Sunday, June 28, 2009

magician konon.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful




You Are a Magician



You're a dynamic, charismatic person who's possibly headed for fame.

You tend to charm strangers easily. And you usually can get what you want from them.

Verbally talented, you tend to persuade people with your speaking and writing.

You are affectionate and loving, but it's hard for you to commit to any one relationship.



Your strength: Your charm



Your weakness: Your extreme manipulation tactics



Your power color: Indigo



Your power symbol: Four leaf clover



Your power month: December



huh? macam tipu jeh. tadi pegi wedding meera pon saya diam mcm batu. tersangkut-sangkut nak menyampuk borak orang lain. haha. pathetic betol. charming ape nye tuh???

lepas tu tak reti pulak nak join group budak2 utp yg sampai awal. haha. tak penah tegor dorang, takkanlah tibe2 nak buat2 ramah-tamah kat tepi jalan tu kan. ni mase tunggu encik fariz & family ( feera, dzeti & deyna) yang macam sesat barat :P siap suruh mak berhentikan kereta jauh2 sikit sebab segan. haha. ape la saya ni. penyegan tak bertempat. tapi siyes fiil ni tak boleh nak buang.

risau.risau. cemane nak keje neh? kenape mulut saya berat bile saya tak kenal orang2 sekeliling.? aih. aih.

eniway, TRIMAS to encik kong, cik feera, cik zeti, cik deyna, encik shazzy & cik melissa suraya. it was a blast! laksa utara memang sedap! sampai leleh air liur. eh silap. air mata waktu makan, betol tak encik shazzy? :P

penat ketawa hari ni. hee :D



With Love,
iNz

Tuesday, June 23, 2009

hello.hello.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Maaf ye. sekarang tak de update lagi. Sedang gile mencari resepi dan men'try'nye di rumah.

hahah.

Adik saya panggil saya chef Jenab. Tak komersial langsung! Hampes adik saya ni.

Okay, next update saya bagi resepi yg dah berjaya di try beserta gambar sekali ye kawan2. :))

Rindu kamu semua~

Take care ye di rumah tu & dimana jua anda berada. :)

Saya tujukan lagu ini buat kamu2 semua yg sedang membaca entri ini.





Hari Terakhir di Pasar Malam bersama Cik Adeeb





With Love,
iNz

Sunday, June 21, 2009

Tema Minggu Ini: Cinta Terakhir- Aiman

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



With Love,
iNz

Friday, June 19, 2009

Gambar takde, cuma tulisan je.Bacala kalau rajin.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

berikut adalah beberapa update sepanjang minggu ini:

1# mari bermain bowling.

dua hari lepas telah menemani Mak yg sungguh bersemangat untuk mempractice bowling di South City Plaza.

Oh, kerana Office Mak akan ada match nanti. tapi saya tak pergi main pun.haha. saya pergi menyanyi penuh riang di dalam kotak kecil di sebelah bowling center itu. Nasib baik pergi malam2. Tak ada orang pun kat sana. Jadi tak de lah rasa malu bila pitching lari. Saya rasa cashier tu bersyukur sangat2 kot di saat kitorang melangkah keluar dari tempat itu. hehe.

Tapi Mak tak ikot la menyanyi sama. pergi berdua bersama Maksu je. I think that'll be the first and the last. wuu~ cukup. nak kutip pengalaman je.hihi.

2# Jom balik kampung~

Kejap lagi mahu pulang melawat Nenekku. dan juga arnab2 di belakang rumah tu. sekarang sudah ada 19 ekor anak arnab semuanya. yg paling chumel mesti la si putih bertompok coklat. nanti saya upload gambar untuk tontonan korang semua. cewah! macam ada je 0rang nak tengok kan? sudah2 nabila. jangan perasan.ok. tak perasan da.

actually, ada beberapa ekor arnab yg mahu dijual tapi saya tak tahu yg mana satu. sebab da banyak sangat. penat mahu jaga. mungkin saya patut ambil alih penternakan arnab ni sementara tengah bercuti lagi. tapi tengokla dulu nanti macam mana.

3# Apa jadi dengan Cik B dan Montel?

