Monday, May 25, 2009

erm.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Hanya kerana dua patah perkataan, berbunyi Semoga Berjaya. Saya tidak boleh tidur malam tadi. Sungguh saya memang tak sangka itu boleh buat mata saya terus tak boleh tidur, dengan 1001 perasaan bercampur dalam hati.

Mungkin saya patut lupakan kata hati, dan buat tidak peduli terus dengannya. Atau mungkin sudah sampai masa untuk saya betul-betul buka mata dan sedar. Tidak semua yang kita buat, orang mampu translate seadanya ia. Sebab cara berfikir setiap manusia itu berbeza. Ada yang berfikir menggunakan perasaan. Menolak tepi rasional akal. Ada pula yang menggunakan akal semata-mata. Menidakkan rasa hati dan emosi. Malah ada pula yang menggunakan prasangka.

Malam itu, saya tidak boleh tidur bukan kerana terlalu sedih. Tapi kerana terlalu terkejut, entah atas dasar apa hinaan seperti itu mudah saja ditabur. Saya tidak boleh tidur, kerana terlalu banyak persoalan dan jawapan yang saya ingin katakan. Rasa hati saya ingin saja saya tulis berpuluh-puluh reply. Tapi saya pendamkan saja. Dan biarkan.

Kerana kalau memang itu sudah diset dalam minda dia, saya hanya buang masa dan bertindak bodoh saja untuk menjelaskan dan bertanyakan?

Dia tak mahu penjelasan. Dia juga tidak mahu apa2. So be it. Fine. Teruskanlah dengan apa yang dia fikir. Yang penting, saya tahu dan Tuhan tahu apa yang tersirat sebenarnya. Itu sudah cukup. Biarlah. Dia cuma manusia biasa. Dan saya tahu manusia tidak sempurna.

Jika Tuhan mahu singkapkan kebenaran, satu masa Dia akan lorongkan masanya. Jika bagiNya itu tidak perlu, maka apa pun yg saya jelaskan tidak akan dapat dia terima.

Kun Faya Kun.

With Love,
iNz

oh sakit. sakit.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Hu. Melepaskan lelah sebentar. Baru saja sampai rumah dari kampung. Satu hari ini, boleh dikatakan sebagai Hari Berjalan Bersama Nenek Saya. Hee :D

Semalam, sebenarnya saya sudah berjanji dengan Nenek mahu singgah sekejap sebelum sampai ke rumah on the way dari UTP. Tapi disebabkan saya sudah lambat, kerana buang masa di 4 stesen minyak dan melalut lalu jalan lama secara tiba-tiba hingga ke Tapah, saya batalkan perancangan untuk singgah semalam dan teruskan perjalanan pulang ke rumah terus sebab saya takut kalau dah singgah kampung nanti, saya sudah habis tenaga mahu drive pulang ke Rawang pula nanti.

Jadi, hari ini adalah make-up untuk janji semalam yang tidak tertunai. Uhu. Hari ini, saya patut bawa Nenek ke Pekan Tg Malim itu untuk check darah tinggi, kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Malamg pula, saya terlewat bertolak. Kasihan Nenek, terpaksa tunggu 30 minit lewat kerana janjinya pukul 9 pagi. Sudah lah terpaksa berpuasa malam sebelum itu semata-mata untuk jalani pemeriksaan hari ni.

Kerana mahu cepat2 sampai, sudahnya saya pecut kereta maximum 150 km/hr. Sila lah jangan tiru ye kawan2. Tak baik untuk kesihatan. Jadi, overall result examination tu, semuanya okey untuk Nenek. Kecuali tekanan darahnya. The very the high~

Tsk.tsk.

178.

Dan entah kenapa tiba2 saya pula disapa pencerahan agung pagi tadi, tergerak hati pula untuk jalani pemeriksaan yang sama.

So, the result?

