Wednesday, December 30, 2009

sometimes it is just around the corner

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.




Dear diary,




oookay, so I finally went out with azyy. not only 1 day. but 2 days in a row. siap tidur di rumah kak nas lagi. and the best part of it. i finally get my dream coming true. ice skating!




that has been a bout almost months kot i was really hope that i can go ice skating. just once is enough. nak hilang kan rasa mengidam je.




tapi bukan itu sebenarnye yang nak di ceritakan. nak bercerita tentang kisah princess n d frog. it was really a simple yet hillarious movie. memang sgt sesuai utk seisi keluarga. or to reduce the scale of pressure build up inside ur body. straight forward movie. easy to understand. where the bad ones finally punished and the hero n heroin finally together live happily ever after.




but what amazes me was the plot of the story itself. it was more realistic. the pain, the hardship. the movie actually tells us that nothing can happen if u never try your best to get what u want. and it will not always be a smooth journey as long as it is call life. there will some hardship and turbulance here and there.




what you need is; believes in yourself. believe in what you aim for. believe that it was the best for you and know that you deserve it.




but along the way, we might realize that there is still something that u need more than what u want. and u have to choose carefully between these choices because u might need to loose another in order to keep another.




well, i have faced this before. T__T and i was sooo broken hearted.




painful.






right now, i have become a stalker. ouh. this is bad. bad. bad.




i might be hurt. i should stop now. since i already have all the answers to my questions.








Yours Truthfully,
Misz iNz

Monday, December 28, 2009

Counting to 2010

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Beberapa hari lagi nak masuk tahun baru. Tapi masih ada beberapa hal penting yang perlu diselesaikan minggu depan. Dan tugas untuk sebulan terakhir ni.


Kemungkinan besar, untuk tahun depan saya akan bertukar ke wordpress pula. Saja cari pengalaman. Tahun baru, blog pon kena baru lah~ (maaf, tak ada kena mengena pon)


Tak mengapa. Bila sampai masa nanti, saya akan bagi address baru tu. Utk readers yang sudi membaca. ;P sbb sebenarnya belum buat pun lagi blog baru tu.


akhirnya drama Nur kasih yg penuh tragis tamat juga dengan episod terakhir yang agak mengecewakan. The ending seems to be in a rush je. Entah. saya masih lagi tak dapat tangkap kenapa pertemuan semula Nur Amina dan Adam tu mesti dalam keretapi walhal sebelum naik keretapi tu, Adam seperti dah let go Nur Amina sepenuh jiwa (atau cuma separuh je sebab tu dalam keretapi tukar fikiran?) looks like unsur-unsur bollywood telah diterap dengan agak banyak. Lebih baik lah si Adam tu jumpa terus Nur Amina di rumah mak dia je kn? Jauh nak berjalan sampai ke stesen keretapi yang macam stesen keretapi kl plak tu.


Okey, takpa. Yang penting dah habis.


*sengih*


saya tak perlu rushing2 lagi setiap hari jumaat. ;P


okay, yg kedua. semalam saya ke Uitm Merbok, Sg Petani. Fatimah~ maafkn saya kerana terlupa yang awak tinggal di Sg Petani dan bukan Alor Setar. Entah macam mana boleh tertanam dalam otak informasi salah ni pun saya tak tahu lah. Kalau saya tau awak tinggal kat Sg Petani, konfem saya akan bagitahu awal2 lagi. Apa pun, saya rasa tak mampu untuk tinggal di Kedah. Oh, panas sungguh. Panas kering. Balik dari sana malam tadi hingga pagi ni saya hampir demam. Mungkin setahun di Changlun dulu sewaktu di Maktriks Kedah sudah cukup kot. Takmo dok kedah dah, especially bila time musim panas tiba.


*maafkan saya kawan2 kedah*


hehe.


tapi saya suka Terengganu. ;P sebab saya suka keropok lekor dan cuaca di sana bila tiba musim tengkujuh. cuma Taiping tetap di hati. Kawasan paling lembap di Malaysia ni masih tetap yang paling saya suka hingga ke hari ni. Bukan setakat sebab selalu hujan, tapi sebab ada banyak kenangan manis macam gula di sana. I miss Taiping, fivers 02/03 dan mereka2 yang telah banyak mewarnai hidup saya sepanjang 2 tahun di sana.


