Monday, September 27, 2010

happy.


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

*smiling*

got new phone! ehe.

tu je nak bagi tau.

(i knoowww.....lame isn't it? but who cares anyway. it's my blog. ahah).

bye my lil k810i. m gonna miss u soon. haih, u had me from 2008-2010. oh-oh, gotta go to sleep now. already late. just finish reviewing the action plan for hino.

guess have to switch to working mode now. enough playing for two days. :) eh, no...two and a half days lah. ;p

p/s: wonderin how's ur life now...hopefully in the best condition. i guess i still can't get over it huh? two years. almost. and still thinking......takpe lah. Allah knows the best aite? i know im gonna get the answer sooner. everything happens for reasons.

Wednesday, September 22, 2010

post-raya entry


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

fuh. a tiring week i would say for this week. but still satisfy me. :) the only thing that i don't really favor is; having to wake at 5 o'clock in the morning..and drive off to office at 6.10 am.

the mission is: to reach guthrie before 6.30 am. ouch.! the first two weeks, i was kinda nervous because i can't really arrange the timing. but as few days, driving along the guthrie, i have become more comfortable now. and able to do the calculation. thank God.

all in all i feel blessed for everything in life. alhamdulillah. all we need in this life is patient and perseverance. and believe that Allah always know the best for us. insya allah everything will be okay and running smoothly. provided that we do our best in everything lah. including ibadah. :)

Sunday, September 19, 2010

kisah cinta sejati



in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

baca dan hayati. :)

***

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

ps: Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Syahira di Forum Tentang Cinta.

Friday, September 17, 2010

runsing


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


ok. that's it. enough for today. i wanna start a new day. without u in the picture. end of story. (kalau lah semudah itu). haih. i hate u for everything. (tak logik plak sebab dia tak bersalah) habis tu siapa yang salah? masa? keadaan? tak kan la diri sendiri (confirm tanak mengaku beb).

kenapa agaknya ye Tuhan temukan saya dengan dia? saya tengah fikir ni, what good has he bring to me. serius lah. nak marah tapi tak boleh. sebab tak sampai hati. setiap yang berlaku ada sebabnya. tapi saya masih tak jumpa lagi kebaikan bertemu dia. Tuhan, kenapa saya kenal dan baik dengan dia?

apa pelajaran yang saya dapat daripada dia tentang kehidupan?

runsing. T___T

Tuesday, September 14, 2010

rambling.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

pulang ke rumah sekejap untuk menyiapkan report. kononnya. tapi sampai sekarang masih melekat di depan laptop. aduhai.

ok, this one is last. setelah mengalami sakit perut yang agak lama dan perubahan hormon yang menakutkan. sekejap marah, sekejap nak jerit kat orang lain. akhirnya saya terpaksa membatalkan puasa 6 pada hari ni. patutlah tadi beriye je rasa nak batalkan puasa. gerak hati dah bagi hint rupanya. tapi otak lambat sikit nak proses untuk bahagian reasoning. sekarang baru tahu.


bila fikir-fikir balik. hidup pun begitu juga. Allah dah bagi hint-hint pada kita lama dah. cuma kita je yang tak boleh nak digest lagi hint-hint tu dek kekurangan ilmu di dada. bukan setakat kurangnya ilmu, kadang-kadang ilmu ada tapi kurang pulak beramal. kadang pulak, bila beramal, tahap keikhlasan pula jadi isu. em, bukan mudah untuk jadi hamba Tuhan yang terbaik. jalan ke syurga tu memang selalu penuh duri-duri.

dah melalut. tapi memang posting kali ni pun tak tau nak tulis apa. sekadar melepaskan rasa gian nak menulis je. nak kupas isu terkini; kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya. rasa terlalu berat. otak malas mahu berfikir, raya-raya gini.

tapi selepas ramadhan, memang ada azam terbaru menanti. because it's too personal, i cant just simply write it here.

"orang yang paling berguna ialah orang yang paling berbakti kepada keluarganya"

-hadith 40-



Friday, September 10, 2010

1st syawal 1431

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

alhamdulillah. sampai jua ke 1 syawal 1431. selamat menyambut eidul fitri minal aidin wal faizin. semoga disambut penuh kesyukuran dan ramadhan yang berlalu pergi bakal menjadi titik tolak kekuatan diri menjadi hambaNya yang terbaik. di dunia dan akhirat. insya allah.

syahdu rasanya hati. pertama kali beraya berempat. tanpa adik yang telah kembali ke sisi Pencipta pada Mei lalu. Perginya yang terlalu mengejut memang amat berat dirasakan awal-awal. ibarat seperti bermimpi. mimpi yang tak ingin dihadapi. tetapi hakikat kehidupan mengingatkan kita pada sebuah janji yang tak mungkin termungkiri. janji bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. dan waktunya tidak cepat dan tidak lambat.

sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. maka atas dasar iman & percaya pada qada' dan qadarNya, hati perlahan-lahan meredhai pemergian adik dan belajar menerima ketentuan takdir Ilahi bahwa yang tersurat itu adalah yang terbaik untuknya. juga untuk kami sekeluarga.

