Monday, February 7, 2011

Memory is a way of holding on to the things you love, the things you are, the things you never want to lose.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Selepas membaca satu entri di blog kawan se-universiti merangkap teman serumah saya yang saya panggil Kak Sue, entah kenapa tiba-tiba rasa terpanggil untuk membuat satu entri.

Tak. Ini bukanlah satu entri pengakuan berani mati saya tentang luahan cinta selepas beberapa kali membuat keputusan untuk menolak calon-calon yang tersenarai disebabkan tiada keserasian dan ada di antara mereka tidak dapat melepasi syarat pertama process screening yang saya jalankan secara senyap dan diam.

Saya boleh jadi seorang yang sangat ignorant. Itu jika perkara/tempat/manusia tersebut tidak dapat membentuk satu perasaan 'sense of belonging' dalam diri saya. Ya, saya akan jadi manusia paling ignorant dan melelahkan sekiranya kamu menganggap saya penting tetapi sebaliknya untuk saya.

Tetapi saya juga boleh jadi seorang yang sangat observant. Jika saya rasa perkara/individu tersebut mempunyai sesuatu yang boleh menarik hati dan minda saya untuk berfungsi dengan lebih optimum. Living things are always enjoyable to be watched. But it depends on the subject itself. Tak begitu?

Berbalik kepada perkara di atas, screening yang saya lakukan mungkin tidak sempurna. Mungkin ada cacat celanya di mana-mana. Tapi jika setakat itu kemampuan saya untuk menilai (yang mungkin teruk dan berada di bawah paras sifar jika dibanding dengan orang lain) apalah salahnya kan? Setiap insan punyai hak untuk menilai. Walau pun mungkin nilaian itu silap dan berat sebelah. Atau sama sekali salah dan tak masuk akal, tapi disebabkan ini hidup saya. Maka saya bertanggungjawab untuk menentukannya. Harus bagaimana nantinya kehidupan dunia saya dicorakkan.Dan harus bagaimana pula kehidupan akhirat saya ditentukan.

Dan tidaklah saya menilai dari sudut keduniaan atau sifat kemanusiaan semata-mata. Neraca Islam itu tetap menjadi asasnya. Dan paling penting, hati. Perlu berada di dalam kondisi yang sepatutnya.


Cakap-cakap Orang

Baru-baru ini saya menjadi rapat dan baik dengan seseorang. Dalam waktu yang singkat. Walaupun rasanya seolah-olah laluan takdir juga memudahkan perjalanan persahabatan kami, tetapi cakap-cakap orang sekeliling sudah mula mengelirukan hati saya.

"Baik semacam aje..ada apa-apa ke?"

"Kau orang ni nampak sesuai la..eloklah tu.."

"Amboi, mesranya.." (sambil tersenyum simpul)

(di atas adalah contoh usikan)

"Dia tak cakap apa-apa ke? Tak confess??"

"Tak. Betul, serius dia layan kami lain. Dia layan awak lain.."

(ini pula kata-kata serius teman-teman lain)

Pernah satu hari saya duduk berfikir. Sehingga pening kepala. Kerana memikirkan status hubungan kami. Yang terlafaz dan termaktub secara lisan, kami ialah kawan baik. Orang putih kata; BFF. Bestfriend Forever.

Dan jika dianalisa pun, saya tak pernah berasa istimewa sebagaimana selayaknya seorang teman istimewa. Dan tidak pernah juga saya ditanya oleh dia secara direct.

Jadi, selagi tiada hitam putih, maka tidaklah saya berusaha untuk bertanya, "awak suka saya lebih dari seorang kawan baik tak?"

Kerana itu tidak pernah ada dalam kamus hidup saya. Dan secara semulajadinya, pemikiran saya tentang lelaki; he will say it if he feels it.

Itu yang diajar Mak pada saya. Tak perlu membuang masa menebak hati orang. Kalau orang betul-betul suka, dia akan beritahu kita. Kalau tak ada pemberitahuan, maka mungkin chemistry/ sparks yang terpercik itu cuma lah asbab yang menyebabkan terjalinnya hubungan yang lebih ikhlas; persahabatan.

Oh, kata-kata orang telah berjaya mengelirukan hati suci saya tentang hubungan kami. Kerana saya pernah juga mendengar;





Kalau lah bisa saya buka lipatan hidup saya yang tersimpan di Loh Mahfuz milik Allah azzawajalla, tidak lah perlu saya menilik setiap kata-kata orang sekeliling dan terdekat tentang hubungan kami. Kerana saya akan pasti dan tahu siapa dia imam yang akan menjaga dan mengetuai baiti jannati saya di ketika itu nanti.

Dan saya juga akan lebih pasti untuk memberi cinta di hati ini kepada siapa. Untuk menyayangi itu tidak sukar, jika namanya teman dan sahabat. Untuk berada di sisi saat senang dan payah tanpa mengharapkan balasan juga bukanlah sesuatu yang pelik jika namanya persahabatan.

Maka bagi saya, tidak ada salahnya jika kita mengasihi dan memberikannya yang terbaik. Selagi mana namanya sahabat. Kerana sesungguhnya, itu juga suatu nikmat dari Allah. Tanda kasihnya Dia pada kita.

Satu saja pengharapan di hati,

semoga setiap hubungan yang terjalin yang bernama persahabatan itu tetaplah kekal terjalin hingga hembusan nafas terakhir. Walau pun mungkin suatu masa, masing-masing akan punya kehidupan sendiri, sibuk dan tak punya masa yang lapang untuk sering bertemu cukuplah untaian doa sebagai tanda ingatan yang tak pernah putus.

tanda ikhlasnya sekeping hati menyayangi..



No comments:

Post a Comment