Wednesday, April 29, 2009

Akhirnya Finalized

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Minggu 1#




Minggu 2#



Lepas tu, ape lagi....

Balik rumah lah sementara tunggu Final Presentation FYP ;P


With Love,
iNz

Jam 12.30 tgh malam

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Wah. wah. wah.~

hari ini balik dari lab tepat jam 12.30 mlm.

ambil sample dlm keadaan gulap gulita.

berlampukan cahaya dari telefon bimbit.

sadis sungguh.

saya fikir, ape hal pulak baru jam 11.47 dah tutup lampu segala bagai. tsk..tsk..

rupa-rupanya UTP black out ye?

Adeyh laa..

mujur ada Kak Sue yg sudi jadi peneman dari jam 10 tadi. kalau tidak....

mungkin experiment saya terbengkalai di tgh jln kerana saya pulang ke bilik sebaik saja semua lampu di lab terpadam. fuh..fuh..

tapi tak apa. kerana akhirnya experiment saya untuk FYP siap! yeay!

oh, oh, tak2. saya tipu separuh. belum siap sepenuhnya sebab belum hantar analisis Gas Chromatography lagi.

Esok, mahu buat lagi 2 run. Ini experiment tambahan. tapi mungkin tak masuk dalam soft bound kot. Mane sempat nak buat analisis lagi. Plg cepat pun Khamis, dan itu lah due date untuk Final report pun. Tak pe, kita masuk kan nanti. Untuk Final presentation.

Semoga dipermudahkan segalanya oleh Mu, Tuhan~ amin..


p/s: Saya rasa rupa saya dah jadi macam ni kot masa balik tadi.






With Love,
iNz

Sunday, April 26, 2009

Jangan Tegur@ Jangan Tengok?


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Apa yang kamu buat bila kamu tertengok gambar ini?





pada jam 3 pagi. Dan meja kamu berada di depan tingkap terbuka seluas alam, yg sedang menghadap tingkat 5 blok K yg tiada penghuni. ketika itu kamu sedang merehat-rehatkan otak dari pengiraan teknikal yang memeningkan.

Alin
, serius saya tak mau bukak blog kamu selepas jam 12 tgh malam lagi lepas ini.

p/s: nasib baik tidur saya tidak diigau oleh Nadia Mustafa atau Julia Ziegler. :P


With Love,
iNz

Saturday, April 25, 2009

Adoi la.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Adoi la.

Susah betul bila terkena penyakit rindu ni.

Ubatnya kena jumpa dengan orang yang dirindui tu. Barulah sihat balik.

Tapi masalahnya, jauh la pulak.

Kata org tua-tua, kalau mata kanan kita tergerak-gerak maknanya ada orang yang kita akan jumpa tak sangka-sangka.

Harap-harap betul lah. Walau pun harapan tipis, sebab memerap di UTP je minggu ni. Mungkin minggu depan kot (cuba berfikiran positif)

oh, oh.

Tuhan, sabarkan hati ini.


With Love,
iNz

Thursday, April 23, 2009

Buku Baru.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Saya dah buat keputusan. Tak mahulah tulis apa-apa lagi tentang itu. Cukup. Tak kisahlah apa pun yang orang akan kata. Tapi entri-entri tentang itu saya akan delete.

Buat apa simpan sesuatu yang menyakitkan lama-lama kan? Sudah luahkan di sini. Dah rasa release, maka tiba masa untuk buang semua.

Cuma, saya mahu minta maaf secara terbuka kepada orang itu. Maaflah kerana entri-entri saya (mungkin) buat orang-orang yang kenal saya menjadi bias pada awak sekarang.

Saya memang tak pernah terniat untuk kumpul berapa ramai orang di pihak saya. Dan memang betul kerana ni blog saya, maka mungkin saja entri saya lebih banyak memihak pada diri saya (tentulah, sebab saya yang tulis kan?).

Saya tahu & faham keadaan itu yang kamu alami beberapa hari dulu. Sebab saya pernah alaminya awal-awal dulu. Saya pernah benci lihat muka kamu saat saja Tuhan takdirkan kita terserempak di mana-mana di bumi Nya yang luas ini. No offense. Cuma tak sangka, kamu masih simpan segalanya dalam hati sampai sekarang. Bukan dulu, kamu orang yang paling cepat berubah ke? Di saat saya masih terkapai-kapai lagi antara realiti & kenangan.

