Friday, July 24, 2009

baca bila anda free shj.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Salam.

Dah berapa hari entah tak online ni eh? i lost track of time oredi. sejak duduk kampung ni, dah malas amatlah nak peduli apa jadi dengan dunia luar. ho-uh. Dah seminggu juge tak tengok berita di tv. bukannya di kampung ni tak ada tv. ada astro lagi haa. tapi biasa lah kan? mood berhappy-cuti-sakan ni ada ke terasa mahu peduli dengan sekeliling?

bad. bad.

*geleng kepala*

hari ni pun balik rumah sebab terpaksa. ye, terpaksa. sebab baju untuk convo tak tempah lagi! haha. teruk kan? suke nak buat kerja last minute. ai, bila la bad habit ni nak buang? hari isnin hari tu baru sibuk beli kain. and that was my first time ever choosing my own fabric. pusing kepala jalan ke sana sini keliling jackel tu ha nak pilih kain. serius pening! ye la, pilih sorang2, tak ada special asisstant sebab maksu busy di sekolah.

with zero knowledge about fabrics, menonong sesuka hati ke jackel. i finally found a nice chiffon that suit my taste. tapi bila dah hantar untuk tempah tadi, bila fikir2 balik. macam baju puteri umno pun ade jugak. hadoih, pinky from head to toe. tapi tak kisahla kan. it's my choice by the way. hee ^__________^

since the kain ada banyak lebih, jadi dapat la 2 baju, with 1 kain. haha. ni la padahnya bila orang yg tak reti beli kain menonong pandai2 beli kain sorang2.

sebelum pergi beli kain ni, saya sempat bertandang ke lata iskandar. sehari sebelum tu. mencari cendawan susu rimau. haha. ye. ye. semua orang ketawa besar bila dengar namanya tapi cendawan ni bukan sembarang cendawan. dia ada umbi tau. which means, saya rasalah kan, mesti la amik masa yang agak lama untuk hidup nak tunggu sampai berumbi bagai. betul tak? kalau kita perhatikan cendawan biasa tu, ada ke umbi? hidup beberapa bulan pun belum tentu lagi boleh berumbi.

siyes cantik! tempat tu. jatuh cinta pandang pertama ni saat ternampak air terjun dia. subhanallah, memang cantik bangat sih! dan suasana dia sejuk sikit. kan jauh ke dalam tu tempat tu. kalau saya yang drive, konfem la sampai ke cameron dah kot. nasib baik Tok Teh yg drive. hehe, merasa la i jadi penumpang di belakang, naik vios orang kan :P selalu jadi driver je.

kat situ macam2 ada ek. akar2 kayu boleh kata lengkap lah. kacip fatimah, tongkat ali, nanas batu, lagi 1 ape ke nama nye ntah. lupo pulok den. kayu ape ntah. tapi cendawan ni, mak aih. mahal boleh tahan ni. just imagine, u have to pay around rm1.00 for 1 gram. dan takkanlah nak beli yg beratnya just 20grams kan? punya la kecik tu. kurang2, 100g.

and i managed to get a 50 bucks cendawan for mummy. asal harganya rm85. tapi mesti la kita mintak murah, buat muke seposen, lima sen kat tokei kedai tu. lagi2 nak buat ubat untuk orang sakit pulak kan, datang jauh2 (cecece, dari slim river...kira jauh jugak apa?) hehe.

gambar ada. tapi malas nak upload sekarang. tunggula esok lusa ke. janji nak upload gambar si blacky yg tu pun tak terupload2 lagi. duh. =_="

seronok bangat ni duduk kampung sampai tak terasa nak balik rumah dah. haha. semalam, nenek dan cucu yang banyak kerja ni, sibuk menjadi tikus baiki labu. hoho. baiki rumah arnab ( tak tau nak panggil reban ke kandang) ada sekeping jaring dawai yang dah lama beli. asalnya nak tutup dinding rumah arnab yg rompong di tengah2 ni. rumah dorang ni ada 7 bilik. huu, besar tak besarnye ni. rumah saya pun ada 3 bilik je. :P

nak mengelakkan dorang ni masuk ruang2 dan bergaduh, terpaksalah tampal sikit dinding yg macam rompong-tak-rompong ni. al kisah, si dawai ni punye la keras nak mati. hish, sakit tangan nak potong ikot saiz! udah la dah bertahun tak pernah pakai gergaji ni. tiba2 hari ini dalam sejarah, guna pulak gergaji besi tu. haha. terkial-kial ni memotong dawai tu satu per satu. lepas tu kena guna playar pulak nak bengkokkan dawai untuk elakkan dari terkena arnab. nenek siap tlg kirakan lagi berapa banyak lagi dawai yg belum terpotong. haha. sudahnya, daripada 20 urat dawai tu, 3 yang terakhir saya stop. try potong dengan kapak pulak. voila! tak sampai 5 minit dah putus semua. ceh, kalau saya tau dari awal2 lagi tak perlu susah payah kerah tenaga ni guna gergaji besi bagai. hahah.

terasa rindu pulak pada si blacky ni. adeh. ni susah ni bila berjauhan. nasib baik sebelum balik tadi saya dah sakat dan main2 dengan dia. dah kendong dia macam baby, walau pun dia benci gile orang kendong dia. haha. dah peluk cium dia~

p/s: 2 3 hari ni, teringat pulak orang jauh. kenapa ye? ada 'hutang' yang masih belum terbayar ke? hurm...


With Love,
iNz

2 comments:

  1. Bella~~~

    sy kat KL skrg... jejom jln2 cari psl..ahahaha~

    ReplyDelete
  2. cik fatimah~ sy rindu kamu.~ nnt2. sy kene korek tabung dulu. hehe

    ReplyDelete