salam aleik/peace be upon you
it's second day of eidul adha. Alhamdulillah. duduk di rumah, rasa teringin pulak nak makan nasi lemak. baru ingat nak bermanja dengan mak sebab dah hampir 3 minggu jadi anak perantauan di Terengganu, makanan semuanya "made from restaurant". tapi hajat tak kesampaian bila rupa-rupanya emak tersayang ke pejabat hari ni. (tak ada rezeki nak merasa air tangan mak...& my fav. nasi lemak~). alamatnya, air tangan sendirilah hari ni. =)
Today's menu:
- nasi lemak with ayam masak merah
- sup sayur (penuh satu periuk. oppss!)
Hurm, sebenarnya tak teringat langsung yg hari ni hari ulang tahun perkahwinan mak & abah yg ke-22. terlupa pulak! "-_-" tahu pun sebab mak yang ingatkan lewat panggilan telefonnya ke rumah bertanyakan khabar adik-adik. (saya tahu dia risau kalau-kalau saya 'drive' langgar pokok lain plak lepas ni. hehe).
bila berfikir sejenak, terselit rasa kagum di hati. tak sangka dah lama 'parents' saya kahwin yek? 22 tahun, bukan satu tempoh yang singkat. kalau nak dibandingkan dengan statistik kadar perceraian di Malaysia ni, terutama di bahagian Kuala Lumpur memang sangat tinggi. Alhamdulillah, rumah tangga mak & abah masih utuh tanpa sebarang ribut dan angin. mereka bukanlah pasangan yang orang kata, 'loving couple'. mungkin awal-awal dulu. itu perkara biasa. tapi daripada pemerhatian saya sebagai seorang anak, understanding is the key element towards happiness.
selain itu, tolak-ansur dan saling menerima seadanya juga adalah antara perkara yang menguatkan ikatan mereka. tak lupa juga, doa dan pergantungan yang kukuh terhadapNYA. mereka bukanlah insan yang punya ilmu agama yang sangat tinggi. tetapi mereka tidak pernah berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik. itu yang seringkali saya jadikan sebagai contoh terbaik bagi diri saya. jika mereka tidak pernah berhenti berusaha belajar, memahami erti seorang hamba disisiNYA, kenapa harus saya (yang punya peluang luas terbentang, leka dengan dunia muda?) betul tak?
di samping tu, jujur saya katakan, they are not the "Perfect Couple". dan bagi saya sendiri, "Perfect Couple" does not exist. mereka punya cara berfikir dan sikap yang berbeza, tetapi jika diperhati sehalusnya, itulah yang menyebabkan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. setakat berbeza pendapat, itu dah jadi rutin harian. kadang-kala yang meleraikannya pula saya! huhu.. tapi tidak satu pun yang disimpan di hati masing-masing. bak kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. =)
apa pun, saya berdoa semoga Allah mengurniakan kebahagiaan untuk mereka dunia dan akhirat dan merek a tergolong dalam golongan para solehin dekat di sisiNYA. amin~
be a man, not just an ordinary guy.
No comments:
Post a Comment