in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
salam.
semalam, seharian saya panasaran. serba tak kena. rasa ingin tahu yang sangat membuak-buak di dalam hati membuatkan saya tak senang duduk. tak ubah seperti cacing kepanasan. sehingga ke malam hari, rasa itu masih tidak mahu pergi-pergi. bagai melekat di relung hati. aih..
sudahnya, saya tidur. mengambil jalan melarikan diri. the best way ever. since ages. heh. memang masalah tak selesai. tapi sekurang-kurangnya otak saya boleh direhatkan daripada terus menerus mencantumkan neuron-neuron, memerah keringat mengumpul dan menganalisis data (yang belum tentu benarnya lagi)
tepat jam 430 pagi, saya terjaga sendiri. selepas mengalami mimpi pelik. pelik kerana bermimpikan orang yang sudah terlalu lama tak dihubungi. sengaja. demi menghormati kehidupan masing-masing.
dan mimpi itu seperti realiti. apa yang saya rasa itu seperti benar. tiga patah perkataan terakhir yang dia ucapkan sebelum saya tiba-tiba terjaga itu seperti sangat real. bukan mimpi.
dan hari ni, saya mencari jawapan pada sebuah kepastian tentang persoalan hidup. alhamdulillah. tepat seperti jangkaan saya dulu. rupa-rupanya gerak hati yang Allah berikan itu benar belaka. cuma saya jadi stress kerana yang tersurat itu tak kelihatan seperti apa yang dirasakan oleh hati.
benarlah, bahwa apa yang tersurat itu tidak semestinya seperti apa yang kita lihat. should believe in ourself and look beneath the surface.
buat awak,
teruskan mencari. semoga pencarianmu akan berakhir seperti yang kau harapkan. semoga yang Allah berikan untukmu itu juga terbaik di pandangan matamu.
buat awak pula,
everything we had. we already decided to put it behind the locked doors. but still,
i will always pray the best for u. in life. and hereafter.because you're still someone i consider so dear to me in this life..it ain't easy to pick and choose the person we want to love in this life. it's not me who decided this. it's Him.
ps: lagu yang paling saya suka. sekadar menguatkan hati untuk mengejar cita-cita.
ps: lagu yang paling saya suka. sekadar menguatkan hati untuk mengejar cita-cita.
No comments:
Post a Comment