Wednesday, July 8, 2009

can i be a good mother like mom?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam. :)

Lame dah saya tak update blog ni. bukan tak mau update, cume tercai-cari mood untuk menulis. tambah2 bila tiba-tiba datang kegilaan untuk mencuba masakan2 baru yang saya tonton di channel 703 & 707.

ala, Asian Food Channel & Travel & Living.

minggu lepas, saya belajar masak cookies. oke, bole la. sebab saya tak puas ati lg dengan hasilnya. for a first timer i think its ok and nice already. cume sebab pengharapan terlalu tinggi konon2 rasa nak sama jugak macam famous amos kegemaran saya tu, so macam hampa sikit bile cookies tak se'crunchy' yg diharapkan walaupun dah cukup crunchy bagi org lain. hee :D

hari ahad hari tu, saya paksakan diri untuk pulang ke kampung juga sebab arnab kesayangan saya si Montel itu luka teruk kerana dibelasah oleh si Fizik, great-great grandfather kpd arnab2 kami yang dah membiak sekarang.

habis lehernya berdarah-darah digigit si Fizik. dan waktu saya sampai petang ahad tu, mujur je tak pengsan tengok keadaan si Montel. Mata sebelah kirinya luka teruk sampaikan bernanah. Tak sampai hati tengok keadaan si Montel yg dulu lincah tak reti duduk diam sekarang terbaring monyok sebab sakit.

Waktu saya angkat ia keluar dari cage, pon ia tak meronta-ronta mcm selalu. Nampak sgt la sakit. Aih.

First time waktu nak sapu ubat luka pada bahagian mata dia tu, serius tangan saya menggigil. Sebab nervous plus takot! yela, takot tersilap sapu, menggelupur arnab ni karang, naya je dibuatnya. Tak sampai hati betul tgk die terseksa nanti tahan sakit lepas sapu ubat. Dahla arnab ni tak ada bunyi. sakit mcm mana pun die tak berbunyi. kalau kucing, boleh la kite tau kan, kalau tersilap ke ape.

Sebab first time, jadi sapu cukup syarat je dulu. tak berani nak lebih-lebih. lepas dah sapu ubat, saya pandang si Montel ni. ... tiba-tiba rasa sedih sangat. Entah macam mana boleh ter-berair pulak mate ni sbb terasa sakitnya luka tu. Lagi-lagi bila si Montel tu buat muka sakit+sedih depan saya. T_T. tuannya pun leleh air mata kat situ sorang-sorang. adoyai.

Mungkin sebab tu sy tak ditakdirkan jadi doktor kot. Abis tu, kalo tgk patient sakit, tak sampai ati nak cucuk ubat, cemane nak sembuh kan? adeh.

Lepas 3 hari jadi nurse tak bertauliah si Montel ni, semalam dia dah mula lincah balik. Hai, lega betul hati ni tengok keletah dia. Walaupun mata dia still bernanah lagi dan perlu dibersihkan setiap hari, tapi serius saya rasa lega sikit sebab dia dah mula selera nak makan dan aktif. Tak da la risau mcm hari tu.

Sudahnya saya dapat hadiah 8 cakaran di tangan kanan. haha. ok, ni gara-gara nak sapu ubat la ni. tau je la arnab kan tak sama mcm kucing. saya stop kejap bersihkan luka kat mata dia ni, meronta-ronta la dia nak lepas dari pegangan saya.

Bila saya tengah bersihkan luka dia, elok je dia diam, baik. aish, sabar je la labu~

Waktu saya kat kg 3 hari ni, di samping jadi nurse, saya jugak jadi peneman tak rasmi nenek. hehe. sementara tak de kerja, serious mmg plan nak spend masa dengan family puas-puas. takut nanti dah keje, tak dapat peluang banyak macam ni lagi kan.

So, time ni lah saya betul-betul rasa bersyukur amat punyai keluarga yang sempurna. bukanlah sebelum ni tak hargai. cuma bila benda yg kita selalu ada, lama-lama kita macam buat tak nampak je kan? contoh, before masuk UTP, terasa gahnya lah UTP ni. teringin sangat nak masuk. bila dah dapat, biase je UTP ni. tak de rasa ape yg special sgt pun. betul tak?

Biasalah, manusia kan mmg mcm ni.

bila saya lihat dua pupu saya ni. baru sekolah rendah. darjah 4 kot tak silap. tapi tak ada siapa pun yang nak peduli tentang dia. ayah, memanglah ada. tapi cuma tahu bagi duit belanja je. mak pula entah di mana. sebab bercerai. serius saya rasa walau pun kita nampak mcm dia dah cukup besar untuk uruskan diri sendiri, tapi still perlukan perhatian, tunjuk ajar, dorongan.

kasut, stokin, baju sekolah semua tak berbasuh. yg baju sekolah, kalau nenek saya tak ada, alamatnya tak berbasuhla. nak harapkan ayah dia. erm....malam2 pergi minum kat kedai kopi tu ha.

kdg2 pergi sekolah. kdg2 ponteng. baru2 ni terkejut beruk-cipan-tapir saya dibuatnya bila maksu cerita yang dia dah pandai merokok. aih~~~~kalau dia adik saya, memangla teruk dah kena balun dengan abah kot. tapi dia anak orang lain. pantang ditegur anaknya tu, nanti si ayah marah2.

