Wednesday, June 10, 2009

Ilham dari Tuhan.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



bila mendung, tak nampak langit. dan awan penuh menutup mentari
kita selalu ingat, "oh, hari nak ujan rupanya."
tapi kadang2
itu sekadar mendung
memberi ruang
agar angin bebas berlari
memberi nyaman
pada mereka yg mengharapkannya

selalu kita nampak

hari ni matahari garang bersinar
awan terlukis indah di dada langit
tanda cuaca cerah
tapi siapa sangka
tiba-tiba
hujan mencurah, guruh berdentum
dan kilat sabung-menyabung

itu lah kehidupan.

kadang2 kita tersenyum dan ketawa

selalu2 kita terjatuh dan menangis.

bila Tuhan turunkan hujan
dan sembunyikan matahari

bukan bermaksud Dia tak sayangkan kita
tapi kerana Dia mahu beri yg lebih bagus dari sekadar matahari
dan kerana itu kita kena berusaha
supaya diri kita layak untuk mendapat hadiah janjian Tuhan

bila kita meminta
dan masih belum dimakbulkan
itu bukan kerana Tuhan tidak mendengar
bukan juga kerana Dia tidak suka pada kita
tapi kerana Dia mahu kita belajar untuk
bersabar
atau mungkin kerana itu bukan sesuatu yg kita perlukan

selalu2
Tuhan pasti akan berikan apa yg kita perlukan dalam kehidupan
dan pasti2
itu bukan selalu yg kita inginkan
lalu kita merajuk dengan Tuhan
kecil hati dan tak mahu meminta lagi
atau putus asa dan bersangka buruk kepada Dia

tapi Dia tetap menerima
bila kita tersedar dari silap sendiri

kalau Dia mampu menarik kaki kita
dari jurang api neraka
kenapa tidak Dia memberi apa yg kita mahu?

itu kerana Dia tahu
malah Maha Mengerti

yang kita pinta itu
bukan sesuatu yg baik untuk kita
kerana ada lagi yg terbaik untuk kita

lalu bersabar lah
kerana sabar itu indah.





With Love,
iNz

3 comments:

  1. Wah! Penuh puitis.. sgt best.. sy suke.. sajak yg penoh makna. memberi byk nasihat berguna.. boleh memujuk ati yg lara..hehe..

    p/s: tak mcm sajak Zahiril Adzim.. hak3~~~

    ReplyDelete
  2. haha.

    mesti a x same ok.

    :P

    sajak zahiril adzim tu kire da tahap2 fynn jamal or wani ardy le kekonon.

    sumpah x phm~ T_T

    ReplyDelete
  3. insya Allah sis. :)

    sama2 kita berkongsi ape2 yg bermanfaat.

    selain gossip2 hangat. haha. :P

    ReplyDelete