Wednesday, December 19, 2007

bila takbir bergema~di Kerteh

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam aleik/ peace be upon you

Setelah lama men'delete', menge'post' dan men'delete' semula semua posting, akhirnya blog ni muncul dengan wajah baru =)

Cukup 3 minggu blog sepi tanpa secarik tulisan dan bait perkataan. ucapan pertama yang ingin diluahkan ialah Alhamdulillah. untuk segala-galanya. tiada kata pujian selain untukNYA kerana kasih, kerana dengan rahmatNYA segalanya berlalu dengan baik sekali di sini.

Pengalaman pertama hidup di Kerteh, Terengganu. Herm, honestly, it wasn't so hard understanding the accents here. In fact, i've learned a bit here and there. The words, how to pronounce it and the intonations too. menarik! paling menarik jika mendengar Yuna bercakap dialek Ganu dgn gaya Indonesianya. Cukup menghiburkan hati kami berlima. Sakit perut ketawa dibuatnya.

Kata orang, "Distance makes the heart grows fonder." Namun bagi saya, ini masa yang terbaik untuk koreksi diri. Bahkan yang paling tepat untuk kembali merancang peta kehidupan dalam masa 5 tahun akan datang. Sejarah lalu, saya tidak berminat untuk mengulangnya semula. Biar saja menjadi kenang-kenangan dan 'milestone' letak diri ini di mana sekarang. Itu lebih baik kan? Ingatan, lama kelamaan akan pudar jua ditelan masa. Rasa itu juga akan turut sama berlalu seiring putaran masa. insy'Allah.

3 minggu pertama di PGB, Gas Pocessing Plant yang penuh dengan unit operasinya. Pre-Treatment Unit (PTU), Acid Gas Removal Unit (AGRU), Dehydration Unit (DHU), Low Temperature Separation Unit (LTSU), dan yang terakhir Process Recovery Unit (PRU) and so on. Honestly, it was a headache looking at the PFD of each gas processing plant! tu belum masuk P & ID lagi~ tugas seterusnya? pipe line tracing on one of the plant. (even though i have the chance to pick mine, but still...pipeline tracing?) dalam masa 3 bulan, terpaksa rela lah jawabnya turun ke plant (thinking about not seeing the sun for 8 months~i guess it only happens in dream.)

Went for the department meeting this morning, i had to be honest that i didn't understand most of the discussion they had! So much jargons plus short forms were used. Bila orang ketawa, kita pun ketawa. Bila orang serius, kita pun buatla muka serius (jitu pulak tuh!). Now i really know, being an engineer is not an easy job. So much of dreaming spending time with family? think twice before throwing yourself into this industry!

Big money means less rest, less time with family. And above all, having your life dedicating for the sake of the plant. At least, an engineer still have his own leave. Bole cuti selama mana di hujung tahun selagi cuti masih banyak. Compared to the panel operator in control room. Having their own shift (4 days working, 4 days leave) really makes life harder. Orang beraya, mereka masih lagi setia di control room. And it lasts for years! Dedicated tak dedicated nye orang-orang ini. And because of that, i learnt a lot from them. How to use the panel. Which button represent which process. How to search the desired variable~ and so on. One of the interesting experience i have in PGB. They are nice people i meet here. They always think that people who are graduated from universities are living in a higher standard from them while the truth is? Their experience are priceless compared to the new staff no matter what position they are in.

Lama bercerita tentang PGB. saya akan merindui Kerteh selama 3 hari berada di rumah nanti. Salam aidiladha buat semua! Sekalipun ramai orang merasakan aidiladha tidak semeriah aidilfitri, namun pengajaran yg tersirat di sebalik peristiwa korban itu menjadikan hari raya ini lebih istimewa dan penting di hati umat Islam (sepatutnya.) Mungkin juga platform terbaik untuk mula memperbaiki diri sebagai hambaNYA setelah lama memandang pesona dunia yang acapkali melalaikan hati dari Dia. Mendengar takbir raya selepas isya' tadi cukup menyentuh sekeping hati yang merindui Dia. Semoga impian untuk menjadi tamuNYA akan tercapai jua. insyaAllah.

"Belajarlah mencintai Dia yang tak pernah sekali lalai terhadap kita sekalipun langkah pertama itu bermula dengan bertatih..kerana syurgaNYA sentiasa dipagari ujian dan kesakitan sedang nerakaNYA dipagari kesenangan dan keseronokan.."

God bless~

No comments:

Post a Comment