Tekanan darah-111
Kandungan gula dalam darah-4.7
Kolesterol-7.4

Semua okey kecuali kandungan kolesterol yang amat tinggi. Oh-uh, saya seriusli panik seketika selepas pemeriksaan tu. Kolesterol tinggi will eventually lead to heart attack and high blood pressure kan?

Oh, serius lepas ini fast-food is a no-no for me. Dan kena pergi bersenam selalu. Tolong lah, saya paling malas mahu berjogging atau melakukan aktiviti seumpamanya sebelum ini. Bad habit ini wajib dibuang atau saya akan menderita sakit kronik selepas 5 atau 7 tahun lagi nanti.

Seriusli hari paling penat hari ni. Petang tadi, saya tertidur kepenatan di depan tv sebelum memaksa diri untuk bangun kerana harus pulang ke rumah semula. Saya rasa penat ini mungkin juga sebab malam tadi saya tak boleh tidur langsung sampai jam 430 pagi. Dan pukul 740 pagi nya sudah siap2 mahu pulang ke kampung pula. Kenapa tak boleh tidur? Refer to the next post~



Nape ntah, tibe2 adik saya nampak sgt gomok dlm gambar ni.
haha.

Sori la dik, u r not so photogenic i guess.
lol.



With Love,
iNz

Sunday, May 24, 2009

Menulis dari rumah

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Menulis dari rumah.

*senyum*

Besok, saya sudah ada schedule ketat menanti. Tepat jam 9 pagi, sudah mesti ada di Tg. Malim untuk hantar Nenek jalani pemeriksaan kesihatan.

tu je nak bagi tau. :D

With Love,
iNz

Saturday, May 23, 2009

Episod Duka dlm hidupku

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Sebenarnya hari ni patutnya dah selamat sampai di rumah. Tapi disebabkan otak saya baru berfungsi dengan baik hari ni dan semalam tidak dapat celebrate my last written exam makanya saya postponed kepulangan ke rumah ke esok hari.

Semalam memang satu episod duka yang paling tragis dalam hidup! Selepas 3 jam bertarung di MultiPurpose Hall dengan segala tenaga dan senjata yang ada, saya memang agak kecewa sikit dengan last paper ni. Ai, the last two semester's qutestions weren't that hard. Nape lah lecturer ni suka bagi soalan yang mencabar minda and play few tricks on the questions when it comes to our batch?

Ape pun dah jawab dah kan? Takpelah. Tawakkal saja dan teruskan berdoa. Anyway, lepas habis paper heading to RnR. Alah, yang dekat sebelah bus station kat bandar U tu. Entahlah kenapa semalam saya diuji pula dengan tulang ikan.

Yang kelakarnya, ikan keli bakar. Bukannya ikan terubuk ke kan. Tak pernah2 lah sepanjang saya hidup ni tulang ikan keli tersangkut di tekak. That was my first time ever. Telan nasi, sudah. Minum air, sudah. Tapi mungkin sebab ia kecil, dan tersangkut di tepi sebelah kiri...bila saya telan nasi yang dikepal-kepal tu tulang tu masih tetap statik di tempatnya.

Habis je bayar, saya terus pecut kereta pulang ke UTP dengan penuh tidak selesanya sebab terasa ada benda mencucuk2 tekak saya. Geram betul, tak sabar nak keluarkan tulang ni.

Sampai bilik, saya terus menghadap cermin. Dan malas nak cerita la kan. Nanti korang semua rasa mual pulak tak pasal2. Yg penting saya dah muntah 4 kali sampai muntah yang ke4 tu just keluar air je, tapi tulang tu still tak dapat dikeluarkan lagi.

