Monday, December 28, 2009

Counting to 2010

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Beberapa hari lagi nak masuk tahun baru. Tapi masih ada beberapa hal penting yang perlu diselesaikan minggu depan. Dan tugas untuk sebulan terakhir ni.


Kemungkinan besar, untuk tahun depan saya akan bertukar ke wordpress pula. Saja cari pengalaman. Tahun baru, blog pon kena baru lah~ (maaf, tak ada kena mengena pon)


Tak mengapa. Bila sampai masa nanti, saya akan bagi address baru tu. Utk readers yang sudi membaca. ;P sbb sebenarnya belum buat pun lagi blog baru tu.


akhirnya drama Nur kasih yg penuh tragis tamat juga dengan episod terakhir yang agak mengecewakan. The ending seems to be in a rush je. Entah. saya masih lagi tak dapat tangkap kenapa pertemuan semula Nur Amina dan Adam tu mesti dalam keretapi walhal sebelum naik keretapi tu, Adam seperti dah let go Nur Amina sepenuh jiwa (atau cuma separuh je sebab tu dalam keretapi tukar fikiran?) looks like unsur-unsur bollywood telah diterap dengan agak banyak. Lebih baik lah si Adam tu jumpa terus Nur Amina di rumah mak dia je kn? Jauh nak berjalan sampai ke stesen keretapi yang macam stesen keretapi kl plak tu.


Okey, takpa. Yang penting dah habis.


*sengih*


saya tak perlu rushing2 lagi setiap hari jumaat. ;P


okay, yg kedua. semalam saya ke Uitm Merbok, Sg Petani. Fatimah~ maafkn saya kerana terlupa yang awak tinggal di Sg Petani dan bukan Alor Setar. Entah macam mana boleh tertanam dalam otak informasi salah ni pun saya tak tahu lah. Kalau saya tau awak tinggal kat Sg Petani, konfem saya akan bagitahu awal2 lagi. Apa pun, saya rasa tak mampu untuk tinggal di Kedah. Oh, panas sungguh. Panas kering. Balik dari sana malam tadi hingga pagi ni saya hampir demam. Mungkin setahun di Changlun dulu sewaktu di Maktriks Kedah sudah cukup kot. Takmo dok kedah dah, especially bila time musim panas tiba.


*maafkan saya kawan2 kedah*


hehe.


tapi saya suka Terengganu. ;P sebab saya suka keropok lekor dan cuaca di sana bila tiba musim tengkujuh. cuma Taiping tetap di hati. Kawasan paling lembap di Malaysia ni masih tetap yang paling saya suka hingga ke hari ni. Bukan setakat sebab selalu hujan, tapi sebab ada banyak kenangan manis macam gula di sana. I miss Taiping, fivers 02/03 dan mereka2 yang telah banyak mewarnai hidup saya sepanjang 2 tahun di sana.


Yang paling kelakar ialah peristiwa-peristiwa sadis berkaitan crush dan yang sewaktu dengannya. Sampai hari ni bila ingat balik, paling tidak akan tersenyum sorang-sorang memikirkan telatah diri sendiri dan kawan-kawan bersama aksi-aksi pelik bila minat seseorang. alah, semua orang pun mesti ada simpan kenangan mcm ni sikit-sikit kan? Satu ketika dulu, saya pernah terfikir....kalau dah bertahun nanti, bila saya dah besar, saya akan ketawa ke bila kenang semula benda-benda ni walau pun waktu kita alaminya tak terasa pun macam perkara tu sesuatu yang lawak.


Peristiwa bergaduh, kena denda dengan cikgu...waktu kena marah semua-semua tu.....pahit je rasa. tapi bila dikenang-kenang balik, tergelak sorang-sorang pulak sekarang.


Macam-macamlah...isu zaman remaja.


Sekarang? nak take things for granted pun akan berfikir banyak kali. Setiap tindakan yang diambil pun akan fikir sampai ke akhir kesan2nya. kesan pada diri sendiri, pada orang lain.


bukan semua orang diberi peluang kedua dalam kehidupan kan? jadi, patut hargai segala yang ada sebelum semuanya diambil semula oleh Yang Hak. hidup ini cuma sekadar pinjaman untuk menguji sejauh mana kita mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Dia.


Syurga itu indah. Tapi jalan menujunya tidak seindah jalan ke Neraka. ;)


So, make a wise decision in life. in everything. supaya tidak akan menyesal berkali-kali di dalam hidup bila hilang segala yang kita pernah miliki. Hidup ni memang tak mudah. Dan mati pun tak mudah juga. Hidup di dalam kubur tu pun tak mudah juga. Jadi, tiada yang mudah tentang kehidupan. Berusahalah selagi mampu. Selagi masih bernafas. Selagi jantung masih berdenyut. Demi meraih redha Ilahi. Untuk bahagia di alam 'sana'.




With Love,
iNz

2 comments:

  1. Yerp terengganu memang best. But until now, I still don't have any reason to life in terengganu =(

    ReplyDelete
  2. alalala... jgn gitu cik anis~ ;)

    to be happy...sometimes we hv to look through carefully....evn in small2 things.

    a positive mind will also lead to happy heart n soul :D

    taper, enjoy the moments while it last. next time, ur not going to be joining GEMS dah after this kn? kn? ;D

    ReplyDelete