Saturday, April 18, 2009

krn Engkau lebih tahu...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Tuhan.

pinjamkan aku kekuatan.

di saat aku lemah dgn caci nista manusia.

Tuhan.

Bisikkan padaku kata cintaMu.

di saat aku tersungkur dlm mencari jalan pulang pdMu.

agar di saat gelap hitam dunia hati, aku masih mampu melihat cahayaMu.

Tuhan.

usah izinkan aku menangis lagi untuk kesekian kalinya.

hanya kerana bisa tajam bilahan ucapan manusia.

biarkan saja air mata ini tumpah hanya untukMu.

Tuhan.

disebalik murkaMu,

masih ada lembayung rahmat yg Kau titiskan buatku.

masih tetap sudi Kau kutip diriku.

dari jurang api yg dalam itu.


dan Tuhan.

Engkau lebih tahu derita hati ini.

dalam setiap langkah utk bangkit.

dan melupakan silam yg maha pahit.

yg penuh kesilapan.


jangan biarkan, Tuhan.

ia bangkit semula.

setelah seluruh daya aku pertaruhkan.

utk melupakannya.

kerana aku takut.

sampai di suatu saat,

jiwa ini tersungkur pada sebuah tekanan.

tanpa mampu untuk bangkit lagi...


"Mengertilah manusia, jiwa ini juga derita biar zahirnya tenang bersama senyuman...usah pertikaikan lagi krn beban itu bukan milik engkau seorang.. jangan terlalu ego untuk mengakui itu engkau satu ketika dulu...usah lari dari bayangan sendiri.. usah salahkan orang lain, bila engkau juga tahu...manusia itu tiada yg sempurna..."

Jangan sampai satu saat nanti,

Tuhan kembalikan segala caci nistamu itu pd dirimu.

krn hidup ini, ada pasang. dan ada surutnya.


With Love,
iNz

4 comments:

  1. sis dear,
    manusia tu xpernah mempunyai hak untuk menghukum sesama manusia
    biarlah Allah jua yang menjalankan semua tu
    berdoalah semoga manusia yang menganiaya kita itu untuk menjdi lebih baik
    jgn sesekali titiskan permata mu yg sgt berharga tu

    Allah lebih mengetahui kan
    b strong!!
    we r always by ur side~

    ReplyDelete
  2. Nabila, kuatkan semangat k, serious saya jugak turut terasa sakit apatah lagi bila baca ni.

    InsyaAllah, Allah sentiasa bersama ngan orang2 yang sabar.

    ReplyDelete
  3. sabar ek ili..btol kate zircon gurl..manusia mmg xberhak utk mghukum..manusia ni kn lemah..kuat pon kerana diberikanNya kekuatan..xperlu kt nk trluka krn org mcm tu..He knows best who u r...be strong k...be strong...u know we r always here 4 u...=)

    ReplyDelete
  4. kuatkan hati..like u said b4, satu jari kt menunding org, 3 jari akn menunding kt blk..so, just follow the flow..biarlah org nk wat ap pd kamu pon, yg pntg kamu sentiasa mengingati Dia~

    ReplyDelete