Lepas call Mak, saya teruskan usaha lagi. Kali ni dengan roti pula. Selepas beberapa cubaan, barulah saya rasa tulang tu dah berjaya turun melalui esofagus saya dengan jayanya. Disebabkan percubaan kurang bijak saya sebelum ni, makanya tekak saya rasa perit. Kemungkinan luka2. Hal nombor 1#

Kemudian, entah kenapa selepas maghrib, kepala rasa sakit pulak sampai terpaksa cancel dinner kat luar dengan orang. Aih. Kalau sakit dan bila baring tertidur tak mengapa. Tapi saya terpaksa tahan sakit selama 2 jam. Dah puas dipicit kepala ni, tapi tak mahu hilang2 jugak sakitnya. Sampaikan urat2 di dahi saya timbul. Mungkin sbb terlalu tegang kot. Saya fikir maybe orang yang kena migrain mcm ni kot. Sebab tu lah ada yang sampai hantuk kepala ke dinding sebab tak tahan dengan sakit yang ditanggung and mereka tak rasa sakit pun kalau kepala diketuk2. Saya dah picit kepala saya kuat2 pun tak rasa apa.

Selepas golek2 dengan penuh rasa terseksanya, saya terus basahkan kepala dengan air dan letak tuala lembap pada dahi. Baru lah kurang sikit dan terlena. Seriously, tak pernah saya rasa sakit kepala mcm tu. hal nombor 2#

hasilnya, hari ni saya rasa sangat tak berperasaan. numb. kaku. walau pun nampak seperti biasa. harap2 sakit yang dirasai tu dapat jadi kifarah dosa yang lalu... erm..

With Love,
iNz

Friday, May 22, 2009

Akhirnya tamat segala peperiksaan bertulis~

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Oh, rindu betul pada tempat permainan siber saya ini. Tempat saya membebel sorang2. Sesekali ada yang membalas. ;)

Jadi hari ini, saya sudah officially tamat final exam!
*tepuk2*

Kiranya sudah 60% kerja saya di UTP ni. Tinggal lagi 40%. Semakin lama saya hampir ke hari presentasi untuk projek akhir ini, entah kenapa hati rasa semakin berat. Berat, kerana tak lama lagi kaki akan melangkah keluar dari sini.

4 tahun di sini, begitu banyak lakaran pelangi terjalin dalam kehidupan saya. Mendung dan hujan pun selalu juga singgah. Tapi kalau cuaca selalu saja cerah, tak adventurous lah hidup kita nanti kan? Entah2 melepek kebosanan, hidup segan mati tak mahu.

2 3 hari ni, air mata mengalami kejatuhan harga yang agak melampau. Entahlah. Tak ada jawapan untuk fluktuasi emosi yang sangat berat seperti roller-coaster. Puas lah merasionalkan akal, tapi sudahnya hanya tenang bila ia tumpah seperti empangan pecah. Membuak-buak. Mungkin kerana sudah lama tidak pulang ke rumah. Rindu yang sangat2 membuatkan jiwa terasa ditekan2, dan dihimpit2.

Saya tahu saya memang tak boleh berlama-lama tinggal di UTP. Rumah itu selalu menjadi tempat escape saya yang paling selamat. Balik rumah, duduk sama orang2 tersayang itu buatkan bagai semua perkara2 yang mengganggu otak seperti sebesar semut. Dan lepas itu, pulang ke UTP semula dengan rasa baru dan segar. Lebih bersemangat.

Pagi tadi, masa bersiap-siap untuk paper terakhir, tiba2 saya terasa yang pipi saya sudah bertambah berat sikit. Bila pandang refleksi imej di cermin, mak ai~

Tak boleh jadi ni, kena buat exercise pipi selalu atau semua orang tak akan kenal saya lagi selepas presentasi akhir projek kerana muka yang sudah jadi terlalu bulat. Pathetic kan?