Korang ingat lagi si anak arnab yg saya jaga kat UTP dulu? ingat tak?ingat tak? ai, kalau tak ingat takpelah. saya nak updet pasal dorang pulak ni. hehe. dua ekor arnab ini sudah sangat gomok. petang akan dihantar pulang ke kampung. so, senang sikit. jaga ramai2. bagi dorang ni rasa jadi arnab kampung pulak.hehe.

nanti saya upload la gamba dorang yg dah gemok ni. tapi tuan dia still maintain lagi. eh, sori.tak de kena mengena statement tu dengan cerita ni. saje mengada.

Ooo cik osmet sekalian, bila kite nak jumpe ni?

reunion2 pliss~ hehe.

saya da bosan kat rumah ni. nak letak jawatan kejap sbg suri rumah takde tangga selain bermain game di facebook tanpa henti.


With Love,
iNz

Friday, June 12, 2009

Terlupe

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

p/s: Alhamdulillah. -->the first thing i should have said it in the post before.lupe2

tapi takpe, dah ckp da hari tu mase dpt blk nombor.hehe.


With Love,
iNz

Meroyan

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

I write down about anything in this blog. But not everything. Ada cerita, separuh jalan. Ada cerita memang habis saya cerita. And so, even if you think it is personal and that I shouldn't write it out here, it is actually not.

I shared what I feel, what I think and what I got from life.

So, kalau ada apa2 yg saya tulis tentang ke-tidak-puas-hati-an saya pada orang bukan sebab saya berniat untuk menyalahkan orang itu.

Eh, seriusly la kan. kalau saya nak salahkan orang dalam entry saya. Saya tulis macam ni je senang,

Kau ingat kau baik sangat? Buat macam ni, macam tu kat aku. ha?

Pastu cerita semua benda secara detail tanpa sedikit tertinggal pun info tentang penganiayaan dan kejahatan yg dilakukan itu. ni contoh. ok. karang ada pulak orang kata saya kena aniaya.haha.

Ha, saya pernah ke tulis macam tu??????

Tak kan? Tak percaya, ha, tengok la balik semua. diulang. semua post saya di blog ini. if you could find one, i'll treat u dinner! haha.

With Love,
iNz

Bye.Bye.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Bye.Bye UTP.

im gonna miss u soon.

Great News!

ok, i finally got back my old number. ai.ai. penat saja i beli no digi. 014 tu. tapi takpe. emergency case next time, sapa tau berguna kan?

jadi kawan2, sila hubungi saya guna nombor 019 tu ek. maaf pada sesiapa yg bertindak menge'kol' atau menghantar sms sepanjang minggu lepas dari jumaat sampai rabu hari tu.

mesti korang dengar,

"nombor yg anda dial telah ditamatkan perkhidmatan"

haha.

terima kaseh byk2 pada cik Sukma krn sudi temankan saya dengan pergi secara gamble ke Celcom centre bersama surat kuasa yg ditandatangan sendiri. Siyes tak cantik langsung peniruan tandatangan yg dibuat.

Peduli apa saya. asalkan dapat blk nombor tu. dan tahap determination saya sungguh tinggi hari tu. ape jadi, saya nak jugak nombor tu hidup blk seperti sedia kala.haha.

nasib baik kakak celcom itu berhati mulia & jenis tak kisah.

sebab sebelum tu saya pergi, telah bertemu dengan kakak celcom yg garang dan berhati besi. eh. silap. berhati jujur lagi strict.

"kena bawak owner jugak datang sini! kalau tak, tak bole!"


sbb dalam 1 borang, nanti kena owner kena sign.

dan saya pulang dengan wajah hampa dan kecewa amat! Mana saya nak kidnap si owner tu supaya ikot pergi celcom center sama kan? silap2 sebelum sempat kidnap, saya yg kena ketuk dulu dengan dia.

dan memang tak mungkinlah hatta seribu tahun lagi pun, dia tak akan tolong punyelah. i know it. i know it.


ok. cukup melalut dan tak pasal2 termengumpat orang di blog sendiri pulak nanti.

nak bagitau nombor da ok je pun. da~

oke, nak call cik Fatimah untuk updet cerita rampasan kuasa yg telah saya lakukan dua hari lepas.haha.

selamat menanam anggur kwn2~ lol.