Tapi sekarang saya fikir saya sudah tak kisah kalau ternampak muka kamu di mana-mana pun. Tak kisah, sebab saya tak mahu ingat benda-benda yang menyakitkan tu lagi. Tak mahu simpan apa-apa dendam atau benci kerana itu memang akan buat saya rasa lebih susah hati & tertekan.

Dan buat pengetahuan kamu, maaf lah kalau tanpa sedar terpandang muka kamu. Saya tak pernah terfikir apa-apa pun waktu pandang kamu. Selalunya itu dari jauh, dan saya cuma mahu tahu itu siapa sebab rasa macam kenal. Kan kamu pun tahu saya tak pernah pun teringin untuk lihat kamu kalau saja kita terserempak muka ke muka. Itu fakta.

Untuk teman-teman yang ada di sisi, saya minta, jangan kerana saya kamu semua pun layan dia seperti kenal tak kenal. Tak apa. Ini antara saya dan dia saja. Jangan keruhkan hubungan kamu semua kerana saya.

Akhir sekali,

Tak lama lagi kita dah nak periksa kan? Itu tanda tak lama dah kita nak bawa haluan masing-masing. Terpulang pada kamu, sama ada mahu terus in denial dan tetap salah kan saya seratus peratus atau mencuba untuk buka hati sendiri dan terima diri kamu apa adanya. Apa pun teruskan usaha.

Antara saya dan kamu, bagi saya dah tiada apa-apa hutang. Saya sudah minta maaf. Sudah rendahkan ego & maruah saya untuk kamu. Saya tak akan peduli lagi kalau kamu tetap mahu simpan benci kamu sampai bila-bila pun sekarang. Simpan lah. Sampai berkarat. Sampai ke tua nanti pun tak apa. Sebab itu hidup kamu kan? u decide it urself.

Since exam timetable dah keluar, saya awal-awal nak ucap

"semoga berjaya."

pada semua. kawan, teman, sahabat.

Terima kasih kerana pinjamkan saya bahu untuk melepas lelah dan sedih selama hampir 4 bulan ini. Terutama rumet saya. Masih sudi mendengar walau pun saya bukan rumet terbaik sepanjang 4 tahun ni.

Cepat betul masa berlalu. Dan semakin tak percaya akan jadi seorang jurutera satu hari nanti (insya Allah.). Moga rezeki dipermudahkan Tuhan.

p/s: ada satu yang saya ingin betulkan dalam pemikiran kamu. saya tidak pernah dengan rela hati biarkan semuanya berlaku. maafkan saya kerana tidak ada kekuatan untuk berkata TIDAK dan hentikannya dengan segala kudrat yang ada. kerana saya takut hilang kamu. betul, memang bunyinya sangat naif (atau bodoh?) tapi itu hakikatnya. itu dulu.

With Love,
iNz

Monday, April 20, 2009

Benci

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Sakit kepala. Masih dgn major design. EIS pun belum baca lagi.

Dan untuk pengetahuan semua, ya. Saya masih di rumah. Masih tetap tak mahu pulang. Dengan harapan dapat siapkan design major equipment paling kurang malam ini juga.

Ikutkan hati memang tak mahu balik ke UTP dah sampai bila-bila. Tapi masih ada kerja yang tertunggak & janji yang belum tertunai. Janji untuk dapatkan segulung ijazah.

Terima kasih banyak pada kamu kerana buatkan saya semakin malas mahu pulang. Takut sakit hati bila nampak muka kamu.

Dan takut sakit jiwa balik bila terkenangkan semua perbuatan-perbuatan kamu. Cukuplah. Selama 2 bulan saya benamkan jauh mimpi-mimpi ngeri dan keluar dari rasa trauma itu, jangan kamu toreh semula luka yang belum kering ni.

Saya tak mahu benci kamu sebab saya tahu manusia memang selalu buat salah. dan saya tahu dalam hal ni, saya juga bersalah. Tapi berfikirlah sikit. Kalau kamu rasa benci dan trauma, pernah kamu fikir keadaan saya?

Pernah kamu fikir apa jadi pada saya selama ini?