saya fikir dalam2, kesian betul dia ni. kalau lah ada someone yg boleh jaga dia baik2, bagi perhatian, kasih sayang secukupnya. didikan agama sepenuhnya. mungkin dia tak hisap rokok. mungkin dia akan ada simpan cita2. tak perlu tinggi, cukup la asalkan dapat keluarkan family dari kesusahan. entahlah, bagi saya, untuk seorang budak seperti dia, masih tetap perlukan kehadiran seorang ibu. bukan setakat ibu yg mampu mengurusi, tapi mampu membentuk peribadi dia sebagai seorang muslim. paling kurang pun solat di jaga. tapi sayang, ayahnya pun tak solat. mcm mana anak nak tahu solat itu penting tersangat pentingnya bagi seorang muslim?

itu satu kes famili pecah belah yg buatkan anak jadi mangsa.

lagi satu kes, bila famili kurang beri pantauan secukupnya pada anak. ok, saya akui kdg2 saya mmg rasa mak masih tetap layan saya mcm saya ni baru 12 tahun. ke mana saya nak pergi kdg2 dua tiga kali mak call nak pastikan saya ok, dan konfem soalan cepumas dia, bila nak balik? haha. sorry mak, terbocor rahsia kat sini. kadang2 rimas jugak sbb terasa mak macam tak percaya kat anak dia ni.

tapi sekarang saya faham, itu semua atas dasar prihatin dan risau seorang ibu. udah la anak perempuan sorang. kalau jadi apa2 hal kan susah.

kes yg ni,

bila mak ayah terlalu beri kepercayaan pada anak. freedom is a must. but it has to be a limit to everything kan? saya serius gelak besar bila dapat tau baru form 2 dah ber gf bagai. nak beli top up pun pakai duit ibu ayah. boleh tak kau pergi bazirkan utk gf yg belum tentu jadi isteri kau tu? kalau di zaman U logik jugak lah. probably ada kematangan dan ura2 utk berkahwin. at least a proper planning can be done.

tapi kalau pmr pun belum amek lagi, da nak bercinta bagai. siap ber-abang-sayang. hai, geleng kepala saya dengar cerita ni. ape nak jadi da. saya dulu pun sekolah menengah jugak. stakat crush2 tu normal lah. dan kalau form 4 berkapel itu saya fikir ada kelogikan jugak. time2 tu mmg mcm tu. tapi form 2???? serius saya tak boleh terima. kalau dia matang takpe la jugak. ni sekadar berlagak matang padahal tahap pemikiran mcm budak2.

yg paling tak boleh saya terima bila dia pun terlibat sama smoking. dulu2 asek menasihatkan si ayah, jangan smoking. alih2 dia pulak smoking. siap tak mahu mengaku bile terkantoi walaupun kena sebat berkali-kali.

paling sedih, bila si ibu tak mampu nak bertegas. ayah pula sibuk berusaha mencari rezeki. bukan orang senang ni. tapi anak masih tak sedar diri. nak henfon berkamera. nak PS 2. bila disuruh perform dlm exam dulu baru claim benda2 tu, bengang tak puas hati. aiihhhh~~~~~~~~
tak terasa tercabar langsung dan nak buktikan ke? waktu saya kecik2 dulu, sebelum saya dapat permainan konsol, abah akan cabar saya dulu buktikan dapat result yg terbaik, baru boleh dapat.



pening la kepala saya memikirkan kes anak2 orang yg mcm2.

buatkan saya rasa lagi terbeban. bukan senang nak jadi ibu mithali. a lot to learn. byk sgt. dari start pregnancy lagi dah kena start ajar dan didik dia. and the mother? sebelum kahwin lagi dah kena perfectkan diri.

saya masih ingat lagi, kisah imam abu hanifah. di saat orang bertanya kepada ayahnya bagaimana dia mendidik anaknya sehingga menjadi begitu istimewa. dan jawab ayahnya, aku telah mendidik dia 40 tahun sebelum dia dilahirkan.

ape maksudnya?

ye, sejak dari awal2 sebelum berkahwin dah kena bersiap. didik diri dengan kebaikan supaya si anak itu nanti akan dapat mewarisi contoh teladan dari ayahnya nanti.

bukan orang permepuan je kena, orang lelaki pun kena jugak. lagi2 lelaki kerana dia akan menjadi pemimpin dlm rumah tangga.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”

Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

wallahu alam.

pelajaran kehidupan yg buat saya berfikir kembali sesuatu yg dah saya lupakan selama ni. saya masih ingat saya pernah perdebatkan isu siapa yg kena berusaha jadi baik spy dpt anak soleh ni dgn seseorang 2 tahun dulu.

dan saya bawakan kisah imam abu hanifah sbg contoh. dan sekarang saya diperingatkan kembali dgn kisah ini melalui cerita2 dan apa yg saya dengar waktu di kg.

bukan seorang ibu je yg memikul beban mendidik. ayah pun kena mendidik juga. ingat tu kaum lelaki.

peringatan untuk diri sendiri juga. jgn lupa cik nabila~



With Love,
iNz

No comments:

Post a Comment