With Love,
iNz

Thursday, June 11, 2009

Suara Hati

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Malam tadi cik fatimah suruh sy bg senarai doa kepada dia.

Sangat sayang kamu. Teman sejati.

Yg selalu ingat pada teman2nya.



Saya jeles tahu.

Sbb saya masih belum ada rezeki untuk jadi tetamu Allah lagi.

Sudah kira2 duit. Tapi perlukan beberapa tahun baru cukup mahu pergi. Umrah je. bukan Haji. Tapi setiap kali saya tertengok cerita Iktibar dari Tanah Suci.
Entah kenapa terasa seperti hati ditarik-tarik untuk ke sana. Menjadi tetamu Dia. Sangat sayu hati, sebab masih tak mampu. Saya tak mau guna duit mak abah untuk ke sana. Tak mengapalah, biar lambat sikit asalkan guna duit titik peluh saya.

Tapi serius, setiap kali melihat cerita itu, especially bila ada gambar kaabah, hati saya selalu bertanya...

bila agaknya saya dapat ke sana?


Bila ada gambar raudhah dan makam Nabi


terasa nak sgt2 turut berada di sana. Berjumpa kekasih agung Ilahi.

tanpa dia, tanpa usaha dia, tanpa ketabahan dia....

mungkin sekarang nama saya bukan nor ili nabila.


mungkin saya tidak pernah kenal apa itu kalimah tauhid.

mungkin saya bukan saya sekarang.

betapa banyak pengorbanan dia yg bergelar penghulu segala nabi....

dan betapa gagalnya saya untuk menjadi umat yg terbaik.

masih sudikah dia untuk terima saya sebagai umatnya?

With Love,
iNz

Wednesday, June 10, 2009

Ilham dari Tuhan.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



bila mendung, tak nampak langit. dan awan penuh menutup mentari
kita selalu ingat, "oh, hari nak ujan rupanya."
tapi kadang2
itu sekadar mendung
memberi ruang
agar angin bebas berlari
memberi nyaman
pada mereka yg mengharapkannya

selalu kita nampak

hari ni matahari garang bersinar
awan terlukis indah di dada langit
tanda cuaca cerah
tapi siapa sangka
tiba-tiba
hujan mencurah, guruh berdentum
dan kilat sabung-menyabung

itu lah kehidupan.

kadang2 kita tersenyum dan ketawa

selalu2 kita terjatuh dan menangis.

bila Tuhan turunkan hujan
dan sembunyikan matahari

bukan bermaksud Dia tak sayangkan kita
tapi kerana Dia mahu beri yg lebih bagus dari sekadar matahari
dan kerana itu kita kena berusaha
supaya diri kita layak untuk mendapat hadiah janjian Tuhan

bila kita meminta
dan masih belum dimakbulkan
itu bukan kerana Tuhan tidak mendengar
bukan juga kerana Dia tidak suka pada kita
tapi kerana Dia mahu kita belajar untuk
bersabar
atau mungkin kerana itu bukan sesuatu yg kita perlukan

selalu2
Tuhan pasti akan berikan apa yg kita perlukan dalam kehidupan
dan pasti2
itu bukan selalu yg kita inginkan
lalu kita merajuk dengan Tuhan
kecil hati dan tak mahu meminta lagi
atau putus asa dan bersangka buruk kepada Dia

tapi Dia tetap menerima
bila kita tersedar dari silap sendiri

kalau Dia mampu menarik kaki kita
dari jurang api neraka
kenapa tidak Dia memberi apa yg kita mahu?

itu kerana Dia tahu
malah Maha Mengerti

yang kita pinta itu
bukan sesuatu yg baik untuk kita
kerana ada lagi yg terbaik untuk kita

lalu bersabar lah
kerana sabar itu indah.





With Love,
iNz

Tuesday, June 9, 2009

Maaf. Maaf.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Eh.eh. patutlah blog sepi je kebelakangan ni.

tak bole nak post comment eh?

Sori.sori.

Rase dah fix.

Sila try komen sekarang kawan2. hehe.