Yang paling kelakar ialah peristiwa-peristiwa sadis berkaitan crush dan yang sewaktu dengannya. Sampai hari ni bila ingat balik, paling tidak akan tersenyum sorang-sorang memikirkan telatah diri sendiri dan kawan-kawan bersama aksi-aksi pelik bila minat seseorang. alah, semua orang pun mesti ada simpan kenangan mcm ni sikit-sikit kan? Satu ketika dulu, saya pernah terfikir....kalau dah bertahun nanti, bila saya dah besar, saya akan ketawa ke bila kenang semula benda-benda ni walau pun waktu kita alaminya tak terasa pun macam perkara tu sesuatu yang lawak.


Peristiwa bergaduh, kena denda dengan cikgu...waktu kena marah semua-semua tu.....pahit je rasa. tapi bila dikenang-kenang balik, tergelak sorang-sorang pulak sekarang.


Macam-macamlah...isu zaman remaja.


Sekarang? nak take things for granted pun akan berfikir banyak kali. Setiap tindakan yang diambil pun akan fikir sampai ke akhir kesan2nya. kesan pada diri sendiri, pada orang lain.


bukan semua orang diberi peluang kedua dalam kehidupan kan? jadi, patut hargai segala yang ada sebelum semuanya diambil semula oleh Yang Hak. hidup ini cuma sekadar pinjaman untuk menguji sejauh mana kita mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Dia.


Syurga itu indah. Tapi jalan menujunya tidak seindah jalan ke Neraka. ;)


So, make a wise decision in life. in everything. supaya tidak akan menyesal berkali-kali di dalam hidup bila hilang segala yang kita pernah miliki. Hidup ni memang tak mudah. Dan mati pun tak mudah juga. Hidup di dalam kubur tu pun tak mudah juga. Jadi, tiada yang mudah tentang kehidupan. Berusahalah selagi mampu. Selagi masih bernafas. Selagi jantung masih berdenyut. Demi meraih redha Ilahi. Untuk bahagia di alam 'sana'.




With Love,
iNz

Sunday, December 20, 2009

benci.

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

okay, semalam dengan rasa penuh tidak puas hatinya saya telefon syuk untuk beritahu tentang sesuatu yang saya rasa seperti ridiculous.

tak, bukan syuk yang saya marah sebenarnya tapi orang lain.

dan jika difikirkan sedalam-dalamnya....itu juga bukan salahnya. saya tahu. cuma saya berasa rimas.

kenapa mesti dia berlingkar-lingkar juga berdekatan? walau pun itu bukan maksud dia pun.

entahlah, saya sendiri tak tahu apa takdir saya di masa depan. tapi saya berharap dunia yang luas ini cukup luas untuk kami berdua tidak bertemu, bertembung atau punyai kawan2 rapat yang sama. oh, please...masih ada berjuta-juta umat manusia, jangan pilih kawan2 saya juga untuk jadi kawan baik awk, teman tapi mesra awak, atau orang yang awak suka untuk flirt around. it's annoying.

sekali pun berhasrat untuk menjadi seorang cool, atau playboy, or whatever names u want to call it (but i prefer bajet bagus) just do it. but not in the area where i might see it.

bunyi entri ini terlalu kasar. i know. sigh. it is just that...i really hate it that i have to see him whenever i open up other peoples' page. i wish i can go outside malaysia. at least for a year or two.

to the place wehere i don't have any memory about him. ni tak. masuk je sempadan perak, i started to feel weird.

my mind and heart didn't feel ease at all.

i even hate the fact that he's somewhere near in selangor and kl.

people might call me ridiculous...or over-reacted but this is what i feel.

it's over a year ago.

but i still feel traumatic.

after what had happened i still coudn't hate him.

and to make it worse,

sometimes all the bad things haunted me once in while.

this is sooo depressing.. dah tak larat nak menangis untuk lepaskan perasaan tertekan ni...



