salam aleik/peace be upon you =)
hari ni, lewat tadabbur Kalamullah, entah mengapa hati rasa terpukul dengan tafsiran:
"bukankah Dia (Allah) yg memperkenankan (doa) orang yg kesulitan apabila dia berdoa kepada-NYA, dan menghilangkan kesusahan, dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi? apakah di samping Allah (ada tuhan yang lain)? sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.
bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-NYA. apakah di samping Allah (ada tuhan lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan."
(27:62-63)
ayat ini bagaikan mengingatkan saya pada suatu peristiwa yang berlaku baru-baru ini. it's just a simple situation and probably some people will say it's my luck. but for me, it wasn't just an ordinary luck. and i believe it happened because of Him.
satu pagi yang mendung, seperti biasa bersiap nak ke pejabat. dan seperti biasa, saya terlupa untuk membawa payung. memandangkan di kerteh pada masa tu tengah musim tengkujuh, jadi membawa payung bersama anda adalah satu kemestian!
sewaktu dlm perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan agak lebat. saya pulak, apa lagi panik sakanlah dibuatnya. dahla tak bawa payung. pakai baju kurung pulak masa tu. adoi~ memikirkan yang saya terpaksa berjalan beberapa ratus meter sebelum tiba di security PGB. dengan kasut yang 'ladylike' memang mustahil untuk berlari-lari anak, apatah lagi untuk lari pecut kan?
kawan-kawan yang lain sudah memandang saya dengan penuh simpati. diorang pun terlupa nak bawa payung jugak hari tu! tapi sekurang-kurangnya, Su masih dapat menghantar As, Yuna dan Anis betul-betul di pintu masuk EPEMSB, tak seperti saya.
"Kesian giler dengan Nabila, mcm mane nak jalan nanti? abesla basah baju nanti."
salah satu dialog yg saya masih ingat. dan senyuman sumbing terukir di wajah saya (rasanyela.) namun dalam hati, saya tetap tak putus harapan. dengan sepenuh hati, saya berdoa dan merayu pada Allah supaya hujan akan berhenti. biarpun seketika, cukup untuk perjalanan saya dari tempat Su turunkan hingga ke security. cukup sampai di situ sudah memadai.
"ya Allah, sesungguhnya hamba-MU ini sangat mengharap pada-MU agar Kau tahan seketika rahmat-MU. agar sempatku bergerak hingga ke tempat security ya Allah. cukup sampai di situ ya Allah. dan sungguh, diri ini memang tidak layak untuk meminta padaMU lantaran dosa yang terlalu banyak. tapi ya Allah, andai ada amalanku yang serba kekurangan yang Engkau terima ya Allah, bantulah daku...jika tiada ya Allah, maka aku pasrah menerima ujian MU pagi ini..", doa saya di dlm hati.
namun, hingga hampir sampai ke tempat saya akan turun, tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. dan saya pasrah sangat-sangat di kala itu.
"nampak sangat dosaku mengatasi amalan ku dan mungkin tiada amalan yang setanding dengan permintaanku..ya Allah, ampuniku yang penuh dosa ini."
namun Subhanallah! perancangan Allah itu rupanya berbeza dari yang saya fikirkan. saat sahaja kereta Su berhenti di situ, hujan pun turut berhenti dengan izin-NYA. hujan tidaklah berhenti sepenuhnya. cuma sekadar gerimis yang tidak menyukarkan pergerakan dan saya tidak kebasahan sangat. ia bagaikan titisan air yang sangat halus. dan saya? hampir saja menangis di saat itu kerana pertolonganNYA. kerana kasih-NYA dan rahmat-NYA yang selalu mengatasi kemurkaan-NYA, rayuan saya dikabulkan. biar siapapun saya dan apapun yang telah saya lakukan sebelum ini. bukan seorang wali seperti Rabiatul Adawiah, bukan seorang alim ulamak seperti Ustazah-ustazah di luar sana. sekadar gadis biasa yang sangat-sangatlah serba kekurangannya.
"Tuhan sayang bangat sama nabila.", ujar Yuna penuh kekaguman.
dan bagi saya?
mungkin ada seseorang di luar sana yang turut berdoa agar hujan berhenti seketika. mungkin di luar sana ada seseorang yang Allah kasihi, yg Ia ingin jaga agar tidak kebasahan. dan saya hanya sekadar insan yang dengan takdir-NYA turut merasai nikmat-NYA. biarpun mungkin bukan kerana permintaan saya, namun hati ini tetapnya tersentuh.
betapapun jauh kadang-kala hati berlari mengejar dunia. walau pun jiwa kadang-kala sepi tanpa bicara pada-NYA. namun Dia tetap Maha Mendengar segala rayuan dan rintihan hamba-NYA.
dan kerana itu, di sepanjang perjalanan saya hingga ke security, hanya Dia yang tahu betapa tersentuhnya hati, terasa kerdilnya diri dengan limpahan rahmatNYA yg sangat luas! segala puji bagiMU Allah, Tuhan semesta alam. tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, dan sesungguhnya, Nabi Muhammad itu pesuruhMU.
kerana Dia, saya masih di sini. kerana Dia, saya masih mampu untuk menghadapi segalanya. dan kerana Dia juga, hati ini masih sanggup mencari sejatinya sebuah cinta hakiki di sisi-NYA.
"hitunglah segala nikmatNYA, nescaya takkan kau dapati kekurangannya. namun hitunglah pula ucapan syukurmu padaNYA, pasti terlalu banyak kurangnya berbanding nikmat yang kau perolehi."

No comments:
Post a Comment