Tak pernah. Sebab kamu seorang yang selfish. Hanya fikir tentang diri sendiri. Dari dulu sampai sekarang. Itu memang kamu.

Saya pernah fikir mahu cakap face to face. Tapi untuk orang seperti kamu yang selalunya berfikiran singkat dan ikut emosi, saya batalkan saja hasrat saya. Sebab memang tak ada guna bercakap dgn orang yang tak boleh terima salah sendiri. Sebab ego kamu tinggi, maka sampai saya mati pun belum tentu kamu akan sedar salah sendiri apetah lagi untuk minta maaf. kan? Sebab itu memang kamu.

Saya memang tak mahu simpan sakit hati lama-lama sebab itu melelahkan. Banyak lagi kerja lain yang saya wajib habiskan, dan itu guna banyak tenaga. Tapi sejak kamu toreh balik hati saya ni, sudah sampai masanya untuk saya say it to your face apa ada dalam hati saya.

Kalau Tuhan takdirkan kita terserempak di mana-mana di bumiNya ini, saya akan ucapkannya. Biar kamu tahu betapa dalam sakit hati saya pada kamu, sejak saya kenal kamu sampai sekarang. Ya, saya akan ungkit semua. Dari awal sampai habis. Biar kamu sedar berapa banyak darah yang dah mengalir kalau luka dalam hati ni luka yang fizikal.


With Love,
iNz

Saturday, April 18, 2009

krn Engkau lebih tahu...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Tuhan.

pinjamkan aku kekuatan.

di saat aku lemah dgn caci nista manusia.

Tuhan.

Bisikkan padaku kata cintaMu.

di saat aku tersungkur dlm mencari jalan pulang pdMu.

agar di saat gelap hitam dunia hati, aku masih mampu melihat cahayaMu.

Tuhan.

usah izinkan aku menangis lagi untuk kesekian kalinya.

hanya kerana bisa tajam bilahan ucapan manusia.

biarkan saja air mata ini tumpah hanya untukMu.

Tuhan.

disebalik murkaMu,

masih ada lembayung rahmat yg Kau titiskan buatku.

masih tetap sudi Kau kutip diriku.

dari jurang api yg dalam itu.


dan Tuhan.

Engkau lebih tahu derita hati ini.

dalam setiap langkah utk bangkit.

dan melupakan silam yg maha pahit.

yg penuh kesilapan.


jangan biarkan, Tuhan.

ia bangkit semula.

setelah seluruh daya aku pertaruhkan.

utk melupakannya.

kerana aku takut.

sampai di suatu saat,

jiwa ini tersungkur pada sebuah tekanan.

tanpa mampu untuk bangkit lagi...


"Mengertilah manusia, jiwa ini juga derita biar zahirnya tenang bersama senyuman...usah pertikaikan lagi krn beban itu bukan milik engkau seorang.. jangan terlalu ego untuk mengakui itu engkau satu ketika dulu...usah lari dari bayangan sendiri.. usah salahkan orang lain, bila engkau juga tahu...manusia itu tiada yg sempurna..."

Jangan sampai satu saat nanti,

Tuhan kembalikan segala caci nistamu itu pd dirimu.

krn hidup ini, ada pasang. dan ada surutnya.


With Love,
iNz

Thursday, April 16, 2009

Aku Ingin Mencintai-Mu Setulusnya.....

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Masa tgh godek2 laptop, sambil stadi2 om untuk test mlm ni, saya terjumpa dgn lagu edcoustic yg baru. sy tak tahu kalau2 album ini memangnya dah lama keluar cuma sy yg ketinggalan zaman ke kan. tapi seriusly, lagu ni mmg best! unfortunately cume boleh dgr dari multiply je sekarang. tgh cuba download dari 4shared.com ni. hopefully dpt.

:D hee...

So sementara tuh, jom hayati lirik dia dulu.. layan~

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuat Mu kecewa

Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri

aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakan Mu

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan Mu

Aku ingin mencintai Mu setulusnya

Sebenar-benar aku cinta

Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati Mu selamanya sehina apapun diriku

Kuberharap untuk bertemu dengan Mu yaa Rabbi


p/s: kalau nak dgr je, klik sini. kalau nak download, sila klik sini pulak ye kwn2.