Yours Truthfully,
Misz iNz

cuba eja: M.A.L.A.S

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.



sekarang ni seperti mengalami sindrom kebuntuan otak kerana tidak dapat membuat entri panjang2 lagi dan mengarut seperti selalu. T__T



sangat tidak best.



sebab itu merupakan salah satu terapi terbaik utk saya releasekan tension selain membuat perkara-perkara lain yang sepatutnya. (tak perlu mention lah kot apa bendanya tu)



masalah ni.



sepatutnya kena bersiap pergi kerja (ye hari ahad pun kerja juga, kalau tak sapa nak bagi duit?) tapi disebabkab suasana rumah yang suram lagi muram..eh tak, lagi sunyi sebab semua orang tengah tidur penuh enak di pagi hari ahad buatkan saya laaaagiiiilaaaahhhh malas mahu bergerak dari depan laptop.



terpaksa memaksakan diri menjadi seorang mata duitan yg hardcore supaya dapat paksakan diri pergi CATI center untuk kerja pada pagi ahad yang nyaman dan begitu menggoda untuk berlingkar semula di dalam selimut. T__T



berkata pada diri sendiri, " takpe berkorban sikit, lagi banyak duit dapat, lagi banyak boleh shopping...eh, tak, tak, lagi penuh piggy bank bole simpan kepulan2 duit. (zaman sekarang ada ke lagi orang guna piggy bank?).."

With Love,
iNz

Saturday, December 19, 2009

lambat 1 hari

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam tahun baru 1431 semua!

lambat sikit wish sebab semalam blk kg.

semoga tahun yg baru ni membawa lbh byk kejayaan dan kegembiraan utk semua! :)

With Love,
iNz

Thursday, December 17, 2009

luka yang tidak berdarah

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

sekarang saya tahu macam mana rasanya bila hati ditusuk duri tajam.

dalam daerah hati paling dalam.

mungkin ini caranya supaya saya kembali ke pangkuanNya semula.

selepas beberapa hari yang padat dan tak teratur dengan urusan duniawi.

hati ini perlu kembali dijaga dan dibaja.

terima kasih Tuhan atas ingatan ini.

With Love,
iNz

Wednesday, December 16, 2009

counting days.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


tak sabar melihat matahari tahun baru.

seminggu ralit dengan Fayyad, now m starting to miss him.




rindu fayyad....rindu aksi comel dia, rindu nak dengar dia cakap bahasa baby dia tu, rindu nak kacau dia masa tgh tidur... T__T

With Love,
iNz

Saturday, December 5, 2009

and i miss u too!

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

tadi sibuk menggodek-godek blog teman-teman yang dah lama tak ditemui.

and i found this entry...




okay, gambar tak berapa best dan jelas.

tajuk entri: i miss to knock on your door when i get bored.

baca entri ini buat saya jadi sedih.

sebab dah lama tak jumpa anis.

bila ada peluang weekend ni, saya pula tak punyai waktu yang sesuai.

oh, saya rindu kamu cik anis! dan teman-teman lain juga. :(



ps: saya curik gambar ni dari facebook anis. rindu waktu-waktu begini.
dah besar rupanya saya sekarang.
dah nak masuk 24 tahun! 'sigh'.



With Love,
iNz

Friday, December 4, 2009

hujan di luar. di hati?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

sudah 9.18 pagi.

tapi saya masih di depan laptop tidak mahu bergerak.

seinci pun.

tak.

bukan malas mahu pergi kerja.

bukan malas mahu meredah kesesakan jalan raya.

tiada sebab.

mungkin sebab cuaca.

hujan.

one of my all time fav.

cuma kadang2 hujan buatkan saya malas untuk bergerak.

buatkan hati reminiscing the past.

i know it's bad.

pretty sure it's not right.

tapi hati kadang2 susah ditafsir.

semalam ok. kelmarin gembira. dulu kelmarin suka.

hari ini berubah 180 darjah.

tell me, who wants to keep the past inside their closet?

i will be more than happy if i could throw it all.

all of it. and nothing left.

cebisan, hatta habuk sekali pun mahu disapu bersih.

sudah penat menangis di dalam.

bila matahari mahu hadir semula?

sebab saya mahu peluk kuat-kuat.

supaya dia tak lari lagi.

supaya hari akan bersinar terang semula.

Tuesday, December 1, 2009

The broke up part

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Last week was our anniversary. i mean sepatutnya lah kan if thing didn't fall apart lagi. Sekarang tengah tunggu 24 december utk tarikh keramat where we broke up last year. Jadi, tiba 24 december nanti...sudah genap setahun segalanya berlalu.






Kenapa nak ingat lagi?




tak mahu pun ingat. if given a choice I would rather remember other things than this. tetapi hati itu kita boleh paksa untuk lupakan sesuatu dengan mudah ke? unless if it's about knowledge. yang itu memang cepat je lupa, sebab selalunya ingatan tu sangkut kat otak je, belum diserap sepenuhnya oleh hati. tetapi sesuatu perkara yang diserap oleh hati itu, pasti tidak mudah untuk dilupakan begitu saja.