With Love,
iNz

Monday, June 8, 2009

Air, Batu, Burung

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Arakian, masih lagi belum2 mahu juga keluar dari UTP ini walau pun orang lain sudah berhari-hari menikmati tidur yg enak tanpa kepanasan, makanan sedap finger licking good (mcm iklan KFC), dan marathon rancangan tv tanpa henti di setiap channel yg wujud.

Bukan tak mau balik. Tapi baru sudah setel hardbound & hardbound.? Silap. silap. Hardbound & clearance. hehe. Besok pagi2 sudah berjanji dengan cik Adeeb yg cantek & cik Ezyan yg vogue untuk breakfast sama2 buat kali terakhir. Macam tak akan jumpe lagi je kan? Yelah, nanti dah kerja, possibilities untuk berjumpa kan makin berkurang. Nak2, dapat pulak kerja seberang laut. Entah kan bila akan bersua lagi. (mood mengenang masa depan)

Oh by the way, tadi baru sudah menang perlawanan sengit dengan cik Adeeb yg cantek. Oh, sorry cik Adeeb yg cantek. Sila gelak beramai-ramai pada orang yg kalah.haha. Nak tau lawan ape? cepat. cepat. teka.

5...

4...

3...

2..

1..

1/2..

0...


Beep!!! Time's up! lambat.lambat. Jawapannya ialah. Tada!! lawan osom!! (siyes saya tak tahu nak eja osom tu mcm mana. Kalau ada sesiapa tahu sila betulkan. sekian. terima kasih.)
Permainan ini tamat bila salah seorang peserta menang dalam kelima-lima perlawanan. Alah, korang dulu kan dah biasa main benda ni kecik-kecik dulu. Dah besar pun main lagi. kan. kan? Tak baik tipu. Tuhan marah.haha.

Yang paling menarik ialah...it has a rhythm. cik Adeeb yg cantek akan menyebut,

" air, batu, burung."

dan lepas tu masing2 akan letak icon yg dipilih.

Tapi cik Adeeb yg cantek ni sebut je,

" air, batu, burung."
" air, batu, burung."
" air, batu, burung."
" air, batu, burung."...


Dia tak pernah pun letak icon air~ asyik2 batu.burung.batu.burung.haha. Punyalah tak berani nak amik risiko. by the way kalah juga akhirnya~*gelak penuh bangga*

Cik Ezyan yg vogue kata, "Adeeb ape ni, tak letak air pun~ Baik cakap batu, burung je tadi."

Apa2 pun, yg penting saya menang game ni. Dan esok g breakfast sama2 orait?hehe.

p/s: inilah padahnya sb ejek orang psl deli france = deli planet. hukum karma. ;P


Peace! Khas untuk cik Adeeb yg cantek~ O.Ov.
Jangan mara. nanti kena jual~



With Love,
iNz

Sunday, June 7, 2009

3 Dara Pingitan

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Menikmati detik2 terakhir di UTP, sebelum Cik Syukriyah terbang pulang ke rumah. We went to Pa'dua (pardon me, saya tak reti nak eja nama kedai ini. haha. so complicated. so complicated.) Okay. Cut it out. Bukan nak cerita tentang that was my first time being there. Tapi tentang betapalah kami2 ini cuba menikmati saat2 terakhir bersama.

Saya rasa saya dah mula rindu pada rumet saya ni. tsk. tsk. T_T


Tiup ape tu rumet? Kat sini tak de lilin nak tiup2. Kedai ni moden sikit. Pakai lampu kalimantang warna-warni. Eh, sume kedai pun memang pakai lampu jenis ni ape. entah. Tak tahu merepek ape. Sila abaikan frasa di atas.


Wajah sedih Fatimah menunggu makanan ibarat menunggu buah yang tak jatuh. Aduhai! Kesiannya. Tapi comel la pulak! Comel2! Ecece. Kembang tak sudah nanti Cik Fatimah. Cukup2. Nak pujian lebih2, sila ke kaunter bayaran di sebelah kiri, oke?haha. No money, no talk. Sebab sekarang msih recession. Jadi duit sgt penting. Eh. eh. Apa mengarut ni? Sila abaikan. Teruskan scroll ke bawah atau boleh buka blog lain yang lebih bermanfaat. haha.