With Love,
iNz

Wednesday, April 15, 2009

Pilih kasih itu satu normaliti kah?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Di tengah2 malam ini, semasa sibuk men'studi'kan diri untuk subjek operation management, saya tiba-tiba tergerak hati untuk membuka blog. aneh la kan bila internet tiba2 elok dan agak laju sikit daripada kura-kura lumba lari (seperti yang selalu tu lah!).

minggu lepas, vitamin cik B saya habis. tak tentu arah dibuatnya si kecil tu bila tak ada pellet yg selalu ia makan. arnab pun boleh naik bosan rupanya bila asyik disuap dgn carrot kuning tu.

dipendekkan cerita, akhirnya berjaya beli pellet yg dicari-cari. kebetulan sdg mencari cage yg lebih bsr sbb rasa kasihan bila 'dia' terpaksa tinggal dalam bakul kecil saja selama 2 minggu ini.(atau lebih, x ingat dah.)

dan rasa macam tertarik hati pulak la nak belikan seekor lagi arnab. konon2 kesian lah ni sbb B ni tak ada kawan. pilih punya pilih, beli lah seekor angoria berwarna kelabu.

sekarang, ada sepasang dah kat rumah ni.

Tapi....sepanjang 2 hari pertama si angoria (yg dinamakan montel) ni tinggal di sini, jiwa saya yg elok2 sudah tenang, kembali berserabut!

rupa2nya si montel ni berbeza amatlah dgn cik B. seperti langit dgn bumi. sampai saya hampir mati akal dibuatnya, mengenangkan perangainya yg teramat hyper dan degil!

habis makanan di dalam bekas di kuis2nya keluar. air di dalam bekas ia tumpahkan, bila diberi sayur, tak mahu berkongsi dgn B. entah kenapa ia buat perangai. dahla dikala2 itu pula otak sedang serabut dengan pelbagai perkara lain.

fikir saya, oh mungkin dia tak biasa lagi kot. tmpat baru, mesti rasa insecure lagi nih. tapi saya sudah hilang sabar. bila setiap kali bekas air tu dia tumpah kan dan makanan di dalam bekas dia kuis2 keluar dari bekas. satu hari itu, saya marahkan dia sambil pegang dia kuat2 tak mahu lepas sb dia ni sgt kuat meronta-ronta.

kemudian, saya keluarkan bekas air dan makanan selama 1 jam. sbg denda dan geram dgn perangai nakal dan degil dia. bila difikir-fikir balik, sy tergelak sorang2. marah binatang mcm marah manusia la pulak.

mungkin sbb sy membanding-bandingkan dia dgn B. maka, tanpa sedar sy yg tak berlaku adil dgn montel. Sy terlupa yg B ini sy ambil dr kg, yg sejak kecilnya sudah biasa dgn kehadiran manusia. yg sejak kecilnya sudah biasa dibelai2 dan dimanja2. sudah biasa kdg2 mkn bersuap. maka bila sy larang, dia seolah-olah fhm. bila sy pesan jgn buat perangai hr ni sb sy busy smpai malam, dia diam saja tanpa masalah di dlm bakulnya bersama makanan yg cukup. walaupun bakul tu tak bertutup. dan dia bole saja lompat keluar bila2 masa.

tapi montel yg sy beli dari petshop ini tidak begitu. dia sgt defensive pertama kali sy bawa ke sini. memanjat-manjat di dalam cage seolah-olah ingin sgt keluar dr situ. tentulah sifatnya berlainan krn tinggal di petshop, siapa pula yg mahu layan dan manja2kan dia bila ada byk lg arnab lain di situ. siapa pula yg mahu bercakap2 dan berbual2 dgnnya mcm yg selalu sy buat bila bersama B kan? tak kuasa la pulak tuan punya kedai petshop tu nk buat mcm ni. bila saja housemate2 sy dtg melawat, sy perasan yg matanya memandang2 seolah-olah takut. dan bila saya angkat dan pegang, dia menggelupur dgn agresifnya bersama jantung yg berdegut sgt laju. kesian2.

cuma yg saya nak ketawa, si montel ni mcm fhm2 aje bila saya marah sgt dgn perangai dia yg nakal ni. sbbnya, lepas saja sy membebel2 mengalahkan mak orang di depan cage tu, dia pun buat perangai dgn memanjat-manjat dinding. masuk dlm bekas air. dan tumpahkan makanan dlm bekas. bila dah penat, baru dia duduk diam. haih, saba je lah!

