Monday, July 13, 2009

Obses dengan Arnab

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Malas nak updet. Asek2 main facebook aje keje bila online. T____T
Hari-hari berlalu masih tetap dinikmati dengan penoh nikmat. (apekah ayat ini?) tanpa bosan. I am really living my life to the fullest at the moment. Cuma satu je. Satu je. Berat da naik banyak tak ingat!! T___T

Nak turun mudah je. Kerja. Tapi tu la masalah sekarang. Belum betul2 efektif lagi meminta dengan rakusnye. eh silap. bersungguh, sesungguh-sungguhnya.

Nak pergi eksersaiz? Huh, jangan pernah simpan angan-angan hatta mimpi2 di malam hari kerana memang lah memerlukan tenaga lima juta kuasa kuda untuk paksa diri berjogging sorang-sorang pukul 7 pagi kat tasik depan-tak-depan-sangat-lah dengan rumah ni. kenapa tenaga kena 5 juta kuasa kuda? Saje suka. Bagi exagerate sikitlah! Tu pun tak faham ke? T____T

Apa khabar orang di sana?. silap. Arnab saya sepatutnya. Si Blacky yang cedera parah sampai bernanah mata kanan nya tu la. Jumaat lepas, Mak & saya telah bawa dia pergi klinik. Mestila klinik vet, ek. Bukan klinik biasa. Sebab kondisi matanya yang macam-dah-ok-tapi-tiba2-nanah-ada-balik tu merisaukan hati, jiwa & raga saya.

Sesampai aje di klinik tu.....

Mak ai, padan muka saya. Sila baca lagi. PADAN MUKA SAYA! sebab kena marah kaw-kaw (bukan kopi kapal api) dgn encik doktor sebab lambat sangat bawak Blacky ke klinik untuk rawatan. T___T

Dan untuk pengetahuan semua, hari itu barulah secara RASMInya saya mengetahui IODIN TAK BOLEH SAPU PADA LUKA YG DEKAT DGN MATA. Sbb pedih da! Gila ke hape saya ni sebab suka-suka ati je pandai-pandai berlagak doktor tanpa ada inisiatif untuk google hatta meng-check di mana-mana website yg boleh dipercayai untuk reference kan?

Saya rasa macam nak tembak diri je bila tanpa sedar telah menganiayai pet kesayangan saya yang selama ini dijaga penoh kasih sayang. T___T Maafkan saya Blacky krn menjadi tuan yg tinggal di bawah tempurung selama ini.

Sebenarnya, yg saya tahu iodin ni kan ubat luka. Jadi pikir-pikir ok kut sapu ubat luka kat mata dia. Kan dia luka tu. Lepas tu saya pergi ambil inisiatif sapu minyak gamat lagi. Sbb pikir khasiat gamat ni cepat sembuhkan luka.

Ok, it's not wrong pon. Cuma salah sebab bila terasa gatal, si Blacky ni pergi garu2 pulak mata dia, and so it became worst after that. Lagi tambah luka. Duh!

Jadi, si doktor garang ini kata pada saya, the worst case is......Blacky maybe akan bute teros. T__T lagi bersalah rasa diriku ini.

Dan si doktor ini kata, boleh je operate mata dia kalau nak selamatkan cecepat. but its not worth it since the cost is much higher and can be use to buy another pet yg lagi besh! So, the best thing is cuba ubati mata dia dulu with some medicine with more works.

Rutin harian kini:
  1. bersihkan mata Blacky dengan air suam. Keringkan.
  2. titiskan ubat mata. (Mr Doc. bg 3 botol ok.byk tak byk nye ni)
  3. Bagi Blacky makan ubat (consist of Antibiotik, bengkak, gatal)
Ubat tu plak in tablets. Jadi kena hancur2kan dulu and then add up 2 ml of plain water and use ape nama tu, injection tube tu (maaflah, malas nak google ni utk cari nama betol dia. sape2 rajin tlg carikan. time kasih! ^____^) and tembak ke mulut dia----> Ini ayat encik doc tu eh. Bukan saya. bukan saya.

Seb baik manis cm gegula ubat neh. Jadi takde problem untuk suruh Blacky abiskan. With pleasure kata si Blacky. haha. ok tipu. Tapi memang Blacky suke sangat2 makan ubat ni. Tak pyh susah2 paksa dah skang. Dulu2 memang kena paksa sikit sebab dia pun tak pernah tgk injection tube tu kan. Mestila dia rasa inferior sikit---> ape ke menda tuan aku nak sumbat ke mulut aku neh plak lepas dia seksa aku dengan iodin dulu~

Awal2 dulu siap lah! kalo peluk si Blacky ni lelama sikit sebab nak bersihkan mata dia tu, kain batik yg saya pakai (mind u, saya mmg pakai kain batik kat umah bersama baju kurung kedah.haha. saya mmg org kampung. peduli hape. ^^P ) konfem saya kena kencing ngan dia. Adeh mak, terpaksa pegi mandi trus lepas tu. Sabo jela.

Sekarang?

Tak payah peluk2 pegang kuat2 sampai kena cakar berbelas kali tangan comel saya ni. Cukup sapukan je ngn kapas yg dah dibasahkan air suam tadi ke mata Blacky without having to hold him anymore. Dia akan duk dediam dengan sendirinya bila terasa saya tgh lap2kan mata dia tu. Good Boy! :)

For the ubat pulak? Bila saya suakan aje tube tu, dia da tau da tu mesti ubat manis. and so I just have to press little by little and he will lick it dengan penuh suka hatinya. Benda manis kan, sapa tak suka? Saya kecik2 dulu pun suka makan ubat kalau ubat manis. Bila da besar2 ni je malas sikit sebab skang kena makan ubat yg pahit je. T__T

Progress?

The swollen has been reduced. Still there, but not as big as before. Tak ada lagi nanah. It's clean and clear now. Tapi dekat mata dia ade selaput2. Which makes me so eager to pull it off. kalau boleh la kan. Tapi memang tak boleh. Mak pon tak bagi. haha. tuan Blacky ni kejam rupanya. Adoi!

Saya rasa dia da nampak sikit2. Tapi menurut kata enciik doktor tu, even if mata Blacky dah sembuh, penglihatan dia still tak akan back to normal. not 100%. Tapi saya tak kisah. Asalkan dia bole melihat pun dah syukur alhamdulillah sgt2.

Hah, minggu lepas pun baru saya tahu yang rupa2nya selain leher kena gigit, badan si Blacky ni pun luka jugak. Tu pun saya dapat tau time saya belai2 dia. Sebab bulu Blacky ni tebal, jadi kesan luka tu mmg langsung tak nampak. Dah la kaler itam kan. memang konfem kalo ada kesan darah pun tak akan nampak melainkan kalau bulu dia berwarna putih suci murni. mujur la da kering. saya kagum jugak dengan kadar kepantasan luka2 Blacky ni sembuh. Sbb dia suka makan sayur kot. haha. saya kena rajin makan sayur pasni.

bila nak upload gambar mata blacky?

besok pagi lah. before bertolak ke kg nanti lepas bg ubat kat dia.

ok, nak tito. besok kena balik kg teman nenek & jaga blacky kt kg plak. pet sekor ni mane bole tinggalkan kat uma, nanti sape nak jage? T___T

yake care guys! orang2 yg ikot GEMS, u guys have fun! ^________^

With Love,
iNz

No comments:

Post a Comment