Alhamdulillah. segalanya bertambah baik sekarang. cuma saya. saya ni masih lagi bertatih dalam meniti hidup untuk jadi yang terbaik disisi Tuhan. bila agaknya hati betul-betul kukuh menggenggam erat syariat Tuhan? bila agaknya saya bisa menjadi seorang anak, kakak, teman, sahabat, cucu yang terbaik? yang menjadi menyejuk mata & penawar di jiwa mereka yang saya kasih dan cinta. harta yang saya ada di dunia ni.


tentang suasana baru di tempat baru. honestly, semua tempat lebih kurang sama je. cuma adalah sikit lainnya di sini. tapi saya bersyukur sangat. sekurang-kurangnya saya masih rasa keputusan untuk transfer itu tetap yang terbaik dari Dia. di mana-mana pun tetap kena berusaha kan? tetap ada pro dan kontranya. terpulang kepada kita bagaimana mahu mengolah yang ada menjadi permata berharga. everything is up to us.

semoga kehidupan sentiasa dibawah lembayung kasih dan rahmatNya. semoga bahagia itu tetap mewarnai kehidupan biar sepahit mana ujian yang dihadapi. amin~

p/s: thanks for the prayer. and i will always pray for your happiness too. in this life & hereafter. God bless.


enjoy this sweet video.. ;)

Wednesday, September 8, 2010

back again.

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


haha. gile ah. ku pikir-pikirkan suda mau kututup ini belog. tapi malangnya bila baca kembali posting2 yg dulu. rase nak gune balik lah. tak2. utk personal jek. membebel sorang2 then bace sorang2 gak. then sengih sorang2 . tak pun pasan sensorang. hua3.


hahaha. tak sangka. angau teruk gak ek dulu masa jupa abg fahmi. ganas. tak pernah2 aku camtu. die, selalu la kot. haha. pantang nampak perempuan cantik. semua nak kenal buat calon. hehu. pape jela abg oi.

skang da normal. tpi aku melarang diri aku sekerasnya kuar ngn die da. bahye. taleh3. nt ulat bulu naik daun. haish. ati ni da la lembut cam kapas. napak je keras tade perasaan. tu lakonan semate-mate. wawawawa....







Yours Truthfully,Misz iNz

Monday, September 6, 2010

hati I

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

.rindu.

tiba-tiba didatangi sakit rindu. macam hembusan angin bayu.

entah orang ingat kat kita atau tak.

apa tah lagi nak rindu. kan?

fu fuh.

cepat pergi wahai rindu.

tempatmu bukan di sini.

belum masanya lagi.

ada urusan lain yg lebih penting dalam hidup ini.

dan untuk ini, saya serahkan pada Dia.

kerna Dia lebih mengerti & memahami hati hamba-hambaNya.




Friday, September 3, 2010

hatimu untuk siapa?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

semalam, seharian saya panasaran. serba tak kena. rasa ingin tahu yang sangat membuak-buak di dalam hati membuatkan saya tak senang duduk. tak ubah seperti cacing kepanasan. sehingga ke malam hari, rasa itu masih tidak mahu pergi-pergi. bagai melekat di relung hati. aih..

sudahnya, saya tidur. mengambil jalan melarikan diri. the best way ever. since ages. heh. memang masalah tak selesai. tapi sekurang-kurangnya otak saya boleh direhatkan daripada terus menerus mencantumkan neuron-neuron, memerah keringat mengumpul dan menganalisis data (yang belum tentu benarnya lagi)

tepat jam 430 pagi, saya terjaga sendiri. selepas mengalami mimpi pelik. pelik kerana bermimpikan orang yang sudah terlalu lama tak dihubungi. sengaja. demi menghormati kehidupan masing-masing.

dan mimpi itu seperti realiti. apa yang saya rasa itu seperti benar. tiga patah perkataan terakhir yang dia ucapkan sebelum saya tiba-tiba terjaga itu seperti sangat real. bukan mimpi.

dan hari ni, saya mencari jawapan pada sebuah kepastian tentang persoalan hidup. alhamdulillah. tepat seperti jangkaan saya dulu. rupa-rupanya gerak hati yang Allah berikan itu benar belaka. cuma saya jadi stress kerana yang tersurat itu tak kelihatan seperti apa yang dirasakan oleh hati.

benarlah, bahwa apa yang tersurat itu tidak semestinya seperti apa yang kita lihat. should believe in ourself and look beneath the surface.

buat awak,

teruskan mencari. semoga pencarianmu akan berakhir seperti yang kau harapkan. semoga yang Allah berikan untukmu itu juga terbaik di pandangan matamu.


buat awak pula,

everything we had. we already decided to put it behind the locked doors. but still,
i will always pray the best for u. in life. and hereafter.because you're still someone i consider so dear to me in this life..it ain't easy to pick and choose the person we want to love in this life. it's not me who decided this. it's Him.
ps: lagu yang paling saya suka. sekadar menguatkan hati untuk mengejar cita-cita.