Ini muka yang..err, sgt tidak fotogenik. Muka lapar tapi masih mahu bertangkap gambar. Abaikan kesalahan tatabahasa yg teruk ini. Konon2 comel, tapi tak jadi. Oke, Cukup mengutuk diri sendiri. Next picture please!!!


Say cheese!! Eh apa ni. Apa ni? Kata cheese, tapi tak nampak gigi pun? Dala korang ni. Tak ikut cakap photographer betol lah. Muka bahagia dua orang anak gadis. Anak Pakcik Abd Jalil dan anak Pakcik Ali. Konon2 bahagia, tapi sebenarnya perut sudah berlagu keroncong seperti tahap apa. Tapi tak apa. Masih lagi berjaya mengekalkan kecomelan, ke'cute'tan and ke'adorable'lan mereka di dalam gambar. Walaupun perut sudah terlalu lapar. haha. Tahniah2! Harap2 cikgu BM saya tak baca entri ini. Serius kedai ni sangat lambat menghantar makanan.



Ni gambar yg saya paling suka. Sebab ada saya.hehe. Disebabkan tak dapat nak bergambar ber-3. Jadi terpaksalah bergambar dengan cara begini. Sadis2.

Oh! lupa nak bagitahu.

Menu malam tu adalah; nasi goreng kg, 2 nasi goreng pataya bersama 3 gelas tembikai laici.

Sedap! bole tahan. Tapi saya tak dapat nak abiskan sbb nasi terlalu byk. Dan malam itu terasa perut seperti crammed sb try juga utk habiskan nasi tu walaupun mission tak berjaya.

Gambar makanan terlupa nak ambil sb bila sampai je, masing2 terus terkam makanan masing2. haha. okey, exaggerating sikit. Tak terkam. Tapi terus makan selepas membaca bismillah ;P

Cik Zeti & Cik Dayah, I don't have pictures with both of you guys pada hari2 terakhir kita di UTP. Sori byk2. Tapi kalau ada rezeki, insya Allah kita jumpe time Meera kawen nanti ek? Amek gamba byk2~ ;)


With Love,
iNz

Friday, June 5, 2009

Detik2 Akhir di UTP

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Haih.haih.

Hari2 terakhir saya kat UTP terchenta ni terganggu lagi. Tak boleh tgk org senang sikitlah. Dengki betul si air mata ni. aish..

Menjadi antara org2 terakhir yg akan pulang memang memberikan satu perasaan yang sgt mengecewakan. Melihat teman2 seorang demi seorang pulang dan meninggalkan saya sorang2 ni. Sangat sedih. syahdu betul. Sebab itu saya sgt2 tidak suka babak2 perpisahan. Baik dalam real life atau drama.

Dan selalu saya akan larikan diri atau pura2 tabah dan cool di hadapan teman2 walaupun dalam hati macam empangan mahu pecah rasanya. Gelak2 sikit. Senyum2 sikit. angkat tangan dan lambai2. Buat kali terakhir.

Babak begini akan mengingatkan saya pada zaman pra-sekolah, sekolah dan matriks. Tiba2 rindu pada teman2 yang dah lama teramat tidak dijumpai selepas berpisah begini.

*sedih*

Dan tadi saya dapat 1 mesej lagi yg buatkan saya jadi sedih. Sedih+sakit hati. Penat saya tunggu kata putus. alih2 kena saya juga yang bertanya. Mmg letih la kan kenal orang yang berperangai mcm ni. Ingtkan dia yg akan bgtau apa yg dia mahu. Ok, fine that's ur name written on it. I know. Tapi be considerate sikitlah.

Saya sudah buat spt yg diminta kan? Nak bagitahu yg tlg tukar no lain boleh tak? Itu pun susah sangat ke? Macam kalau bg mesej ringkas begitu akan rugi berjuta-juta dollar amerika. Sekarang buat keputusan sesuka hati seperti itu cuma berkaitan dengan life dia sorang. Like my life is precious than yours. Macam tu pulak lah kan.

Hari tu, serius saya memang penuh innocent dan bodoh2nya pergi percaya kebaikan hati dia untuk tidak mengambil apa2 tindakan hatta menterminatekan no saya dan akan men settle kan everything secara profesionalnya hal tersebut sebelum tamat zaman bergelar student ni.

