Lagi beberapa hari, semester baru bakal bermula. Checklist untuk perkara-perkara penting dlm masa terdekat pon sudah dibuat. Nak dijadikan cerita, semalam kalau diikutkan perjalanan mencari edible oil untuk FYP II ni agaknya sudah boleh sampai ke Johor. Memanglah setakat drive dalam Perak, tapi kalau dari Ipoh ke Lumut, ditambah lagi dengan sesat-sesat dan main aci redah mana-mana plantatation..boleh tahan jauh jugaklah. Aih...
Kelmarin, pertama kali masuk ke kawasan 'Bombay' di tengah bandar Ipoh, macam-macam perasaan timbul dalam hati. Bukan apa, pergi cuma berdua. Perempuan pula tu. Risau, risau, risau..huhu.
Jalan-jalan cari minyak kelapa, hampir semua kedai dari yang runcit sampai lah ke supermarket semua diredah. Padangan orang, usah ditanya. Maunya mereka tak garu kepala bila melihat dua orang gadis Muslim ke hulu ke hilir berjalan masuk ke dalam kedai-kedai berkenaan. (Dalam hati, Tuhan aje yang tahu cuaknya.)
Minyak memanglah ada. Banyak tak usah cakap. Dari minyak untuk memasak hinggalah untuk dibuat sembahyang (bagi penganut Hindu). Ada yang beraromatherapy bagai. Tapi semuanya memang tak boleh guna. Aduh. Susah rupanya nak cari crude coconut oil ni ye?
Kemudian semalam, konon nak ke satu company ni. Sudahlah tak tahu jalan ke Menglembu ni, berpusing dari hulu ke hilir semata-mata nak mencari pasar borong Menglembu sbg landmark utamanya. Jumpa 1 kawasan pasar +gerai makan yang banyak. Tapi ya Allah, tempatnya...eh, scary sungguh! Anjing berkeliaran. Jalan yg kotor kiri kanan. Gerai makan? Sampai hari ni saya memang tak boleh nak bayangkan ada jugak orang sanggup makan di situ. boleh tahan ramai pulak tu. Lalu di belakang gerai saja sudah buat saya rasa mual dan mati selera.
Terfikir dalam hati, patutla penyakit berjangkit senang menular. Jujur dari hati, kalau ada sesiapa yang ingin tinggal di kawasan Menglembu yg berdekatan dgn pasar tu (nota: bukan pasar borong menglembu, itu pasar lain rupanya). Lupakanlah niat baik anda tu.
Serius! Kalau saya jadi pegawai kesihatan yg buat spot-check utk kawasan tu. Mmg konfem semua gerai dah disita! krn failed kebersihan walaupun pun mungkin makanannya plg enak seantero Malaya. (euh! sanggupkah anda mencemari perut anda dgn makanan yg belum tentu bersih walaupun sedap & halal?). walau bagaimana pun, tmpt itu mmg bukan kawasan muslim jadi tak timbul soal halal atau tidak. cuma isi penting di sini, TIDAK BERSIH dan KOTOR amat.
jumpa kilang yg dicari slps berpusing dan ber u-turn berkali-kali, minyak kelapa pula tak ada. asalnya memang ada diproses, tapi sekarang mereka cuma menjadi distributor saja lah pulak. mencabar sungguh mencari bahan yg 1 ini.
Disebabkan cuma tahu tentang company yg 1 ni aje, kami pon bergerak lah ke Lumut pulak. Ok, sekurang-kurang crude PKO sudah dijumpai di Lumut. dan free of charge pulak tu! untung-untung.Cuma tinggal coconut oil saya je lagi yg masih belum dijumpai.
Malam tadi setelah bergoogle, ada 3 kilang katanya ada proses coconut oil di Ipoh. 1 di taiping, teluk intan dan bagan datoh. Herm, ada yang sudi jadi pemandu jalan? Orang teluk intan, taiping & bagan datoh, boleh tlg tak? "-__-"
Nota: Para peniaga sekalian, sila jaga kebersihan gerai anda. Jgn jadi pengotor ok?
With love,
iNz
alin orang taiping and i'm willing to help! hihi.
ReplyDeletetaiping tu kilang dia kat ne? i don't mind pun nak jadi pemandu jalan kalau kena hari dan masanya, insyaAllah :)
alin~~ trimas sgt2. tp ili dah pun dptkn minyak tu kt teluk intan. lepas pegi lumut n menglembu, d next day i went to teluk intan. tkt nk tunggu lame2 nnt fyp terbengkalai, menangis tak berlagu pulak. uhh..
ReplyDeleteinsya Allah, kalo ade ape2 nnt ili tnye kn kt alin ek, if i really need to go there~ ;D