Menjadi perempuan, cantik itu jadi antara perkara penting dalam hidup. Kadang2, bila malas datang, cuci muka saja yang dibuat. Segala toner dan krim dibiar saja sepi di dalam almari. Kadang2 bila kegilaan datang, siaplah Elianto di Ipoh Parade saya godek2. Selalu di Watson saja, banyak sikit pilihan. Tapi ade satu kedai tu, ape ye..saya sdah lupa namanya. Menarik juga barangan2 mereka. Dari Korea. Sama mcm Elianto tapi mahal sikit. Tns pun menarik juga. Tns dan Melilea lebih kepada barangan seperti krim2, pencuci muka dan toner.Tapi saya paling suka barangan Melilea.

Ok, barang bagus tapi harga pun 'bagus' juga. Mungkin akan dipertimbangkan bila sudah kerja nanti. Guna duit sendiri lagi terasa thrill kan?

Elianto pula barangan make-up.

*gelak besar*

Saya tak akan bermake-up kecuali kalau ada apa2 function atau event yang memerlukan saya bersoleklah. Jadi, beli Elianto itu sebenarnya atas dasar saya suka dengan warna-warnanya yang menarik dan ceria. Tapi takde lah pakai selalu pun. ;)

Ni lah antara barangan jenama2 yang saya sebutkan tadi:

TNS Elianto




Melilea

In the next post, saya nak upload gambar2 sepanjang 4 tahun kitorang (saya & kwn2) di UTP. Nanti kita tengok sejauh mana transformasi kitorang selepas 4 tahun di UTP.

*senyum*

With Love,
iNz

Monday, May 18, 2009

Korea Sikit

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.


사랑 까짓 거 다 버릴 수 있는데

우정 까짓 거 다 버릴 수 있는데

눈에 가시처럼 박혀버린 너희를 빼낼 수 없어서

이젠 눈을 감고 살아야 하나봐

미쳐 버릴듯 한 세상에

아물지 않은 깊은 상처 하나 시간에 맡기려해


한 사람과 이별도 아픈데

또 한사람 마저 잊어야 하는 게

내겐 죽을 만큼 힘겹고 가슴 아픈 두 이별 이야기

이젠 눈을 감고 살아야 하나봐

미쳐 버릴듯 한 세상에

아물지 않은 깊은 상처 하나 시간에 맡기려해

Jadi, Tuhan... tolong kuatkan saya.~

With Love,
iNz

Saturday, May 16, 2009

I GO...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I can't hear it here no more
And I go
I go

Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face


With Love,
iNz

Friday, May 15, 2009

::::::::

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Hari ini seharian berada di Ipoh. Bukann buat apa pun. Jalan-jalan saja. Setelah habis paper kedua. Malam sebelum saya menjawab Engineer in Society, saya terima satu mesej. Mesej berbunyi marah. Oh, perhaps a threat?

Malas saya nak menjawabnya. Untuk menceritakan dari A to Z apakah masalah which lead to the unsolved problem, saya tak fikir itu dia mahu tahu. Tapi terima kasihlah. Kerana buat saya terkaku dan tak dapat stadi sepanjang malam itu. Rasa macam otak berhenti berfungsi seketika.

Percaya atau tidak, pagi sebelum exam bermula petang itu barulah otak saya center sikit dan kala itu baru dapat pulun habis-habisan untuk EIS.

Saya tak takut dengan ugutan itu. Malas nak ambil peduli. Orang begitu usah dilayan. Nanti saya pun sama2 sakit mental macam dia. Sila sakit sorang2 lah.

With Love,
iNz

Monday, May 11, 2009

2 more to go~

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

1 down. 2 more to go.

3 jam berada di Main Hall pagi tadi, saya hampir-hampir saja tertidur pada 1/2 jam yang terakhirnya.

Apa-apa pun, tak terhingga kesyukuran saya panjatkan pada Allah kerana mempermudahkan segalanya hari ini. Alhamdulillah.

Nak studi Engineers in Society pulak.

p/s: tak tahan mata bertukar jadi biru muda bila terkena cahaya matahari tadi. Adeyh. I shouldn't hv listen to that girl before. Tak pelah, just endure it for a month....satu bulan je...u can do it!