Tapi sekarang.? Pening tahu utk keep up dengan cara pemikiran yg selalu berubah ikut arah angin ni. Mengalahkan angin monsun.

Sukatilah2 nak buat apa pun. Asalkan saya dah tak perlu berurusan apa2 lagi dengan kamu dan boleh jalani hidup dengan aman bahagia without you. Dunia & Akhirat. okeh?

With Love,
iNz

Thursday, June 4, 2009

Emak oh! Emak

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Alkisah.

Di suatu petang yang damai, sebuah kereta Myvi berwarna silver meluncur dengan kelajuan sederhana membelah angin menuju ke satu destinasi yang berada di sempadan Perak dan Selangor.

Keadaan matahari petang itu memang agak lain sedikit. Warnanya saja bisa buat hati tertawan dan terpaku terus ke arahnya. Emak terus memandang ke arah cermin tingkap tanpa berkelip-kelip. (exaggerating pulak dah, saya tengah drive time tu. hehe)

"Eh, cantiknya matahari tu. cuba tengok!" Sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah matahari.

Saya cuma mampu menjeling sikit aje lah kan. Jeling lebih-lebih nanti kang terbabas pulak. Naya je. Dah la drive kereta baru ni. Rasa nervous pun belum hilang lagi.

"Nak tangkap gambarlah." ujarnya.

Dalam hati saya, ai Mak...mana ada bawa kamera nak balik kampung. Macam-macamlah.

Sudahnya K810i SonyEricson milik saya yang sudah usang tu di capainya untuk menangkap gambar si matahari yang cantik jelita petang itu.

ai, ai, ai...

"Ni mana nak tekan ni Long* ?"

"Em, tekan kat butang tu ha," sambil membuka cover camera di belakang phone tersebut & mata jeling-jeling pada jalan di depan.

"Oooo....eh, tak ada pun gambar. Apala handphone Along ni. Mahal je lebih." Bebelnya seorang diri.

Sekali lagi konsentrasi pemanduan saya terganggu. Aiyo...

"Tekan lama-lama sikit Mak,"

Dalam hati rasa nak bergelak ketawa aje tengok kesungguhan Mak nak tangkap gambar cik matahari tu. Ai, ai...macam-macam juga perangai Mak saya ni rupanya.

Tiba-tiba handphone berbunyi. Oh, mesej dari adik saya yang kononnya nak pulang pagi-pagi ini, tapi batang hidung pun tak nampak.

Long, ko blk kg ngan mak n maksu ke?

Saya yg tgh drive di kala itu, memang konfem2 lah malas nak mereply kan. Jadi, Mak yg tolong reply kan msg tersebut.

Aa. yg ko bile nak balik pulak? Kate nak blk pg2 konon.

Butang send ditekan. Mak sudah ketawa2. Saya pun dah sakit perut menahan gelak.

Tittt..tiiitt. bunyi mesej masuk.

Yg ko susa sgt aku ta blk nape? Bkn pakai duet ko pun
.

Ceh, ceh. Tengok adik saya yang lupa diri ni. Berani dia reply begitu pada saya. Habislah engkau wahai adik~~

"ooo, bukan pakai duet aku ye?? Ha, siap engkau. Kate nak balik pg2. An balik pagi2 Mak*. Haah, pagi2 betul lah ni. Sampai malam pun tak blk lagi" kata emak. Huu~

*Mak mengajuk gaya adik saya cakap dalam telefon semalam.

Mak reply:
Mmg la pakai duet aku. aku yg bg duet kat ko.

Adik reply;
Eh, bile pulak?

Adik saya dah pelik agaknya. Takkan la si Along yang tgh miskin sekarang boleh bagi duit kat dia.

Mak reply:
Ai, pg2 tu kan aku yg bg duet kat ko?

Adik reply:
Sape?

Mak reply:
Mak ko.

"Haa, baru dia tahu. Padan muka." kata Mak.

Adik reply:
Hehe.

Haha. Boleh tak Mak buat macam tu kat adik? Kelakar betul la Mak saya ni. Haih. Pergi siap menyamar jadi saya pula tu. Gaya mesej & ejaan pun siap bole tiru adik saya lagi. Memang lah adik saya tak cam. Sbb tak pernah2 Mak bermesej macam tu dengan dia. Kesian2.