disebabkan tak tahan, sy telefon mak, dan beritahu tntng montel. sy fikir, hujung minggu ni mahu pulang dan hantar dia ke kg saja. biar dia belajar jadi arnab kg dan tinggal ramai2 bersama arnab2 lain dlm 1 cage besar. mahu tgk dia masih buat perangai lg atau tidak selepas tu.

tapi kata-kata mak buatkan sy berfikir semula. ye, tentang perbezaan hidup B dan montel sejak lahir. maka tentu saja montel akan ambil masa utk menjadi seperti B, bergantung kpd bagaimana cara tuannya menjaganya. betul tak?

jadi, instead of meletakkan standard yg sama pd montel, sy mula menggunakan taktik lain untuk membuatkan montel rasa selesa dgn tmpt barunya ini. disebabkan dia tak biasa dipegang dan dimanja2, maka saya pastikan setiap hari saya pegang dia dan biarkan dia bermain-main di atas riba saya. plg kurang sekali sehari, sebelum tidur. dan akan pesan & katakan pada dia spy jgn nakal2 sambil usap2 kepalanya semasa dia di atas riba saya. sambil2 saya berselawat dan bacakan al fatihah dan sapukan pada kepalanya spy dia tidak berasa terlalu takut & menjadi hyper.

huhu...

tak tahulah cara ni betul atau tidak, tapi yg pasti hari ke-3 & 4, montel sudah mula okey dan tenang sikit. sekarang sudah tak nakal & hyper. buat sy rasa syg pula nak hantar dia blk kg. tsk, tsk..

dan malam ni, sy terfikir....mcm mana bila sudah ada anak nanti? akan jadi beginikah ? kita selalu tgk di tv, drama2 tntng ibu atau ayah yg pilih kasih. selalu melebih2kan anak yg pd pandangan mereka telah berjaya mengikut acuan didikan mereka dan tidak dpt menerima bila saja ada anak2 yg tidak dapat memenuhi kehendak @ harapan impian mereka. anak itu pasti disisihkan. kemudian bila memberontak, terus saja dipatahkan dgn cara yg plg keras dan dihukum dgn seberat-berat hukuman tanpa mahu melihat apa yg tersirat di sebalik yg tersurat.

dari kisah arnab ni, sy rasa..kemungkinan besar sy ada tendency utk meletakkan standard yg sama pada setiap anak2 sy tanpa sedar yg mereka berbeza. saya kena sedar sekarang dan belajar dari apa yg sy lalui dgn B dan montel.

Pengajaran berharga hari ini. untuk masa depan.


With Love,
iNz

Monday, April 6, 2009

Jika engkau pergi, bulan dan bintang masih tetap di langit...

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Just nak update. Yang akhirnya sudah berjaya dapatkan lagu ost yusuff. :D

Jadi tajuk post ni ialah separuh daripada liriknya. Lama tunggu, tapi tak keluar-keluar kat DC++ pun lagi.

Dgn inisiatif sendiri sementara wireless tgh ok dan memberi kerjasama sepenuhnya di waktu ini, google punya google. akhirnya berjaya juga download.

Im happy. heh.

*senyum sampai telinga*

kwn2, nak lagu ni tak? nanti sy share kan kt dc.

"Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu..."


imran ajmain, salah seorang penyanyi yang saya paling sukai kerana lirik-liriknya yang sangat puitis. rasa-rasa seperti klasik pun ye juge.

lagu pertama yang saya dengar ialah seribu tahun. terus jatuh hati dengan bait-bait liriknya. mungkin juga kerana suaranya yang ala-ala klasik, membuatkan lagu-lagunya menjadi unik. Entahlah. saya memang bukan pandai sangat bila masuk bab-bab muzik ni.

Sejak main gamelan dan caklempong baru-baru ni, pengetahuan saya tentang muzik juga bertambah sedikit demi sedikit.

Untuk menjadi seorang pemuzik yang baik, saya fikir seseorang itu harus mempunyai kepekaan yang sangat tinggi. seorang pemuzik sejati juga bisa menukarkan bunyi titisan hujan, deruan angin dan pukulan ombak menjadi satu melodi yang sangat indah.

I wish I have the talent!

