Friday, January 25, 2013

A new planning for Twenty Thirteen

Salam Tengah hari!


Okay, Blog lama masih wujud lagi. Cumanya mahu bertukar angin ke blog baru. Sudah 24 hari berlalu dalam tahun 2013. Masih in denial umur sudah bertambah 1 tahun. *Facepalm..

Career planning rasanya sudah bertukar arah. Terasa penat menjadi jurutera. Kemungkinannya tak cukup fit dan terlalu penat. Rindu waktu untuk bersosial di blog sendiri. Bergossip bersama teman rapat (Gosh, benda ni patut dah stop!) dan paling penting my own sweet time untuk diri sendiri dan family. 

Saya masih ingat lagi, cita-cita paling besar dalam hidup adalah untuk menjadi suri rumah pada usia 24 tahun setelah graduasi. (Jangan gelak. Ini real life confession babe.)

Dan kerana cita-cita yang terlalu tinggi itulah saya dimarah dan dibebel Mak. Katanya, buat apa belajar susah-susah, ambil Engineering kalau lepas grad mahu duduk rumah dan jaga anak saja. Kan? Betul jugak kata Mak tu. Maklumlah, waktu itu kononnya sudah ada pengarang jantung hati; yang terlintas cuma mahu kahwin, duduk rumah dan jaga anak. 

Tapi kenapa perlu degree kalau itu asal cita-citanya?

Kenapa?

Justifikasi saya pada zaman mentah dahulu:

1. Bukan sekeping scroll yang menentukan kehidupan kita. Tetapi sebenarnya pengalaman yang dikutip sepanjang sesi pembelajaran. Segala yang ditempuhi itu akan membentuk cara berfikir dan corak kehidupan yang ingin dilakar di kemudian hari. Walau pun kebanyakannya boleh dikatakan teoritikal; but hey, daripada teoritikal itulah sekurang-kurangnya kita akan mendapat sedikit gambaran tentang kehidupan yang kita ingin bina kelak.

2. Disebabkan kehidupan zaman kanak-kanak saya lebih 90% di bawah jagaan Nenek kerana Mak Abah bekerja; jadi saya mempunyai rasa iri hati kepada kawan-kawan seusia yang setiap hari membawa bekal yang dimasak oleh mak-mak mereka ke sekolah, balik sekolah di ambil Mak, kerja sekolah dipantau ketat Ibu Ayah. Waktu itu terasa seperti Ibu Ayah mereka lebih memahami anak-anak kerana mempunyai masa yang lebih untuk dihabiskan bersama-sama.

3. Berbanding dengan Ibu-ibu suri rumah yang lain, Mak lebih rasional dan sangat realistik. Jangan harap ingin bermanja tak tentu pasal. Atau menangis disebabkan oleh hal-hal kecil. Disebabkan saya anak sulung, makanya sejak kecil telah diajar supaya tidak mudah mengalah atau menangis untuk perkara-perkara remeh. Lebih-lebih lagi jika itu memang salah sendiri.

Contoh: Lutut berdarah teruk kerana bermain. Biar besar mana koyakan luka, atau hingga cebisan daging tertanggal; setitis air mata pun tidak mengalir. Sakit itu ditelan sendiri.

Pengurusan dan didikan emosi itu tidak dapat dijalani sepenuhnya kerana Mak yang sibuk bekerja (8.8 jam) di pejabat. Hanya berjumpa pada waktu malam. Dan saya tidur awal. Jadi, pada pada waktu beberapa jam setiap hari itu, didikan dan pengurusan emosi teramat sedikit. 

4. Maka penghasilan daripada itu; saya menjadi seorang yang teramat-amat degil. Bertambah degil apabila meningkat remaja. Bukan lah degil untuk perkara-perkara buruk. Tapi lebih kepada keputusan tentang kehidupan saya. Jika saya rasa itu yang terbaik; justifikasi orang lain akan ditolak mentah-mentah.

Tetapi jangan salah faham; hasil didikan itu jugalah saya menjadi siapa saya hari ini. Cuma tahap kedegilan sudah berkurang selaras pertambahan usia. Saya belajar untuk mendengar dan memahami dengan lebih baik.

Makanya saya berkeputusan untuk menjadi ibu rumah tangga kerana inginkan anak-anak saya kelak dicorak mengikut acuan yang saya inginkan. Bukan sesiapa yang menjaganya.

Dan jujurnya, walau sebelum saya berumur 23 tahun lagi saya sudah mempunyai pre-plan untuk pendidikan anak-anak saya.

Dan mungkin atas dasar itu jugak lah saya menghadapi masalah untuk menerima seseorang di dalam hidup. Dulu terlalu idealistik. 

Tapi rasanya sekarang sudah lebih balance. Insya Allah. Allah tahu yang terbaik.

Eh, tajuk new planning untuk dua ribu tiga belas. Tapi bercerita tentang anak-anak? ohoho.

Malas nak tukar tajuk.

PS: Tahun ini mahu pastikan setiap malam akan baca buku paling kurang 2 mukasurat, balik kerja paling lewat jam lima setengah petang, membuat rumusan segala tugas harian sebelum pulang, dan  belajar memahami dan menjadi considerate untuk insan-insan tersayang dalam hidup.

No comments:

Post a Comment