Friday, December 26, 2008

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Sudah berapa minggu ye saya tak update blog ini? Banyak sangat peristiwa berlaku sepanjang di rumah baru-baru ini. Sungguh kalau masa itu boleh diputarkan balik..aih~

Saya sepatutnya pulang ke UTP minggu ini, tapi plan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Tiada orang yang saya kenal rapat sudah pulang ke UTP pun lagi. Dan terkilan juga hati ni sebab tak dapat nak hadiri satu majlis perkahwinan seseorang. Tak apalah. Bukan rezeki untuk bersama-sama mereka di sana kot.

Berikut beberapa peristiwa besar berlaku sepanjang saya bercuti.

1# Laptop saya tidak dapat diselamatkan! hard disknya rosak teruk. Saya memang sudah perasan yang laptop saya ini akan terpadam tak sampai sejam ia hidup jika tiada bantuan kipas meja saya (sebab cooling pad saya tertinggal di UTP.) Dan kadar kepanasan laptop ini sangat cepat meningkat jika tiada fan@cooling pad di bawahnya. Satu pagi saya bangun dan laptop ini tidak dapat on. Yang tertera di skrin? one file with extension .dll is missing or corrupted. Safe mode juga tak berjaya masuk. 3 hari tersadai di hospital, akhirnya laptop saya sedar kembali dari koma. RM300 bertukar milik. Sheesh..

2# Enjin kereta tak boleh hidup. Ini berlaku beberapa jam selepas pertunangan sepupu saya. Dalam ribut dan hujan lebat, saya terpaksa juga drive keluar sebab nak menghantar nenek saudara dan maksu pulang ke rumah di Taman...oh, saya terlupak pulak namanya. Memang hati tak sedap nak bawa kereta dalam ribut-ribut begini, tapi...susah nak cakap tidak @ tunggu kejap pada orang yang lebih tua dari kita kan? Kemudian ke Ipoh Parade menghantar lauk pada kwn-kwn sepupu di Kenny Rogers. Pertama kali bawa kereta dalam ribut, dengan paras air di jalan yang agak tinggi Tuhan aje yang tahu hati saya ni risau tahap dewa kot. Bateri kereta buat hal di parking lot Ipoh Parade. Mujur saja tak boleh start bila dah sampai di sana. Kalau mati di tengah jalan? Haru-biru la jawabnya. Apa-apa pun terima kasih banyak pada sir kerana bersusah payah menghidupkan kembali kereta saya! Alhamdulillah.

3# Appointment dengan Doktor beberapa hari lepas. Aih, yang ini bikin hati saya takut dan paranoid sampai tak boleh lelap mata. Lebih kurang 3 pagi baru boleh tertidur. Itu pun terpaksa bangun awal pada pukul 5.30 untuk bersiap-siap. Dari pejabat Mak barulah bertolak ke Hospital Tawakkal. Selepas 6 bulan, saya kena jumpa Doktor lagi sekali untuk rawatan susulan. Doakan saya ye kawan-kawan!

4# Belasungkawa. adik kepada Moyang saya meninggal kelmarin dan jenazahnya dikebumikan semalam sebelum zohor. Pagi itu Mak kejutkan saya, suruh siap-siap dan mandi. "Tok Yang Blues meninggal, Long." Saya yang mamai terus bangun dan duduk di atas katil. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dah lama saya tak bertemu dengannya. Selalunya setiap kali lebaran tiba, Allahyarham akan datang ke rumah pusaka tinggalan Moyang kerana di situlah kami semua selalu berkumpul. Tapi, lebaran baru-baru ini tiada kesempatan bertemu dengannya. Tok Yang Blues. Nama ini saya yang beri masa kecil-kecil dulu. Cerita Mak, sebab Tok Yang suka menyanyi semasa bermain dengan saya, makanya saya yang pandai-pandai tambah blues di belakang namanya.

"Ya Allah, ampunilah segala dosanya dan cucurilah rahmat ke atas rohnya. Semoga dia tergolong dalam golongan yang Engkau rahmati dan kasihi...aminn"

Dan satu masa akan tiba pula waktu untuk saya, anda dan mereka di luar sana bertemu denganNYA. Persoalan dihati berlegar-legar, sudah cukup bersediakah aku? "-_-

5# Pada hari yang sama, majlis persandingan Kak Mira berlangsung. Saya masih ingat kali pertama berbual dengannya sewaktu dia mengangkat telefon, dengan saya terkelu seketika sebab tak pasti siapakah gerangan yang menjawab telefon si dia. Sambil ketawa kecil, dia memberitahu, "ni kak long la.." sebelum memberi telefon kepada tuannya. Sedih dan terkilan kerana tak dapat datang dan memenuhi undangan. :(

6# Hee =D yang ini pula saja mengada menjawab Test Your Learning Style. Eh, ini saya jumpa di blog Dayla. ;)




Your Learning Style: Objective and Rational



You are logical and rational. You are open to any ideas or subjects that make sense to you.



You Should Study:



Anthropology

Economics

Engineering

Finance

Law

Philosophy

Political Science



Am I really capable of being a good engineer? I doubt that. Ai, tinggal beberapa bulan saja nak grad masih ragu-ragu? Someone, please convince me!


With Love,
iNz

4 comments:

  1. You're a born engineer!! Lucky you...

    dan menarik juge cuti kamu.. penuh cabaran... ;)

    ReplyDelete
  2. eh nabila..sakit apekah kamu?
    harap semuanya baik-baik saja yah?

    ReplyDelete
  3. hehe bidang kejaya mu sama dgnku~

    kamu, sihat la..huhu

    ReplyDelete
  4. iLLy Ramudzan: tu la psl illy. so how urs? ;)

    sUe: Nnt kite btau Kak Sue ek

    ZirCon gurL: kmu~ terima kaseh~ rindu kmu~

    ReplyDelete