Alhamdulillah.
Semalam petang, saya dan nenek telah pergi ke Hosp. Sg Buloh lagi untuk melawat Nek Ngah. Sebenarnya nenek nak pulang petang semalam juga selepas melihat Nek Ngah, tapi disebabkan hari sudah seakin gelap dan adik nenek yang ke-3, Nek Endek pula datang dari K.Kangsar untuk melawat Nek Ngah juga jadi kepulangan ke kampung ditangguhkan pada pagi ini.
Eh, lupa pula. ucapan alhamdulillah tadi tu kerana akhirnya Nek Ngah sudah sedar kembali. Tapi semalam, sewaktu saya datang melawat, Nek Ngah masih seperti mamai-mamai lagi. Macam kesan ubat bius masih belum hilang sepenuhnya. Sedih hati saya melihat wayar-wayar yang berselirat di sana sini.
Dalam keadaan payah tu, Nek Ngah masih mahu juga bercakap-cakap bila melihat nenek datang. Dan yang saya paling dapat tangkap ialah, perkataan maaf yang diucapkan berkali-kali. seolah-olah begitu bersungguh-sungguh minta maaf dan bila nenek seperti mengangguk-ngangguk saja tanpa kata, Nek Ngah ulang lagi apa yang dikatanya. Seperti takut nenek tak dapat nak tangkap apa yang Nek Ngah katakan.
Dan hati saya tersentuh hingga sudut yang paling dalam. Kalau tak cukup kuat, dari hari pertama lagi air mata memang sudah tumpah mencurah-curah saat datang melawatnya ketika Nek Ngah masih belum sedar lagi.
Tapi sekuat hati saya tahankan supaya ia cuma bergenang di mata dan tidak jatuh menitis. Bukan malu. Bukan segan.
Tapi kerana saya tidak mahu andai kesedihan ini, nanti cuma melemahkan lagi semangatnya. Bukan air mata yang dia perlukan. Tapi kata-kata semangat dan perhatian supaya cepat sembuh. Serta doa yang tidak putus dari kami.
Jika harus menangis sekali pun kerana tak mampu menahan hati melihat orang yang kita kasihi dalam keadaan begitu, cukup saja di depan Tuhan air mata mengalir. Dia lebih tahu hati kita dan apa yang terbaik untuk orang yang kita sayang.
Dan entah kenapa, di saat ini hati seperti disuluh cahaya. Sukar untuk ditafsir dengan kata-kata. Tapi cukuplah jika itu dapat menghidupkan mata hati melalui pandangan yang jernih dan lurus.
One step ahead, and no turning back on what I have decided.
ps: walau pun Nek Ngah masih belum keluar dari ICU lagi, tapi hati sudah lega sikit bila dia sudah sedar semula. tak dapat diungkap dengan kata-kata betapa lega dan bersyukurnya hati.
pss: susah dan sukar membersihkan hati kerana ia terlalu lama dibiar berlumut dan berlumur dengan kotoran. selama mana ia terbiar tidak dijaga, selama itulah juga masa yang harus diambil untuk mencuci dan membersihkannya sebersih-bersihnya. kalau 2 tahun, 2 tahun jugalah masa untuk mencuci bersih jiwa dan hati dari yang tidak-tidak.
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment