Saturday, January 26, 2013

Perasan Muda.


Salam.

Petang tadi saya pergi bersiar-siar (baca: skema) bersama teman baik; cik NSA di SCM (baca: Setia City Mall). 

Hajat di hati ingin mendapatkan Roti Boy semua perisa (tamak boleh tahan) dan melepak di sana sambil-sambil mengusha pengunjung di sana.

Haha.

Jangan salah faham. Maksud mengusha di sini bukan mencuci mata melihat jejaka tampan atau jambu seperti pelakon korea kegemaran saya. No. No. No.

Tetapi mengusha adik-adik perempuan yang berfesyenista sakan habis. 

Seronok ok! I get to see all kinds of fashion disaster ever! 

*Gelak Jahat.

Atau pun jika nasib baik, boleh melihat drama swasta (baca: bergaduh/merajuk) lakonan adik-adik yang bercouple. Dan lepas tu geleng kepala bersama-sama. Hihi. Sungguh tak ada kerja. Kan? 

Tetapi sebenarnya memerhati keadaan sekeliling termasuk manusia akan membantu kita untuk menjadi pemerhati dan penganalisa yang baik. We will learn to read people eventually. Trust me. And this is obviously an exciting activity to do when you've got all the time but don't know how to spend it well. lolz.

Anyway, kami berdua akhirnya terperangkap bermain bowling sebanyak 2 set. 2 set setelah bertahun tak main bowling dan memang sumpah lah kaki bangku. Haha.

Tak apa, kita sahut cabaran.

Kebetulan jiran sebelah lane semuanya adik-adik UiTM (I assume) kerana begitu bersemangatnya mereka bersorak bila dapat spare (je pun) atau strike dan bermain sambil memakai kemeja siap bertali pinggang dan berseluar slack hitam. Haha. Makanya emosi sedikit terganggu. Bukan apa, takut kena gelak berguling je dengan diorang sebab akak-akak ni kaki bangku. Sadis.

Selepas masuk game ke-dua, kelihatan salah seorang daripada mereka menegur kawan baik saya. Eh, eh. Dah agak dah. Sebab dari tadi duk terpandang-pandang kan, macam nak cakap sesuatu.

A: Akak, akak tumpang tanya boleh?

NSA: Boleh. Ada apa?

A: Akak selalu datang sini ke? 

NSA: Boleh tahan jugakla.

A: Akak duduk mana?

NSA: Shah Alam.

A: Ooo. Belajar lagi ke dah kerja?

NSA: Belajar lagi.

A: Err..kawan akak tu?

NSA: Dah kerja.

A: Oo..dah kerja? Dia tak sambung belajar lagi ke?

NSA: Tak. Dia dah kerja.

A: Kenapa dia tak sambung belajar lagi?

NSA: Sebab dia dah kerja. Akak yang sambung belajar lagi. (Takkan kau tak faham-faham ke bahasa Melayu dik?Dah ulang dua kali ni. Pelik-pelik).

A: Oo. Dia tak nak sambung belajar lagi ke?

NSA: Entah. Tak kot. Sebab dah kerja.
.
A: O. Ok. Takpelah kak. Terima kasih. Balik dulu ye.

Saya: (curi-curi pandang waktu hayun bola sambil berfikir apa benda budak ni borak dengan kawan aku)

Habis bermain, cik NSA tersengih sambil ketawa bercerita dialog di atas.

Rupa-rupanya kawan-kawan budak tu suruh dia belajar main bowling dengan saya sebab tak tau main.

Ahahah.

Kelakar gila. Apa kes nak berguru dengan saya yang main bowling 2 tahun sekali ni? Dan selepas bermain sengaja saya toleh ke kaunter untuk melihat respon budak-budak tersebut selepas mereka menghantar kasut ke kaunter. Ler, diorang pun sibuk jugak nak pandang sini.

Lepas tu terserempak pulak lagi di luar surau selepas solat maghrib. Haha. Kelakar. Sibuk jugak nak tengok-tengok. Saya pun mengada jugak nak tengok balik.

Lepas tu kena tarik tangan dek cik NSA. 

NSA: Gila ke? Yang pergi tengok balik buat ape?

Saya: Haha. Tak la. Tadi tengok macam kenal. Sebab tu tengok. Budak-budak tu rupanya.

NSA: Dah. Dah. Budak-budak tu. Nak buat apa. Kalau sebaya tak pe jugak.

Saya: kan? (sambil sengih). Apela. Anak ikan. Lolz.

Baca: Dialog telah diubahsuai kerana ingatan berkurangan dan lebih bersopan santun.

Dan saya rasa kenapa budak tu berulang-kali tanya saya tak nak sambung belajar lagi ke; mesti kes dia ingat saya ni terus kerja lepas SPM. #Facepalm. Kau tahu tak akak berpenat lelah, jerih perih nak lalui 4 tahun yang susah tu semata-mata sebab sekeping skroll tu je? Adoiyai.

Kesimpulan: Bila keluar dengan t-shirt, jeans dan cardigan dan tanpa make-up walaupun eyeliner akan membuatkan anda nampak lebih muda dan remaja. Kesian. Ingat kitorang ni akk senior Undergrad korang ke? Ni super duper senior la. Hehe.

Friday, January 25, 2013

A new planning for Twenty Thirteen

Salam Tengah hari!


Okay, Blog lama masih wujud lagi. Cumanya mahu bertukar angin ke blog baru. Sudah 24 hari berlalu dalam tahun 2013. Masih in denial umur sudah bertambah 1 tahun. *Facepalm..

Career planning rasanya sudah bertukar arah. Terasa penat menjadi jurutera. Kemungkinannya tak cukup fit dan terlalu penat. Rindu waktu untuk bersosial di blog sendiri. Bergossip bersama teman rapat (Gosh, benda ni patut dah stop!) dan paling penting my own sweet time untuk diri sendiri dan family. 

Saya masih ingat lagi, cita-cita paling besar dalam hidup adalah untuk menjadi suri rumah pada usia 24 tahun setelah graduasi. (Jangan gelak. Ini real life confession babe.)

Dan kerana cita-cita yang terlalu tinggi itulah saya dimarah dan dibebel Mak. Katanya, buat apa belajar susah-susah, ambil Engineering kalau lepas grad mahu duduk rumah dan jaga anak saja. Kan? Betul jugak kata Mak tu. Maklumlah, waktu itu kononnya sudah ada pengarang jantung hati; yang terlintas cuma mahu kahwin, duduk rumah dan jaga anak. 

Tapi kenapa perlu degree kalau itu asal cita-citanya?

Kenapa?

Justifikasi saya pada zaman mentah dahulu:

1. Bukan sekeping scroll yang menentukan kehidupan kita. Tetapi sebenarnya pengalaman yang dikutip sepanjang sesi pembelajaran. Segala yang ditempuhi itu akan membentuk cara berfikir dan corak kehidupan yang ingin dilakar di kemudian hari. Walau pun kebanyakannya boleh dikatakan teoritikal; but hey, daripada teoritikal itulah sekurang-kurangnya kita akan mendapat sedikit gambaran tentang kehidupan yang kita ingin bina kelak.

2. Disebabkan kehidupan zaman kanak-kanak saya lebih 90% di bawah jagaan Nenek kerana Mak Abah bekerja; jadi saya mempunyai rasa iri hati kepada kawan-kawan seusia yang setiap hari membawa bekal yang dimasak oleh mak-mak mereka ke sekolah, balik sekolah di ambil Mak, kerja sekolah dipantau ketat Ibu Ayah. Waktu itu terasa seperti Ibu Ayah mereka lebih memahami anak-anak kerana mempunyai masa yang lebih untuk dihabiskan bersama-sama.

3. Berbanding dengan Ibu-ibu suri rumah yang lain, Mak lebih rasional dan sangat realistik. Jangan harap ingin bermanja tak tentu pasal. Atau menangis disebabkan oleh hal-hal kecil. Disebabkan saya anak sulung, makanya sejak kecil telah diajar supaya tidak mudah mengalah atau menangis untuk perkara-perkara remeh. Lebih-lebih lagi jika itu memang salah sendiri.

Contoh: Lutut berdarah teruk kerana bermain. Biar besar mana koyakan luka, atau hingga cebisan daging tertanggal; setitis air mata pun tidak mengalir. Sakit itu ditelan sendiri.

Pengurusan dan didikan emosi itu tidak dapat dijalani sepenuhnya kerana Mak yang sibuk bekerja (8.8 jam) di pejabat. Hanya berjumpa pada waktu malam. Dan saya tidur awal. Jadi, pada pada waktu beberapa jam setiap hari itu, didikan dan pengurusan emosi teramat sedikit. 

4. Maka penghasilan daripada itu; saya menjadi seorang yang teramat-amat degil. Bertambah degil apabila meningkat remaja. Bukan lah degil untuk perkara-perkara buruk. Tapi lebih kepada keputusan tentang kehidupan saya. Jika saya rasa itu yang terbaik; justifikasi orang lain akan ditolak mentah-mentah.

Tetapi jangan salah faham; hasil didikan itu jugalah saya menjadi siapa saya hari ini. Cuma tahap kedegilan sudah berkurang selaras pertambahan usia. Saya belajar untuk mendengar dan memahami dengan lebih baik.

Makanya saya berkeputusan untuk menjadi ibu rumah tangga kerana inginkan anak-anak saya kelak dicorak mengikut acuan yang saya inginkan. Bukan sesiapa yang menjaganya.

Dan jujurnya, walau sebelum saya berumur 23 tahun lagi saya sudah mempunyai pre-plan untuk pendidikan anak-anak saya.

Dan mungkin atas dasar itu jugak lah saya menghadapi masalah untuk menerima seseorang di dalam hidup. Dulu terlalu idealistik. 

Tapi rasanya sekarang sudah lebih balance. Insya Allah. Allah tahu yang terbaik.

Eh, tajuk new planning untuk dua ribu tiga belas. Tapi bercerita tentang anak-anak? ohoho.

Malas nak tukar tajuk.

PS: Tahun ini mahu pastikan setiap malam akan baca buku paling kurang 2 mukasurat, balik kerja paling lewat jam lima setengah petang, membuat rumusan segala tugas harian sebelum pulang, dan  belajar memahami dan menjadi considerate untuk insan-insan tersayang dalam hidup.

Thursday, January 24, 2013

Welcome 2013

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Wow. The last entry was in 1st Dec twenty twelve. Amazingly, I was too occupied with life that I did not seriously trying to find some time to update here. Well,  I guess probably because I have my own personal 'dear diary' kot. Heh.

Anyway, it is already 24th January.

Azam tahun baru? Ada. Simpan kemas-kemas dalam kocek. Butang. Supaya tak jatuh dan hilang.

Twenty Thirteen, please be good to me! :)

Praying for a better love life & career.