-tiba terasa kena ambil tahu jugak apa-apa yg sedang berlaku di malaysia ni, walaupun hal politik yg plg sy tak suka. aih.. "-_-
in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
Huh.
*melepaskan lelah*
hari plg bersejarah hari ni. ada sekali dulu-dulu sampai ke blk waktu-waktu begini juga. tepat 930 mlm baru menapak sampai ke blk terchenta.
kalau la boleh lab blok 5 tu dijadikan tempat tidur, sy mungkin org pertama yg buat begitu agaknya. senang sikit. bgn2 je, bole terus start buat experiment.
tak payah nak bergerak dari v5 ke blok 5.
dan tak perlu nak susah2 set up apparatus yg kompleks ni pg2 buta.
tu lah, sape suruh ponteng lab 2 minggu sudah. kan dah susah sekarang?
duduk-duduk sambil tunggu rotavap ni habis distillate kan semua product,
sambil bercerita, entah kenapa tiba-tiba terkenang kisah dulu-dulu. masa 2nd year, di kala umur baru-baru nak masuk 20-an.
dan kemudian membandingkan significantnya dengan kes-kes yg berlaku baru-baru ni. 2008-2009...
cuba mencari di mana link setiap benda & perkara yg dah berlaku. dan rase-rase mcm dah dapat lihat turutan peristiwa, kesan & akibatnya.
1# jangan pernah sesekali terima orang hanya kerana kwnnya seorang yg sgt baik. sebab mungkin tanpa sedar akan cuba menjadikan@mengharapkan org itu plg kurang ada sikit-sikit sifat kwn baik dia yg dikagumi tu. that's just soo not right! dua manusia yg berbeza tak akan pernah kongsi sifat yg sama. walaupun kembar. jadi jangan berharap yg tidak-tidak.
2# jangan berubah hanya kerana ingin orang rasa boleh keep up dgn kita. biar orang terima kita apa adanya. dan kebarangkalian perubahan yg dibuat tu mungkin akan menyebabkan keadaan jadi lebih buruk. jika seseorang tu tidak yakin dgn kemampuannya utk keep up and be with us, just leave. lupakan saja. tu satu pengorbanan sia-sia. be urself. ur own true self.
3# jangan mengharapkan supaya orang akan berubah sendiri. kalau tak suka sesuatu perkara yg dilakukannya, cakap depan-depan. kalau sesuatu tu salah, say it right to the face. tapi dgn penuh hikmah la. jangan buat kerana terpaksa@sayang. nak jaga hati la, itu la. ini la. kelak nanti binasa badan. there's no guarantee, that if u do it, the relation will last forever. ni bukan novel cinta atau fairy tales ye kawan-kawan.
4# percayalah, tidak ada orang yg sempurna. bila tak ada yg sempurna, jangan letak seluruh kepercayaan di bahunya. tak semua manusia kat dunia ni, sanggup terima kesalahan sendiri dan ingin bertanggungjawab dgn perkara yg dilakukannya. ramai yg lari, dan melepaskan diri begitu saja. tak pun bertindak menyalahkan orang lain pula atas kesalahan yg dilakukan. sama-sama buat salah, takkan sorang aje yg kena tanggung. ye tak? itu namanya lari dari bayang-bayang sendiri.
5# belajar utk memaafkan diri sendiri. betul, kadang-kala kesilapan membuat keputusan tu membawa impak yg sgt besar dlm hidup. tapi, pelajaran kehidupan ini bukan sesuatu yg teknikal, di mana 1 + 1 wajib = 2. buruk mana keadaan. teruk mana pun situasi, there's something that we'll learn from it. later.
6# belajar utk berlaku adil pada diri sendiri. memang ada sesetengah orang, yg tak akan mampu pun utk berlaku kejam pd haiwan. hatta sekecil semut pun. apetah lagi sesama manusia. tapi sayang, tanpa sedar telah menzalimi diri sendiri. jangan lupa tunaikan hak pada diri sendiri juga. dan jgn terlalu berusaha melampau utk memenuhi kehendak orang lain hingga diri sendiri dizalimi. ingat tu.
tak sangka. duduk bertapa di lab, dapat membuat justifikasi yg rasional akhirnya.
in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
Dah 2 hari, update blog sekadar copy paste dan bgtahu news saja. Tak ada idea nak cakap tentang apa, atau cerita tentang apa-apa lagi.
