Friday, January 9, 2009

Saja-saja..

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Insya Allah, esok akan bertolak pulang ke UTP walaupunn hakikatnya barang-barang belum berkemas lagi. :D

Biasalah tu penyakit yang memang tak boleh nak dielakkan. Mungkin baru 10% kot persiapan. Tapi disebabkan hanya pakaian je yang tak dikemas lagi, harap-harap boleh siap malam ini.

Hari ini sudah masuk hari ke 9 dalam bulan Januari tahun masihi dan 12 Muharam 1430H. Kalau nak cakap tentang tahun baru, mungkin macam dah sejuk cerita ni. Kata orang dah basi. Tapi saya cuma nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan semua tentang azam tahun baru (bagi yang ada). Mungkin dapat diselitkan azam untuk menjadi saudara yang lebih baik buat saudara-saudara kita di Palestin sana dan juga di serata dunia yang sedang menghadapi dugaan dan ujian demi ujian.

Hakikatnya, semarah mana pun kita terhadap apa yang terjadi di Palestin..tiada gunanya jika sekadar marah tatkala berita-berita tentang kekejaman Israel laknatullah menghiasi kaca tv dan muka depan akhbar itu tidak disusuli dengan tindakan-tindakan untuk membantu. betul? Marah seketika, kemudian diam menyambung kehidupan seperti biasa..cukup sejati kah kecintaan itu?

Bantuan bukan sekadar dari segi material dan untaian doa semata. Namun usaha untuk memperbaiki diri itu yang terpenting.

Jadi, sempena tahun baru marilah sama-sama kita berusaha membuang sisi-sisi buruk yang bisa melemahkan peribadi sebagai seorang muslim.

Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya, supaya tidak lupa dan sentiasa beringat.. bahawa diri ini hanya seorang hamba yang tidak punya apa-apa...

Dan sama-samalah kita mengamalkan doa qunut nazilah & solat hajat, memohon agar Allah membantu saudara-saudara kita di sana.



With Love,
iNz

No comments:

Post a Comment