Saturday, November 22, 2008

Que Sera Sera

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Si Gadis resah sendirian. Sudah satu petang dia begini. Gelisah dan resah seorang diri. Ada sesuatu yang bermain di mindanya. Ada sesuatu yang cuba diperkatakan oleh hati kecilnya. Cuma dia takut untuk mengakui kebenaran itu.



'Has it finally come true? Dreams that i had before, and this bad feeling. Was it going to end finally?.'



Sudah hampir sepuluh chapter komik online dibaca oleh Si Gadis. Sekadar untuk membuatkan mindanya berhenti membuat spekulasi-spekulasi tak berasas. Namun, ia tetap gagal. Si Gadis menghela nafas sendirian.



"You say I only hear what I want to:

I don't listen hard,

I don't pay attention to the distance that you're running

or to anyone, anywhere,

I don't understand if you really care,

I'm only hearing negative: no, no, no (bad)."



(Stay; Lisa Loeb)



Ringing tone lagu Terima Kasih Cinta berkumandang di udara. Si Gadis kebingungan. Lagu itu...



" Hello, ye tadi kenapa awak buzz saya kat ym ek?", kedengaran suara yang sudah lama hilang dari pendengaran Si Gadis berkata.



'Suara yang paling saya rindu!' getus hati Si Gadis.



"Oh, tak ada apa-apa. Awak dah balik ke?" Si Gadis berlagak biasa. Sekadar menyembunyikan kata hati yang mula berlagu sendu.



"Dah balik dah. Dah sampai rumah pun. Kenapa?" Si Jejaka bertanya lagi.



"Oh, tak apa lah. Tak ada apa-apa pun. Okay, bye," Hati Si Gadis disapa kehampaan yang amat sangat. Setelah beberapa lama, tak pernah disangka olehnya begini pengakhirannya. Terasa benar dirinya seorang asing dalam hidup Si Jejaka.



'So much of a fairy tale eh?'



Si Gadis bingung. Selama hampir dua minggu dia menganalisa setiap perubahan Si Jejaka yang membawa dia ke satu konklusi yang amat payah untuk dicerna oleh hati dan jiwanya. Perasaannya juga hampir mati sudah.



Dan denyutan di kepalanya semakin kuat...



***********************************************************************************

1 Message sent.



Saya nak tunaikan janji saya sebenarnya.

Nak bagi awak kek batik.

Tapi, awak da balik pulak.

Takpelah, kalo cmtu.

Cancel la kot. Have a nice holiday.

Salam.

-Gadis-



Sengaja Si Gadis memberi mesej tanpa perasaan. Ibarat mesej seorang teman biasa. Kerana itulah yang dia rasai sekarang. Konon ingin membuat kejutan buat Si Jejaka dengan memberinya kek batik berbentuk hati dengan huruf I dan U. Impiannya kini hanya tinggal debu-debu asing.



'Dan mungkin begitulah juga perasaan Si Jejaka', telah hati Si Gadis. Pasti.



Si Gadis tertawa kecil membaca balasan dari Si Jejaka. Ada nada rajuk di situ. Biarlah, kerana hati Si Gadis ini sudah lebih parah robekannya. Tiada keinginan untuk dia memujuk Si Jejaka.



'Hati sendiri luka berdarah, siapa yang tahu?'



Si Jejaka akhirnya mengingatkan kembali si Gadis supaya memulangkan kembali barang yang telah dipinjamnya selama hampir 4 bulan. Mesej tidak berperasaan dari Si Jejaka bagaikan mengiyakan kata hati Si Gadis.



Mesej biasa-biasa. Mesej bagai seorang kawan kepada kawan biasanya. Bagaikan tidak pernah ada apa-apa kenangan dengan Si Gadis.



'Biarlah. Mungkin memang sudah ini takdirnya.'



********************************************************************************



Mata Si Gadis sibuk menganalisa setiap status kawan-kawannya di ym sehingga akhirnya mata itu berhenti pada sebaris nama yang dirindui. Rindu yang menyakitkan.



Si Jejaka.



Entah kenapa, klik pada tetikus orennya menyebabkan satu panggilan ke komputer Si Jejaka berlaku. Si Gadis mula gelabah. Dia baru sahaja berazam untuk tidak berlembut hati lagi. Dan sememangnya hatinya juga sudah mula sakit-sakit dan luka-luka.



