Lama rasanya tak menaip. oh, sibuk belajar untuk final exam. Melayan internet juga sudah malas. Sebab kalau sudah mula. Untuk mengakhirkannya sangat lah payah. Susah. Sukar.
Menonton cerita-cerita bersiri juga sudah malas.
Mengasingkan diri dalam dunia irc. Cukup nyaman dan menenangkan otak. Mungkin kerana ada air cond?
Entah.
Lama sudah juga tidak berhubung seperti selalu. Jarang-jarang. Kerana minggu ini minggu periksa.Bukan minggu berlibur.
Tapi rindu tetap ada. Tak pernah surut. Malah makin menggunung.
*esh..*
Esok makcik kesayangan bakal menjadi tunangan orang. Tapi hati, berbelah bagi. Ingin pulang meraikan. tapi jadual peperiksaan yang padat menyulitkan akal membuat pertimbangan.
Semua subjek membaca. Perlu konsentrasi untuk menghafal fakta-fakta penting.
Kalaulah boleh digoreng... *Puppy eyes* erm~
HRM, perlu habis malam ini juga. Esok perlu buat Latihan dan baca Cultural Anthroplogy juga.
Petroleum Explorationku? Uh.. Fakta yang tak mampu ku goreng tanpa pembacaan.
If I have the power to stop time. Mesti seronok kan? "-_-"
Saya sudah rindu rumah. Mak & Abah juga. oh, tak lupa adik-adik dan buah hati saya yang mungkin sekarang sudah besar. Tak sabar nak balik dan peluk mereka. (baca: buah hati itu anak-anak arnab saya ok.) dan cium mereka~ Saya memang suka cium binatang peliharaan saya. Cium itu kan tanda sayang. Macam seorang ibu akan mencium anak-anaknya kerana kasih. Dan si anak mencium pipi bondanya kerana sayang.
Eleh, tipulah kalau ada binatang peliharaan yang kamu sayang sangat tapi tak pernah peluk dan cium dia. Kan? kan? Lagi-lagi yang comel. Macam anak-anak arnab saya. Putih dan gebu~
Entri paling merepek. Maaflah kerana buang masa kamu-kamu untuk membaca nya.
*Baru teringat*. Orang di sana apa khabar agaknya ye??
Si kecil ini namanya Dhia Amani. Ada nama macam watak dalam novel tak? hee ;P Ini dua pupu saya yang baru berusia plus minus 3 bulan lebih. Rindu. Rindu. rindu pada semua yang disayang.~ Tak sabar nak balik dan bersua muka.
With Love,
iNz
No comments:
Post a Comment