Sape suruh tak balik rumah seperti yang dijanjikan kan?

Kan dah terkena sebijik.

*Long= sebenarnya Along, tapi dipendekkan menjadi Long saja. Bukan bermaksud panjang sbb saya ni memang tak panjang.

p/s: kereta baru tu bukan milik saya. Maksu sy yg punya. Tapi beliau masih mempunyai inferioriti yg sngt tinggi, jadi saya dan adik akan menjadi pemandu beliau sementara ni.

With Love,
iNz

Monday, June 1, 2009

Manusia...manusia...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Eh, bosan. stuck with the slides at the moment. Tiba-tiba teringat pada blog yang dah mula berhabuk ni. A week at home didn't triggered me to write even an entry. Hebatlah kuasa rumah.

*senyum*

Manusia, memang kelakar. Kalau tidak terlalu berprasangka tidak boleh kah? Please, don't think that what you have in mind are always right, faham?

Kadang-kadang, apa yang kita nampak tersurat itu, itu jugalah yang tersiratnya. Hey, kita ni bukan Tuhan yang boleh tahu isi hati manusia sebenar-benarnya. Bila terasa sendiri apa yang dituduh itu salah, mudah sungguh minta maaf kan?

Kalau memberi maaf itu semudah meminta maaf tak apa lagi lah kan. Tapi hakikatnya bukan begitu. Sebab kata-kata itu boleh jadi lebih tajam dari sebilah pedang. Dan kalau terluka kerana sebilah pedang, sekurang-kurangnya luka itu nampak. Kalau berdarah, boleh di lap kan. Kalau terlalu dalam boleh dijahitkan untuk ditutup semula. Walaupun ambil masa untuk sembuh. Tapi kita tahu mengagak masanya. Tapi kalau hati?

Hati yang tersembunyi di dalam dada. Yang lukanya tidak kita nampak secara zahir, boleh kita agak bila mahu sembuh? Entah2 yang dulu itu masih berbekas lagi.

Tak kan lah sekadar cuba untuk berbaik itu termasuk dalam satu kesalahan yang maha berat? Trap apa yang entah yang dikatakan. Satu malam itu saya berfikir tak boleh tidur.

Dan hampir setiap hari saya tanyakan pada Tuhan, trap apa yang dia maksudkan. Saya ke yang terlalu naif atau dia yang terlalu buta menilai situasi sebenar?

Perlu ke dijelaskan yang saya ini jenis manusia yang tidak akan senang hati jika ada sesuatu berlaku yang buatkan saya tidak baik dengan manusia lain. Iye, mula-mula rasa malas mahu peduli. Tapi lama-lama hati kecil ni bercakap juga.

Sampai bila mahu jadi macam ni. Sekurangnya adalah sesuatu ending yang baik-baik. Kalau sebelum ini nampak muka saja sudah berubah jadi kelat. Kalau sebelum ini, terserempak saja kena butakan mata dan pendam jauh2 rasa sakit hati. Salah ke bila saya mengalah dan angkat bendera putih. Itu sudah sehabis baik saya buat kerana betul2 mahu berdamai tanpa perlu simpan rasa tak puas hati dalam jiwa.

Paling kurang, kalau terserempak di mana2, boleh juga berbalas senyuman tanda kenal. Tak payah nak bersusah payah mengerutkan muka dan masamkan wajah segala bagai kan? Itu saja. Itu pun salah juga? Berharap yang baik2 pun salah juga ke?

Kadang2 saya fikir, you should lower down your ego once in a while lah encik. Supaya boleh berfikir dengan hati yang suci bersih sikit. Supaya akal tu tidak dicucuk oleh fitnah dari syaitan2 di sekeliling. Dan supaya tidak terlalu perasan dengan diri sendiri.

Cukuplah saya rasa. Kalau sudah sampai tahap begini pun masih tetap mahu berprasangka, just go on with that. Tak pe lah. Sudah tawar hati rasanya mahu berbaik-baik. Kalau orang dah rasa dia tak perlu nak berbaik dengan kita. Cukuplah sampai setakat itu aje usaha.

Allah ada. Dan Dia lebih tahu segalanya.

With Love,
iNz