Teringin pula nak belajar main piano & violin. Patut masuk dalam wishlist ni. Huu.

With Love,
iNz

Sunday, April 5, 2009

khas buatmu.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Salam.

Okay, jadi semalam punya semalam which is kelmarin saya ber-ym dengan sukma. Oh, sebab utama saya sudah terlupa. Tapi yang pasti saat itu saya memang sangat butuhkan suatu ketenangan. Bisa saja saya dapatkan kata-kata perangsang dari mereka-mereka yang lain. Tapi cumanya kali ini, hati terlalu rindu untuk mendengar bisikan-bisikan cinta dari Dia yang disampaikan melalui hambaNya.

Selalu, dulu-dulu. Tiada siapa yang dapat menduga hati saya. Yea, i'm a good pretender. (Atau mungkin kawan-kawan sengaja buat-buat tak nampak sebab nak jaga ego saya?) :P Tapi sekarang, susah benar nak mencari the kick-start untuk bergerak dan bergerak tanpa menoleh ke belakang, walau pun sekali. Untuk kembali menyimpan kukuh rasa & gelodak hati disebalik pintu hati yang terkunci rapat.

Masalah saya sekarang ialah, selalu pandang belakang dan demotivated sangat untuk bergerak ke depan! Letih betul lah dengan diri sendiri ni. Kemudian asyik merungut dan merungut. Tidak puas hati.

Kenapa fluctuation masih lagi berlaku? Oh, c'mon lah hal dah lama lepas. Tak perlu kenang-kenang. Forgive and forget. Masing-masing ada salah sendiri. Dah berjuta kali tepuk dahi, dengan harapan kematangan bertambah dan tak ikut emosi sangat. Itu yang ditiup dalam otak. Tapi masih seperti mencurah air ke daun keladi saje.

Tuhan, kenapa susah sangat diri ini untuk berasa redha dengan takdir Mu? Satu minit, hati tenang. Minit kedua. ketiga...dah mula berbolak balik. Kemudian tenang balik. Letih-letih.

Kenapa ye dulu-dulu saya masih boleh tenang? Masih boleh menggenggam kukuh rasa pasrah dalam diri dengan takdir yang Engkau suratkan. Sangat pasti, di akhirnya akan tetap tiba rasa manis itu, jika sabar menjadi teman rapat.

Sebenarnya saya sangat tahu, setiap yang berlaku ada sesuatu yang patut dipelajari darinya. Diambil hikmahnya. Dicerna segala pelajaran yang ada. Walaupun setiap kejadian itu berlaku kerana salah dan silap sendiri. Mungkin sebenarnya jauh dari sudut hati, kemaafan itu masih belum terwujud pun untuk diri sendiri setulusnya. Masih belum boleh menerima, yang sebagai manusia..saya juga bisa melakukan kesilapan-kesilapan seperti itu. Yang sebagai hamba, telah gagal untuk mencapai benchmark yang dulu pernah disetkan di dalam minda. Yang sebagai teman, telah gagal untuk menjadi yang terbaik. Ya, mungkin saja kerana saya masih tidak dapat menerima kegagalan diri sendiri. Rupa-rupanya, telah menjadi kaca yang melukakan. Dan kaca yang teramat rapuh.

Saya fikir, sesuatu yang pernah saya takuti dulu memang telah benar-benarnya terjadi. Apa akan jadi, bila matlamat jangka panjang dileburkan dari minda? Dan matlamat jangka pendek pula seperti tidak wujud? Sesuatu perkara yang tiada objektif, lambat laun pasti akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Belum bersedia, bukan bermakna tidak perlu untuk memikirkan tentang matlamat. Mempunyai matlamat tidak bermakna harus memaksa diri menjadi matang secepat mungkin, kan? Paling kurang, kita akan tahu bajet masa untuk sekian-sekian, apa yang harus ada dalam diri. Sebagai persediaan untuk masa depan.

Macam dah melalut entah ke mana pula sekarang...

Asal bicara ingin bercakap tentang kata-kata yang disampaikan sukma. Lain pula yang jadi. Aih, complicated sungguh otak sekarang ini.

