Alhamdulillah.
Syukur. Dah hampir akhir bulan Ogos. Dah nak akhir tahun. Dan baru kali ini lah saya berkesempatan untuk membebel di blog.
Udah bersawang gamaknya blog ni. Warna pun suram je. Sesuram hati saya waktu mula-mula membukanya. Tapi saya akan tukar template blog selepas ni. Kerana saya bercadang untuk menyimpan momentos-momentos dan anekdot-anekdot menarik dalam kehidupan saya mulai sekarang.
Harap-harap dapat kekal dengan address ini sampai bila-bila. Sampai dah tua bangka nanti. Dan bila dah bercucu, boleh tunjuk pada cucu cicit,
"Nilah Granny Bella punya blog. Awesome tak?"
HAHA.
Okay, berangan sekejap. Abaikan. Cucu pun akan muntah kalau neneknya membahasakan diri sebagai Granny Bella.
*Pengsan*
Beralih Angin
Beberapa perkara besar berlaku di sepanjang 2-3 Bulan ini untuk saya. Tak. Bukan isu tunang/kahwin. Yang itu belum lagi.
Insya Allah akan diumumkan bila tiba masanya nanti (ecewah. ayat artis gitew!).
3 bulan sudah saya telah mengambil keputusan yang agak besar dalam hidup saya. Itu pun setelah membuat timbang tara selama hampir 5 bulan.
Biasalah, hati. Berbolak-balik.
Jadi, saya telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai seorang Jurutera Proses dan Kualiti di salah sebuah kilang pembuatan kereta di Malaysia pada Jun lepas selepas mengambil kira pelbagai aspek. (kononnya)
Mengapa?
Kerana saya ingin bertukar ke bidang akademik. Saya kira tahun ini adalah tahun terbaik untuk beralih arah. Tahun lepas saya masih agak ragu-ragu lagi memandangkan usia di alam pekerjaan baru mencecah 2 tahun.
Dan saya ingin kembali ke bidang asal saya iaitu Kejuruteraan Kimia. Lari bidang woo kerja selama 3 tahun ni.
HAHA.
Tak mengapa.
Ada banyak benda yang jika difikir semula, telah membentuk diri saya menjadi lebih matang. More to soft skills. Mungkin skill teknikal tidak banyak dapat digunakan di bidang akademik nanti.
Pelbagai benda yang saya belajar selama bekerja di sana. Nanti saya akan kupas satu per satu.
Insya Allah.
Harap-harap ingatlah. Kalau lupa terpaksa pecah otak recall semula.
Jadi, minggu terakhir saya bekerja di sana adalah pada minggu akhir bulan ini!
Yippe!
Kebahagiaan terserlah nyata.
HAHA.
Tetapi, harapan untuk bercuti seminggu sebelum masuk belajar semula adalah tipis!
2HB saya sudah kena lapor diri ke universiti tempat saya menyambungkan pelajaran.
Jadinya, September ini akan menjadi batu penanda baru dalam hidup saya. Well, sebab saya sudah berjaya capai target untuk menjadi Jurutera selama 3 tahun sahaja. Dan target selepas itu beralih ke bidang akademik.
Syukur, dipermudahkan.
So,
(in advance)! =)
Bi iznillah.
No comments:
Post a Comment