in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
salam.
jenuh jugak menarik diri supaya berpijak di bumi yang nyata. berada terapung-apung di langit ke-7 tu memang sangat indah. orang putih kata; cloud 9. (tapi cloud 9 tu coklat yg sedap bg saya).haha.
sepatah ayat, boleh saja memberi 2 tafsiran yang berbeda. seriously. kalau orang tu perasan, sah-sah akan jatuh kepala atas kaki (falls head over heels. lol). tapi kalau orang tu jenis yang berpegang pada prinsip, selagi tak ada kata putus sehinggalah sudah terang lagi kan bersuluh, setiap patah kata itu bagai angin lalu saja.
bagi lah seribu satu subtle hint pun, it won't work on her. bukan keras hati, cuma tak mahu perasan sendiri. kan kaum hawa ni selalu terkenal dengan sifat perasan sendiri hasil tafsiran tak bertauliah diri sendiri. orang kata lain, dia dok paham lain.
soal hati ni memang selalu mengelirukan. sebab itu lah kita wajib meminta petunjuk daripada Allah..dalam segala hal juga. kerana Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita. berdasarkan buku-buku yang pernah saya baca; to be honest..lelaki akan cakap apa yang dia rasa. jarang-jarang orang lelaki cakap tak sama dengan apa yang ada di hati. (tapi untuk kes player atau buaya darat mungkin terkecuali) tapi perempuan, susah sebenarnya untuk mentafsir apa yang ada dihatinya.
saya?
*gelak*.
hanya orang bijak pandai je boleh menebak hati saya.
kadang-kadang, kita buat baik, bukan sebab kita suka orang tu. tapi sebab itu memang fitrah semulajadi yang suka mengambil berat dan menolong orang lain.
dan kadang-kadang, kita berkasar juga bukan kerana benci. mungkin cuba berselindung di sebalik sesuatu?
itu lah perempuan.
pandai-pandai lah meneka. bermain teka-teki ni memang payah. hanya yang sabar je mampu bertahan.
tapi kalau dah jumpa yang terbaik, kenapa perlu berteka-teki lagi?
menyusahkan je.
heh.
No comments:
Post a Comment