With Love,
iNz

Sunday, May 10, 2009

untuk hati

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Apa pun yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah yang Maha Bijaksana.


(35:2)

With Love,
iNz

Tuesday, May 5, 2009

Puisi Tentang Cinta

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?

ketika kita menangis?

ketika kita membayangkan?

itu karena hal terindah di dunia tdk terlihat


ketika kita menemukan seseorang yang

keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung

dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan

serupa yang dinamakan cinta.


Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan,

seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,

tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,

melainkan suatu awal kehidupan baru,

kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,

mereka yang telah dan tengah mencari dan

mereka yang telah mencoba.

karena merekalah yang bisa menghargai betapa

pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan

mereka.


Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu

menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,

adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan

kamu masih menunggunya dengan setia.


Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan

kamu masih bisa tersenyum dan berkata

” aku turut berbahagia untukmu ”


Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,

biarkan hatimu kembalike alam bebas lagi.

kau mungkin menyadari, bahwa kamu menemukan

cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati

kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.


Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu

mendapatkan keinginannya, melainkan mereka

yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah

bagaimana dalam perjalanan kehidupan.

kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri

dan menyadari bahwa penyesalan tidak

seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya

sebagai penghargaan abadi atas pilihan2 hidup

yang telah kau buat.


Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata ” aku

lupa ….”

menunggu selamanya ketika kamu berkata ”

tunggu sebentar ”

tetap tinggal ketika kamu berkata ” tinggalkan aku

sendiri ”

membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan

belum berkata ” bolehkah saya masuk ? ”

mencintai juga bukanlah bagaimana kamu

melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,

melainkan bagaimana kamu memaafkan.


Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,

melainkan bagaimana kamu mengerti.

bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa

yang kamu rasa,

bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan

bagaimana kamu bertahan.


Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus

berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang

itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita

menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia

apabila kita melepaskannya.


kadangkala, orang yang paling mencintaimu adalah

orang yang tak pernah menyatakan cinta

kepadamu, karena takut kau berpaling dan

memberi jarak, dan bila suatu saat pergi, kau akan

menyadari bahwa dia adalah cinta yang tak kau

sadari

-Khalil Gibran-

p/s: puisi ini bukan saya punya.

With Love,
iNz

:(

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Nak balik. Tapi.....

:(

Qurratun Syifa', tlg la jgn sakit. Saya seyesli perlukan awk untuk blk rumah ni.


isk...

With Love,
iNz

Monday, May 4, 2009

Oh, post ke 101 rupanya!


Eh, tak perasan semalam itu post ke-100 rupanya. Patut celebrate ni. hee. Takpe2. Ada 2 tag yg saya kena jawab ni. 1 yg baru, lg 1 dah lame, tapi tak terperasan masa baca blog cik zeti.

So, here is the first one.

Rules:
1. The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below.
2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
3. After that tag 12 people.


1. The age of my next birthday - 23



2. The place I would like to travel to - Karambunai & Pulau Sipadan


*Karambunai, tunggu ye sy dtg*



*Sipadan Island: hajat nak bw the whole family here 1 day.*

3. The favorite place - My home sweet home.

4. The favorite food - Nasi Lemak yg dimasak oleh Mak sy~ :) *nyum2*


5. The nickname I had - Along, Ila, Ili, Nabila. *Eh, banyak pulak*

6. The favorite colour - purple

7. The city I live in (for now) - Rawang, Selangor

8. The city I was born in - Tg Malim, Perak. *Tapi tak pernah mengaku org Perak. Sy org Selangor sampai bila2.*

9. College major - Chemical Engineering (majoring in Petroleum)

10. Bad habit - Suka main-main. Too much of playing and less work.


11. Hobby - Reading. *Twilight & Cinta Bertasbih is waiting to be finished soon*

12. Wish-list -

  1. iPhone 3G
  2. new lappy *laptop sekarang asek kena kutuk je, sian die..* ,
  3. Magnifique by Lancome

*these are for the time being. hee*


With Love,
iNz

Laskar Pelangi

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Salam.