Yang sebenarnya, kata-kata sukma itu biasa-biasa aja. Yang memang telah saya tahu pun dari dulu lagi hakikatnya. Cumanya, sebagai manusia, kita masih tetap inginkan teman-teman untuk meniupkan semangat yang dapat mengingatkan kita kembali kepada Dia. Yang mengingatkan kita, bahwa Tuhan itu tetap sudi mendengar. Bahkan Maha Mendengar. Yang tetap mahu melindung kita di bawah lembayung rahmatNya. Biar pun memang sangat tidak layaknya diri untuk meminta begitu. Yang sebenarnya Ia tidak pernah mensia-siakan setiap sakit dan lelah kita untuk bangun kembali tanpa menghitungnya. Juga mengingatkan kita yang Tuhan itu Maha Tahu apa yang terbenam di dalam lubuk hati hamba-hambaNya. Walau pun tidak terzahir pada wajah.

قُلۡ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسۡرَفُوا عَلَي أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا مِن رَّحۡمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغۡفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الۡغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-zumar:53)



Mungkin suatu masa, bila hati telah benar-benar redha dan pasrah menerima kelemahan & kesilapan diri sendiri, jiwa akan berasa bebas kembali. Dan perasaan bersalah, marah, tidak puas hati & geram yang bercampur-baur di dalam hati akan sirna sedikit-sedikit. Dan mungkin nanti, di saat itu...saya akan mampu untuk memandang wajahnya dan menghadiahkan senyuman yang benar-benar ikhlas lahir dari hati. No feeling of resentment and bitterness anymore.

Maaflah. Sekarang, tiada daya pun untuk berpura-pura baik dan senyum pada orang itu. Ignorance is the best act for the play at the moment.

Awak,

Jika awak ditakdirkan Allah membaca entri ini, saya mahu awak tahu yang saya minta maaf untuk semua perkara yang salah & silap yang telah saya lakukan sepanjang saya mengenali awak. Saya sedar saya memang bukan seorang teman yang baik dan terbaik. Yang saya paling harapkan, semoga Allah membuka pintu hati awak untuk memaafkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa saya pada awak.. kerana saya cuma insan biasa yang sangat banyak kekurangan..tidak seperti yang pernah awak harapkan satu masa dulu..tidak dapat juga menjadi seseorang yang dipercayai & diharapkan untuk membimbing..saya doakan agar bahagia itu selalu Allah titipkan dalam hidup awk. Setiap saat. Begitu juga dengan kejayaan...

Dan satu yang saya selalu minta pada Tuhan juga.. bila sampai saat itu nanti kita tidak akan menjadi teman yang bertelagah di hadapan Dia. Biarlah di dunia ini untuk beberapa waktu kita bermasam muka dan beku. Jangan sampai dibawa hingga ke 'dunia sana' juga. Maaf dan terima kasih atas segalanya.





With Love,
iNz

Friday, April 3, 2009

sekadar sebuah luahan

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Hari ini, cuma dua eksperimen saja yang saya jalankan. Entah kenapa semangat untuk menghabiskan eksperimen bahagian ultrasonic ini seolah-olah hilang ditiup angin. Mungkin kerana penat yang tidak hilang-hilang. Mungkin kerana bebanan perasaan yang kembali menyapa hati di saat-saat kritikal, bila mana saya terlalu perlukan rasionalnya sebuah minda.

Namun beberapa hari ini, pulang saya ke bilik tidak lagi kosong. Pulang saya membawa rasa rindu pada si kecil yang saya bawa bersama dari kampung. Si kecil yang saya ambil kerana kasihan melihat dia yang selalu terpaksa beralah pada adik-beradiknya yang lain bila saja disua sayur-sayuran. Si kecil yang berjaya membuatkan hati saya disapa keinginan untuk menjaganya walaupun di saat itu hati dan minda masih tidak senada dan seirama. Masih tetap mengingati. Masih juga terselit sedikit rasa walaupun sudah puas dirasionalkan dengan pelbagai alasan.

Si kecil putih ini, yang saya fikir menjadi pengubat untuk hati saya sekarang sudah sedikit gemuk berbanding beberapa hari yang lalu. Jika diikutkan, seekor arnab pasti sudah tidak tahan berlama-lama di dalam bakul tanpa dapat bergerak bebas seperti yang selalu ia dapatkan ketika duduk bersama-sama adik-beradiknya yang lain. Tapi si kecil ini, seolah-olah sangat mengerti keadaan saya. Walaupun saya mahu menjaganya, namun di waktu-waktu sekarang, lebih banyak masa yang terpaksa digunakan untuk menyiapkan fyp.

