Thursday, January 15, 2009

Macam-macam II

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Okay, sungguh lambat progress FYP II saya minggu ini. Tapi apa pun, alhamdulillah. Syukur sgt2 sbb dah dapat coconut oil yg dicari-cari. Terima kasih pd nina sbb tlg temankan. kalau tak, tak tahu lah nak pergi dgn siapa lg dah. sbb semua orang pun macam busy.

Seminggu duduk kt utp ni, sy rasa mcm dah jadi katak bawah tempurung la pulak. Bukan apa, dah lama tak tengok berita. Kalau di rumah, mahu tak mahu terpaksa jugak tengok berita sbb dah tak ada kerja yang nak dibuat. (Ada, tapi huruf M tu besar sgt bila ada di rumah..isk2).

Nak tgk berita melalui internet? Herm, mungkin tidak sbb ada banyak lagi perkara menarik lain yg boleh dibuat bersama internet kan? :P

Semalam first time saya rasa saya betul-betul pusing bandar teluk intan tu. Besar~ jalannya pun besar dan mcm teratur lah. Tak mcm di rawang. Eh, serabut btul! Walau pun jalan raya dah dibesarkan, tapi kereta tetap bersimpang siur. Jammed di sana sini. Saya suka lah jalan-jalan di bandar teluk intan. menarik! Sepanjang perjalanan kami ke sana, baru lah saya perasan yang Perak ni memang kaya dgn sejarah.

No comments:

Post a Comment