Si Gadis sedar, dia hanya insan biasa. Punyai inferiority complex yang kadang-kala agak teruk. Kenangan kehilangan Si Jejaka beberapa kali dalam hidupnya membuatkan dia rasa takut. Takut pada sepi sebuah perhubungan. Segalanya bermula dengan suatu jarak yang diadakan konon untuk memberi laluan pada komitmen lain. Namun, akhirnya sering kali akan membuatkan Si Jejaka mengalami sindrom 'Pencahayaan Agung'.



Sindrom di mana secara tiba-tiba Si Jejaka berasakan dirinya belum bersedia untuk memberi sebarang komitmen. Dan alasan itulah yang acapkali membunuh perasaan Si Gadis dalam diam. Dan kerana ketakutan itulah Si Gadis sering kali menjadi Si Pendiam & Pemikir Agung. Mencari salah dan silapnya. Mencari sebab musabab dan penyelesaian bagi hubungan mereka yang menemui jalan buntu untuk kesekian laginya.



Kali ini Si Gadis bertekad untuk menyelesaikan segalanya...



Si Gadis: Awak bizi tak besok? awk balik bile?

Si Jejaka: Bizi. Besok sy nak kuar dating ngn orang.

Si Gadis: oh, tak apalah kalo mcm tu. Nanti kuar dating elok2 ngn anak dara orang.

Si Jejaka: Nape?

Si Gadis: yela, kan awk nk kuar dating. jaga la anak dara org tu elok2

Si Jejaka: ye. terima kasih ats nasihat itu. sy tau jage diri sy baik2. insya Allah.

Si Gadis: so, kirenye kite ni da xde ape-ape la ek

Si Jejaka: hahahaha. nape awk ckp cmtu?

Si Gadis: yele, da awk suke2 ati je nak kuar ngn org lain.

Si Jejaka: ooooo. awk..... kalo kite mcm ni je bole tak?

Si Gadis: hahahaha. sy da agk da. kirenye kalo jumpe orang lain bole go on ke?

Si Jejaka: kalo awk da jumpe org len....then its up to u...

Si Gadis: oh. tapi sy da bosan. kite asyik break n off tru chatting or phone. sy cume ade permintaan je. bole awk janji somting ngn sy?

Si Jejaka: jnji?

Si Gadis: Besok, bile sy nk pulangkan brg awk tu, sy nak dgr dr mulut awk sendiri. Sy nak awk ckp depan mata sy ape yg awk rasa.
Si Jejaka: hahahaha. tak mungkin. sy takkn mampu nak ckp depan awk. awk tau kan kelemahan sy adalah awk.

Si Gadis: be a man.

Si Jejaka: sy takkan dpt ckp kt depan awk. mmg tak bole.

Si Gadis: kalo mcm tu biar sy yg endkan nanti bile kite jumpe. biar sy yg putuskan semuanya..

Si Jejaka: Uish, seramnye...

Si Gadis: Sb sy ni bkn brg. yg bole awk buang ke tepi bile awk tknk. sy pun ade harge diri jugak. n kalo pun awk mmg anggp sy ni mcm brg, at least letak elok2 dlm kotak and bngkus. u dont just slash out somebody's heart just like that in front of the monitor. kalo org tu btol2 syg n ade ati perut die takkan buat mcm ni. after all that we've been tru, ssh pyh n kredit yg terbuang. semuanya sia-sia belaka.



Si Gadis akhirnya tenggelam dalam emosinya. Luka semalam kerana peristiwa dulu kembali segar dalam ingatannya. Mungkin fobia dan kesedihan melampau menyebabkan Si Gadis kini menjadi seorang yang beku. Beku jiwa dan perasaan. Hatinya bagaikan sudah mati dan tidak dapat merasai apa pun. Baginya, berilah apa pun alasan. Cinta itu bagaikan asing untuknya.



Lagu Terima Kasih Cinta berkumandang lagi. Si Jejaka terus bersuara. Namun, ada getar dalam nada suaranya. Dan Si Gadis terus meluahkan segala yang terpendam di jiwanya. Tanpa sebarang ruang untuk Si Jejaka memujuk.



********************************************************************************





Apa guna kasih andai tiada kepastian?



Si Gadis tahu. Dia juga manusia biasa. Lama-lama akan terasa juga penatnya. Lama-lama, akan terbuka semula jahitan-jahitan luka. Kerana dia manusia yang punya memori. Walaupun acapkali memori itu tidak digunakan sepenuhnya tatkala belajar. Namun pengalaman yang pedih itu memang akan tersimpan dalam benak fikirannya. Dan bila mana Si Jejaka mula menunjukkan symptom-symtom yang sama, hati mana yang tidak akan resah? Hati mana yang tak diragut pilu? Sudahlah rindu yang terpendam di sudut hati dikuis-kuis tetap tak mahu berganjak.