Di setiap pagi, sebelum saya bergerak ke lab, akan saya pesan padanya supaya jangan nakal-nakal semasa saya tiada. Jangan melompat-lompat keluar dari bakul. Duduk diam-diam, tunggu hingga saya pulang dari lab nanti. Itu pesan saya pada dia sambil membelai-belai kepalanya. Dan ia sangat patuh pada pesanan saya. Kecuali jika makanannya telah habis atau ketika ia mahu minum tapi air dalam bekasnya sudah tumpah.

Pernah sekali, sewaktu ingin membersihkan bakulnya, sengaja saya lepaskan ia bebas di dalam bilik dengan pintu terbuka. Sangatlah sukanya si kecil ini, kerana akhirnya dapat bermain-main di luar bakul kecilnya itu. Dari tengah bilik ia melompat-lompat ke bawah meja. Kemudian datang kembali ke tengah ke arah saya. Seolah-olah mengajak saya untuk bermain sama dengannya. Dan ketika saya sedang sibuk meletakkan suratkhabar sebagai lapik di dalam bakulnya, ia mula menuju ke pintu bilik. Melompat-lompat keluar.

" Eh, jangan keluar dari bilik. Mai sini, masuk-masuk. Sayang, masuk bilik. Jangan main kat luar tu,"

Dan dengan terkedek-kedek ia masuk semula ke dalam bilik selepas mendengar suara saya membebel.

Saya sekadar tersengih melihat telatahnya. Entah ia faham. Entah tidak. Tapi Mak pernah beritahu saya satu perkara yang saya mulai rasakan kebenarannya.

Satu ketika, perut saya terasa sangatlah sakit. Kebiasaan yang selalu dihadapi kaum hawa setiap bulan. Saya adukan pada Mak. Pada fikiran saya, sudah pastilah akan disuruh untuk menyapukan minyak panas pada bahagian yang sakit itu. Atau paling-paling tidak pun, botol mineral yang berisi air panas berbalut tuala kecil akan digolek-golekkan pada bahagian perut yang sakit seperti orang bertungku.

Tapi kali ini, petua Mak berbunyi lain sekali. Kata Mak, cakap pada perut, jangan sakit-sakit sangat. Pesan baik-baik. Saya sekadar memandang sambil tersenyum simpul mendengarnya. Mungkin melihatkan saya yang seperti tidak percaya pada kata-katanya, Mak mulai menyambung kembali bicaranya.

"Segala benda hidup kat dunia ini kan makhluk Allah. Walaupun anggota dan tubuh badan kita ini. Setiap benda yang Tuhan jadikan itu sebenarnya boleh mendengar. Walaupun darah yang mengalir dalam saraf kita ini. Jika ia tidak mendengar, pasti ia tidak akan dapat mengalir dengan baik mengikut arahan yang telah Allah berikan pada ia. Jadi, cakap elok-elok pada perut. Pesan supaya rasa sakit tu berkurang."

Dan syukur, selepas mengikut petua Mak. Sakit saya mulai berkurang. Dan saat ini, saya praktikkan pesan Mak itu pada si kecil ini. Saban malam sebelum tidur, akan saya dodoikan ia sebentar sambil bercakap-cakap dengannya. Walaupun ia tidak dapat membalas kata-kata saya, tapi matanya memandang saya seolah-olah ia faham apa yang saya katakan padanya.

Perasaan menjaga anak arnab ini, membuatkan saya terfikir. Mungkin beginilah agaknya perasaan seorang ibu bila telah mempunyai anak. Tambah-tambah bila cuti bersalin telah habis, dan terpaksa meninggalkan si anak yang masih bayi di bawah penjagaan orang lain. Tak sabar menanti tibanya petang, supaya dapat pulang dan bertemu si anak kecil. Dan sewaktu membuat kerja, teringat-ingat pula pada anak yang ditinggalkan.

Mungkin saya akan berfikir beberapa kali untuk meneruskan kerjaya bila sudah punya anak nanti. Tak sanggup lah nak biarkan anak dijaga oleh orang lain.





With Love,
iNz