Hari ini, saya officially tamat menonton filem Laskar Pelangi yang mula saya tonton 3 minggu dulu semasa di rumah.

Kala itu sudah hendak sampai ke penghujung. Tapi saya tutupkan laptop kerana terlalu mengantuk. Dan saya tak mahu tamatkan cerita itu tanpa mendapat apa2 yg sepatutnya saya belajar. Ibrah sgt banyak di dalam cerita ini. Seriusli.

Terlalu sayang kalau saat habis tontonan, saya terus pejam mata dan lupakan terus tentang ia dan yg saya ingatkan nanti cumalah saya merasa puas kerana dapat tidur yg enak dan mimpi yg indah2.

Rugi. Rugi.

Laskar Pelangi itu ibarat paracetamol untuk saya.

Yang saya butuhkan saat jiwa sakit2. dan mula rasa hendak demam.

Ia buatkan saya rasa berani untuk bermimpi. Berani untuk bercita-cita semula. Walaupun pada dasarnya cita-cita itu pernah saya benam jauh di dasar hati.


Dulu2 saya tersepit di antara realiti dan impian hati. Dan saya pilih realiti kerana tidak yakin dengan kemampuan diri untuk menjadikan mimpi itu satu yang bisa digenggam erat. Dan nyata.

Terima kasih Tuhan.

Kerana buat saya bermimpi semula.

Kerana buat saya bernyawa semula.

dan

Kerana buat saya

berani untuk mengejar apa yang saya percaya.



p/s: Saya tahu dah lama. Tapi saya tetap nak cari jugak buku Laskar Pelangi tu. Tak kira.Kak Sue~ terima kasih kerana membuatkan saya teruja juga untuk mencari buku ini. Hee :B





Ada sape2 yang sudi nak belanja saya buku2 ni tak? ;)

With Love,
iNz

Sunday, May 3, 2009

Bila Mama Pakai Celana

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Ahah. Hebatlah saya. Masih sempat update 2 post satu hari ibarat manusia paling relaks dalam dunia. tak ada kerja langsung!

*im truly a procrastinator at heart*

dush!dush!

Baru saja lepas tonton Cerekarama yang tajuknya adalah tajuk entri saya kali ini. Iye, saya masih tak dapat tangkap kenapa tiba-tibanya keluar cerita tentang ini. Tentang famili. Dan tentang IBU aka EMAK aka BONDA aka MUMMY aka MAMA aka UMMI etc.

Jenuh pulak la kan nak sebut semua panggilan yang ada di dunia ni untuk seorang wanita yang telah berjaya melahirkan dan membesarkan kita.

Dah nak hampir ke penghujung cerita, barulah dapat tangkap. Oh! Bulan ini kan ada


Mother's Day.

punyelah ignorant tahap apa si anak ini. aduhai!

*tepuk dahi*

Saya fikir dari tajuknya, apa yang saya faham adalah..bila mama bekerjaya.

Ya, saya ini antara beribu anak-anak yang punyai seorang Ibu yang berkerjaya. Kisah ini, jujur sekali hampir sama dengan laluan hidup saya. Mak dan Abah yang sibuk bekerja. 3 orang anak yang punya fiil masing2 yang selalu menambah tahap stress dan pening Ayah Bonda.

tsk..maaf Mak.

Action speaks louder than words.

I should know that earlier.


*sigh*

Saya ini mcm watak Nora Danish yang baru2 nak belajar memahami hati seorang Emak.


With Love,
iNz

Saturday, May 2, 2009

Procrastinator & Perfectionist

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Final report masih belum hantar. Janganlah tanya kenapa. Kerana anda sendiri tahu jawapannya dalam hati.