Dah 3 hari bertapa di UTP. siap progress report! tapi tu pun terlewat 1 hari. Dan printer buat hal, tak mahu dgr kata pula sekarang.
Semalam, berkelah di tepi tasik UTP. First time, dan memang sangat menenangkan. At least, tak fikir apa-apa yg membebankan kepala sekejap. For once, I did enjoy being here. Selepas beberapa lama terperuk di bilik dan hanya ke kelas setiap hari.
Nak2 pulak dengar lagu mozart kan petang2 sambil ambil angin di tepi tasik. Ah, klasik betul lah! :P
Saya pernah baca satu buku motivasi by Dr Fadzilah Kamsah (kot.), muzik yg kite patut dgr utk merangsang kedua-dua belah otak ketika belajar ialah muzik yg mempunyai 60 bit seminit. Dan antara muzik terbaik ialah bunyi deruan ombak yg tak pernah henti, bunyi titisan hujan. Senang cerita, bunyi yg dihasilkan oleh alam semulajadi. Anugerah dari Tuhan. Tapi kita selalunya buat kerja lain time tu kan?
Dengar bunyi hujan, pergi layan perasaan sorang-sorang. Duduk tepi laut sambil dengar bunyi ombak, termenung sendirian. Adeyh~
Manusia mmg begitu kot.
Malam tadi, utk pertama kalinya bagi semester ni, saya masak utk makan malam. Heh. Masak ikan bawal sweet sour je pun. The simplest dish I could ever think of. Tapi malang sikitlah sbb ikan tak fresh dah. So, rasa nya tak seperti yg selalu dimakan di rumah.
Jadi, jgn beli ikan di Tesco dah! Beli kat pasar saja lepas ni. Mmg seriusly susah betul nak cari ikan yg betul-betul fresh kat sana. ikan banyak, tapi so-so saja. Tak rasa manis ikan tu pun masa makan.
Sejak dah besar ni, deria rasa macam lagi cerewet aje. payah betul lah.
Sekarang tgh mengidam nak masak ayam masak merah. Bukan yg simple-simple tu yer. Yg mcm nenek sy selalu masak. Last year baru sy fhm kenapa bila saya masak ayam masak merah, rasanya mesti tak sama mcm yg nenek atau mak masak. Mesti lain sikitlah. Walaupun syuk kata, dah sedap dah ni. :P
Nak pergi bersiap-siap ke lab lah. Objektif utama tak balik rumah mid sem ni wajib dicapai. Dan saya rasa tak sabar mahu pulang wekend ni.
Mahu jumpe org-org yg dirindui di uniten~ ;)
Good luck utk mereka sbb dah start exam lg last week.
Mungkin boleh buat surprise sikit utk diorang kn?
spageti & kek batik seems nice. cepat & senang. :P
in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
Ada 2 cerita yg best utk kite renung2kan bersama.
Cerita 1#
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…
Cerita 2#
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorangperempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siapuntuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belummenjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia punmengangkat keduatangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacangsoya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Diasangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masihtetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurangjelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabilatempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannyayg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampaidi pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannyake pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalamhatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan denganjarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe merekasudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepadaAllah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belummenjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat diaberdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daunpenutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapahendak membeli tempe yang belum jadi?".
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di Englandteringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudahtidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Tuhan...
kesimpulan 1: biar saja orang menyakiti kita, tapi kita jgn membalasnya dgn perkara yg sama, sbb jika kita membalas semula perbuatan org pd kita, itu menunjukkan yg kita ni sama aje dgn org yg menyakiti kita.
lg pun, Allah knows best. isn't it?
kesimpulan 2:Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
kesimpulan 3:Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
kesimpulan 4: Tiada yang mustahil bagi Tuhan. Kun faya kun.
kesimpulan 5: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah. sedarlah kita ini hanya hamba saja. betul tak?
p/s: Al Fatihah buat Allahyarham Mohamad Azamir Mohktar, 20 student UTP yg telah meninggal dunia di Tg. Demong, Besut smlm. klik sini