In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
salam alaik.
herm, hampir seminggu sudah saya tidak menyentuh komputer, internet, online games dan yang sewaktu dengannya. semalam pulang menghantar adik daripada uitm merbok terasa penat mengalahkan driver pulak.
beberapa hari ni, saya fikir penyakit lama sudah menyerang kembali. al maklumlah, duduk di kampung ni, mulalah nak mengelat sikit baca ayat manzil. jadi bila gangguan tu datang balik, memang dah boleh agak dah. bila amalan berkurang dan solat fardhu pon tak dilakukan pada tahap terbaik seperti selalu, tahap imunisasi terhadap gangguan2 ni pastilah menurun kan?
okay, tutup pasal gangguan. tak begitu berat kerana saya masih boleh bertahan sampai ke hari ni. dan sekarang sudah berada di rumah, my safest place on earth. jadi biological clock tu dah boleh diperbetulkan. saya rasa saya mungkin menghadapi masalah menyesuaikan diri bila berubah-rubah tempat agaknya. dan bila berada di tempat yang sangat ramai org. seperti di kampung bile berhari raya. aish, susah betul nak jaga diri daripada menampakkan aurat secara tak sengaja.
tapi takpe. saya akan tetap berusaha. yg penting kan usaha. selagi masih bernafas itu kan bermakna Allah masih beri peluang lagi untuk kita memperbaiki diri. rite?
hari khamis lepas, saya berpuasa sempena 9 zulhijjah. kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat di kala tu kerana pada waktu itu umat Islam yang sedang mengerjakan haji sedang berwukuf di Arafah. tempat yg mustajab berdoa. tempat yg mana seorang hamba itu merasakan dirinya sememangnya sebenar-benarnya hamba yg tidak punya apa-apa. dan berpuasa itu salah satu amalan sunat yg dianjurkan. jika diizin Allah, doa ketika kita diangkat terus naik ke langit.
dan saya terpaksa kuatkan semangat sikit hari tu sebab banyak pulak la dugaannya. hoho. sabar je la. time tu la pula mak membeli berjenis-jenis makanan yg sedap dan enak~ T_T tapi bila mengingatkan tentang ganjaran dan kenapa saya berpuasa, perut berbunyi pun saya pura-pura tak dengar. :P
dalam hidup ni, ada banyak sangat perkara dan target yang ingin saya capai. dan alhamdulillah, saya fikir saya sudah berjaya meletakkan diri di atas jalan yg betul. tak pasti sama ada jalan itu bakal membawa saya kepada apa yang saya impikan atau tidak, tapi setakat ini, alhamdulillah, jalan yang Allah lorongkan itu masih lagi yang terbaik buat saya.
cuma hati.
ya, masalah hati yang masih belum bergerak seinci pun. saya tidak bermasalah sangat dengan hati ni, kerana setakat ini, masih mampu untuk capai apa yang saya inginkan dalam hidup. cuma, jika diberi pilihan saya lebih suka jika hati ini berjaya meluputkan terus apa-apa saja yang mengikat hati ini. saya tidak mahu tahu apa pun tentang dia. walau pun terkadang hati mengingat juga tanpa izin.
saya tahu ia sekadar gangguan emosi yang saya kira saya masih belum benar-benar pulih daripadanya. benteng hati masih lagi dikira agak rapuh dan belum betul-betul kukuh untuk mengekang badai dugaan jiwa yang punya pasang surutnya yg tersendiri.
untuk itu, saya mesti bekerja keras untuk mencapai matlamat yang saya sasarkan pada 2010. kerana hanya di tempat itu, saya akan temui jawapan pada semua persoalan saya. di tempat Dia. semoga jalan untuk ke sana itu Kau permudahkanlah untukku....
Yours Truthfully,
Misz iNz
No comments:
Post a Comment