Saat-saat akhir ini, rasa macam patah semangat untuk habiskan semuanya. Tiba-tiba terasa bagai daya yang ada sudah habis diserap semua, yang tinggal cumalah debu-debu harapan yang berterbangan.

Tapi kata-kata Mak lewat beberapa hari lalu, buat saya paksakan juga diri untuk pura-pura tabah dan habiskan segalanya. Tak peduli sama ada ia adalah a perfect finished or just a finished job.

Dulu-dulu, semasa praktikal di Kerteh, saya pernah dipaksakan oleh Supervisor Kathy, Encik Airi untuk menjawab personality test. Eh, semua yang under dia (walaupun saya bukan) konfem2 memang wajib jawablah benda alah tu. Pusing kepala, sebab soalannya payah juga. Baru tahu yang rupa-rupanya banyak sifat diri sendiri masih kelam dan samar2.

Hasilnya, sifat utama yang dominan pada saya adalah phlegmetic dan yang kedua itu perfect melancolic.

Kelakar bukan? Procrastinator itu memang diri saya nombor satu (kerana itu ada dalam diri seorang phlegmatic selalunya). Malang pula bila ada pula sifat perfectionist. Memanglah kerja yang dibuat bertambah lambat siap. Bertangguh2. Tapi masih mahu perfect (??!).

Masalah betul! Tension!


Selalu-selalu, saya memang akan down bila di saat2 akhir. Masa2 kritikal beginilah, daya juang mula merudum jatuh ke tahap paling rendah.

Mungkin -1 juta
.

hyperbola yg sgt melampau. tapi saya peduli apa kan?


Saya fikir, ubatnya pulang ke Rumah. Tapi nak balik bagaimana bila kerja masih tertangguh di sini??


"Wahai diri saya, tolong cari daya juang kamu semula..tolong. Ini soal masa depan dan mungkin hidup mati kamu juga..."


Kata org Melayu dulu2,

Berpantang maut sebelum ajal.

Tuhan itu kan masih ada untuk mendengar kata-katamu?

With Love,
iNz

Friday, May 1, 2009

Edcoustic

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Kata-kata cinta, terucap indah

Mengalun berzikir, di kidung doaku

Sakit yang kurasa, biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku,

Teringat semua, yang Kau beri

untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Tuhan...

Kuatkan aku


Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku

dengan-Mu



With Love,
iNz

Kawan2, mari lihat ni. Jom2~

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Oh, saya nak minta maaf pada Sukma kerana tak datang pun lagi ke bilik dia. Janji nak tunjuk Quran yang saya baru beli hari itu. Tapi sampai hari ni saya tak terpergi-pergi lagi ke bilik dia. Maaf2. Huhu.

Okay, sebab dah janji. Jadi saya fikir lebih baik saya promote kan saja di blog ini. Kepada kawan-kawan yang berminat, boleh datang ke bilik saya nanti.

Kelebihan Quran ni?

Ia terjemahkan satu-satu ikut perkataan. Dan lagi sesuai untuk orang yang suka Quran besar-besar ni. Ehe.

Sebenarnya, saya memang tak pandai nak promote barang. Apa kata anda tengok gambar di bawah ni & nilaikan sendiri, ok?


Kulit muka depan Quran








Jom tengok isi dalam Quran ni~


Dan di bahagian tepi quran ni, tetap ada terjemahan penuh untuk kita baca dan tadabbur maksudnya.



Ini terjemahan per kata yang di katakan tadi






Sesuai juga untuk dihadiahkan buat yang tersayang sempena special occasions. Saya beli satu untuk Abah sempena hari lahir beliau pada 19hb April yang lepas. Tapi tak terbagi-bagi lagi sebab tak pulang2 ke rumah lagi.


p/s: oh, lupa. Harga nya = RM130.00 tunai. kad kredit tak diterima.


With Love,
iNz