Sunday, December 12, 2010

dugaan

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

herm. dugaan semakin mencabar. akhir treatment, diuji dengan silam yang paling benci untuk diingati. mungkin benar ia masih lagi jadi salah satu titik lemah hingga kini. dan atas dasar itu, saya diuji lagi. bukan kerana Allah tidak sayang. Tapi kerana Dia benar-benar mahu bersihkan & sucikan hati serta jiwa saya. jika jauh dari suci, bagaimana harus digapai cinta Dia yang terlalu agung ini?

saya memang bukan seperti bidadari di syurga yang langkahnya anggun. terpelihara dan suci dari segala noda. saya juga jauh tarafnya andai diletakkan di sebelah wali-wali kekasih Dia. saya cuma manusia biasa. yang ada pasang surutnya iman. yang terkadang lurus melangkah, tapi selalu juga tersadung batu-batuan di jalanan.

setahun lamanya menanti, bila agaknya masa untuk berada di jalan itu, selepas saya menarik diri kerana khilaf yang terlalu berat untuk ditanggung. sendiri, berusaha menarik jiwa agar kembali hidup di atas paksiNya. sendiri, merangkak dengan penuh kepayahan mencari kembali NurNya. yang dengan mudah saya campak pergi dahulu.

silam itu rupanya belum terhapus lagi. hanya saja saya benamkan separuh mati di dasar otak agar tidak akan pernah timbul kembali menggoyah keyakinan diri yang baru berputik.

saya memang bukan malaikat. tapi saya juga bukan manusia yang lupa hakikat asal kejadian insan di bumi Tuhan ini.

there's a price to pay when we want something right?


No comments:

Post a Comment