Tak. saya tak sedih pun. alah bisa, tegal biasa kan? that's the best decision ever. falling in love was the worst decision i ever made. apetah lagi terima dia dalam hidup, make it even more worse than ever. sebab ia membawa kepada kemusnahan. to my own self especially. so, it's enough now. not another self destructable decision again after this.




okay.

Yours Truthfully,
Misz iNz

jalan hati yg abadi

In the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam alaik.

herm, hampir seminggu sudah saya tidak menyentuh komputer, internet, online games dan yang sewaktu dengannya. semalam pulang menghantar adik daripada uitm merbok terasa penat mengalahkan driver pulak.

beberapa hari ni, saya fikir penyakit lama sudah menyerang kembali. al maklumlah, duduk di kampung ni, mulalah nak mengelat sikit baca ayat manzil. jadi bila gangguan tu datang balik, memang dah boleh agak dah. bila amalan berkurang dan solat fardhu pon tak dilakukan pada tahap terbaik seperti selalu, tahap imunisasi terhadap gangguan2 ni pastilah menurun kan?

okay, tutup pasal gangguan. tak begitu berat kerana saya masih boleh bertahan sampai ke hari ni. dan sekarang sudah berada di rumah, my safest place on earth. jadi biological clock tu dah boleh diperbetulkan. saya rasa saya mungkin menghadapi masalah menyesuaikan diri bila berubah-rubah tempat agaknya. dan bila berada di tempat yang sangat ramai org. seperti di kampung bile berhari raya. aish, susah betul nak jaga diri daripada menampakkan aurat secara tak sengaja.

tapi takpe. saya akan tetap berusaha. yg penting kan usaha. selagi masih bernafas itu kan bermakna Allah masih beri peluang lagi untuk kita memperbaiki diri. rite?

hari khamis lepas, saya berpuasa sempena 9 zulhijjah. kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat di kala tu kerana pada waktu itu umat Islam yang sedang mengerjakan haji sedang berwukuf di Arafah. tempat yg mustajab berdoa. tempat yg mana seorang hamba itu merasakan dirinya sememangnya sebenar-benarnya hamba yg tidak punya apa-apa. dan berpuasa itu salah satu amalan sunat yg dianjurkan. jika diizin Allah, doa ketika kita diangkat terus naik ke langit.


dan saya terpaksa kuatkan semangat sikit hari tu sebab banyak pulak la dugaannya. hoho. sabar je la. time tu la pula mak membeli berjenis-jenis makanan yg sedap dan enak~ T_T tapi bila mengingatkan tentang ganjaran dan kenapa saya berpuasa, perut berbunyi pun saya pura-pura tak dengar. :P

dalam hidup ni, ada banyak sangat perkara dan target yang ingin saya capai. dan alhamdulillah, saya fikir saya sudah berjaya meletakkan diri di atas jalan yg betul. tak pasti sama ada jalan itu bakal membawa saya kepada apa yang saya impikan atau tidak, tapi setakat ini, alhamdulillah, jalan yang Allah lorongkan itu masih lagi yang terbaik buat saya.

cuma hati.

ya, masalah hati yang masih belum bergerak seinci pun. saya tidak bermasalah sangat dengan hati ni, kerana setakat ini, masih mampu untuk capai apa yang saya inginkan dalam hidup. cuma, jika diberi pilihan saya lebih suka jika hati ini berjaya meluputkan terus apa-apa saja yang mengikat hati ini. saya tidak mahu tahu apa pun tentang dia. walau pun terkadang hati mengingat juga tanpa izin.

saya tahu ia sekadar gangguan emosi yang saya kira saya masih belum benar-benar pulih daripadanya. benteng hati masih lagi dikira agak rapuh dan belum betul-betul kukuh untuk mengekang badai dugaan jiwa yang punya pasang surutnya yg tersendiri.

untuk itu, saya mesti bekerja keras untuk mencapai matlamat yang saya sasarkan pada 2010. kerana hanya di tempat itu, saya akan temui jawapan pada semua persoalan saya. di tempat Dia. semoga jalan untuk ke sana itu Kau permudahkanlah untukku....


Yours Truthfully,
Misz iNz