Si Gadis sebenarnya mengharapkan suatu perbincangan dari hati ke hati. Tapi, mungkin kerana hatinya sendiri terlalu sakit maka kata putus itu yang terluah lewat bicaranya dengan Si Jejaka. Dia perlukan masa. Masa di mana Si Jejaka tidak menjadi prioriti hidupnya lagi, sebagaimana Si Jejaka mengharapkan Si Gadis untuk tidak menjadi prioriti hidupnya. Bezanya, Si Jejaka tidak tegar melepaskan Si Gadis berlalu kerana dia terlalu cinta.



Akhirnya terlerai sudah satu ikatan kasih yang dulunya diagung-agungkan. Mungkin kerana Si Jejaka masih belum bersedia dan Si Gadis sudah bosan menanti. Atau mungkin juga kerana Si Gadis terlalu kasihkan Si Jejaka dan melihat perpisahan itu satu jalan terbaik untuk mengembalikan cinta yang semakin pudar.





Entah mengapa, air matanya bagaikan kering untuk menangisi perpisahan yang entah keberapa kalinya dengan Si Jejaka. Secebis jiwanya mengharapkan kata-kata terakhir Si Jejaka untuk tetap mempertahankan hubungan mereka. Namun, Si Gadis sendiri tahu itu takkan pernah berlaku. Si Jejaka lebih suka tenggelam dalam emosi dan merawat luka hatinya sendiri.



Kata orang, biar masa yang menentukan. Dan jauh di dasar hati Si Gadis, dia tetap tahu cinta itu tetapnya milik Si Jejaka. Sampai kapan pun. Sampai nafasnya yang terakhir. Namun, cuma dia saja yang tahu itu. Mengertikah Si Jejaka bahawa hati, jiwa dan cinta Si Gadis hanya milik lelaki itu?...

Stay
You say I only hear what I want to.

You say I talk so all the time so.



And I thought what I felt was simple,

and I thought that I don't belong,

and now that I am leaving,

now I know that I did something wrong 'cause I missed you.

Yeah yeah, I missed you.



And you say I only hear what I want to

I don't listen hard,

don't pay attention to the distance that you're running

to anyone, anywhere,

I don't understand if you really care,

I'm only hearing negative: no, no, no.



So I turned the radio on, I turned the radio up,

and this woman was singing my song

lover's in love, and the other's run away,

lover is crying 'cause the other won't stay.

Some of us hover when we weep for the other who was

dying since the day they were born.



Well, well, this is not that;

I think that I'm throwing, but I'm thrown.

And I thought I'd live forever, but now I'm not so sure.

You try to tell me that I'm clever,

but that won't take me anyhow, or anywhere with you.



You said that I was naive,

and I thought that I was strong.

I thought, "hey, I can leave, I can leave."

Oh, but now I know that I was wrong, 'cause I missed you.

Yeah, I miss you.



You said, "You caught me 'cause you want me and one day you'll let me go."

You try to give away a keeper, or keep me 'cause you know you're just so

scared to lose.

And you say, "Stay."

And you say I only hear what I want to.
(Lisa Loeb)







9 comments:

  1. well.. u are talented writer.. keep it up yo..

    ReplyDelete
  2. OMG... cerita ini menyentuh jiwa... ur very talented. mcm terlalu real cerita ini

    ReplyDelete
  3. dear, wut actly had happened?
    will u tell me?
    i'll be back on monday maybe~
    c ya..

    ReplyDelete
  4. Shahrul Amri: terima kasih. kire kalo da bosan jadi engineer ade chance utk tukar profesion x? but u hv to b d first person who's goin to read my masterpiece.:P

    illy: uhu~ thanks illy~ maybe it seems real sbb it's a fragment daripada cerita-cerita yg dikutip & spjg jd pendengar & penganalisa mslh d utp. :P

    ZirCon gurL: :) bole wat novel tak agk2 zeti?

    lagenda biru: huhu..real fiksyen? mmg fiksyen semata-mata.

    ReplyDelete
  5. nUrHiDaYaH: dayah~ jgn wat spekulasi di sini. everything is fine. :D promise~

    ReplyDelete
  6. omg.sedih sgt.tibe2 rase sakit hati yang meluap2.tak pasal teremo.hee.
    bagus2.ada talent di situ.heehe.
    tulis lagi ok...

    ReplyDelete
  7. dayla: ;) tq~ another piece will come out soon. jgn lupe bace tau~ :D

    ReplyDelete
  8. omg cerita ini pesona amat!
    u go girllllllll!! ;)

    ReplyDelete