Sunday, November 23, 2008

Otak saya dah tua!

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Uh, entri sebelum ini mcm byk komen. A hit perhaps? ;P . Tapi sebenarnya, hanya sesekali saja idea datang mencurah-curah. Jadi, idea untuk menjadi penulis tetap itu, mungkin susah sikit untuk direalisasikan. Tak apalah, jadi engineer (insya Allah) pun okey jugak. Kan?

Semalam saya terjumpa satu blog ini sewaktu membaca entri Kak Sue tentang ukuran bahagia. Entri Kak Sue memang sangat best untuk dibaca. Silalah ke sana kalau ada masa.

Okay, apa yang saya jumpa?








Hu-uh. Buatkan saya rasa teruja untuk mencuba. Kerana saya rasa, otak saya seperti sudah tua. Sangat malas untuk berfikir tentang sesuatu yang terlalu kompleks. Contohnya? Membuat jadual untuk pembolehubah-pembolehubah yang akan saya gunakan untuk menghasilkan bioalkohol nanti. (baca: FYP).

Dan juga prosedur untuk menggunakan GC dan Rotary Evaporator. Saya masih tak boleh terima bahang FYP II lagi saat ini walaupun jiwa dan akal sudah patut siap sedia sehabis sahaja paper yang terakhir Jumaat lepas.

Oh, berbalik pada kuiz tentang umur otak tadi, disebabkan kuiz ini ditulis dalam bahasa Jepun. (Sesiapa boleh translate, sila tampil ke hadapan!), makanya saya tiru&tampal saja arahan dari blog itu.

Arahan kuiz:
  1. Tekan START.
  2. Tunggu 3, 2 and 1
  3. Akan kuar series of numbers, hafal nombor2 nih. Sekejap je dier kuar so beware!
  4. Pastu akan ada circle2 kosong ganti nombor2 tadi.
  5. Click circle2 tuh ikot turutan nombor dari kecik ke besar.
  6. Ade 10 set. Bergembiralah ye main.
(source:graving-mind.blogspot.com)

Seriusly, agak mencabar otak jugalah! Lebih-lebih lagi bila nombor-nombor yang harus di hafal lebih daripada 5 dan disusun di bahagian kiri dan kanan secara berterabur. Adeh, naik juling pulak mata dibuatnya.

Hasil daripada Test tadi umur saya adalah?
  1. 38
  2. 37
  3. 31
  4. 27
  5. 33
Average: 33.2 tahun!

Haha. Sakit perut saya ketawa sendirian di depan laptop. Dah agak dah! Memang dah tua dah otak saya ni. Umur yang paling muda pun 27 aje? Sungguh mengecewakan. Patutlah malas semacam aje. Adoi. Kata orang, semakin bertambah umur. semakin banyak sel-sel otak yang mati. Nak tahu kenapa? Mengikut hasil pembacaan saya sebelum ini, otak manusia harus digunakan sepenuhnya.

Maksudnya di sini, guna untuk bekerja. Make it work. Jangan malas-malas. Kerana, semakin lama otak tidak digunakan, semakin banyak sel yang akan mati. Which means, semakin cepatlah tua otak anda! (Tapi tuan punya diri tetap tak sedar-sedar.)

Oksigen yang kurang juga antara faktor kenapa sel-sel otak banyak mati. Sebab itulah pergi bersenam itu orang kata dapat mencerdaskan otak. Bagaimana mekanismanya? Google ajelah. Usaha cari sendiri. Jangan malas-malas, nanti otak cepat mati. Saya tak akan tulis tentangnya di sini. ;P

Jadi kawan-kawan, sila lah buat. Dan update okeh? Wajib untuk semua orang yang baca entri ini!

ahah.

*evil grin*. (Sedang berharap ada orang lebih tua otaknya dari saya.)


Lupa. Lagi satu nak cakap tentang pengislaman Michael Jackson. Ini saya tahu setelah baca blog Alin tadi. Alhamdulillah. Sememangnya hidayah itu milik Allah dan Dia berhak untuk memberikannya kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Untuk tahu lebih lanjut, silalah ke sini.

Okay, nak sambung buat kerja. (harap-harap.)


With Love,
iNz

Saturday, November 22, 2008

Que Sera Sera

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



Si Gadis resah sendirian. Sudah satu petang dia begini. Gelisah dan resah seorang diri. Ada sesuatu yang bermain di mindanya. Ada sesuatu yang cuba diperkatakan oleh hati kecilnya. Cuma dia takut untuk mengakui kebenaran itu.



'Has it finally come true? Dreams that i had before, and this bad feeling. Was it going to end finally?.'



Sudah hampir sepuluh chapter komik online dibaca oleh Si Gadis. Sekadar untuk membuatkan mindanya berhenti membuat spekulasi-spekulasi tak berasas. Namun, ia tetap gagal. Si Gadis menghela nafas sendirian.



"You say I only hear what I want to:

I don't listen hard,

I don't pay attention to the distance that you're running

or to anyone, anywhere,

I don't understand if you really care,

I'm only hearing negative: no, no, no (bad)."



(Stay; Lisa Loeb)



Ringing tone lagu Terima Kasih Cinta berkumandang di udara. Si Gadis kebingungan. Lagu itu...



" Hello, ye tadi kenapa awak buzz saya kat ym ek?", kedengaran suara yang sudah lama hilang dari pendengaran Si Gadis berkata.



'Suara yang paling saya rindu!' getus hati Si Gadis.



"Oh, tak ada apa-apa. Awak dah balik ke?" Si Gadis berlagak biasa. Sekadar menyembunyikan kata hati yang mula berlagu sendu.



"Dah balik dah. Dah sampai rumah pun. Kenapa?" Si Jejaka bertanya lagi.



"Oh, tak apa lah. Tak ada apa-apa pun. Okay, bye," Hati Si Gadis disapa kehampaan yang amat sangat. Setelah beberapa lama, tak pernah disangka olehnya begini pengakhirannya. Terasa benar dirinya seorang asing dalam hidup Si Jejaka.



'So much of a fairy tale eh?'



Si Gadis bingung. Selama hampir dua minggu dia menganalisa setiap perubahan Si Jejaka yang membawa dia ke satu konklusi yang amat payah untuk dicerna oleh hati dan jiwanya. Perasaannya juga hampir mati sudah.



Dan denyutan di kepalanya semakin kuat...



***********************************************************************************

1 Message sent.



Saya nak tunaikan janji saya sebenarnya.

Nak bagi awak kek batik.

Tapi, awak da balik pulak.

Takpelah, kalo cmtu.

Cancel la kot. Have a nice holiday.

Salam.

-Gadis-



Sengaja Si Gadis memberi mesej tanpa perasaan. Ibarat mesej seorang teman biasa. Kerana itulah yang dia rasai sekarang. Konon ingin membuat kejutan buat Si Jejaka dengan memberinya kek batik berbentuk hati dengan huruf I dan U. Impiannya kini hanya tinggal debu-debu asing.



'Dan mungkin begitulah juga perasaan Si Jejaka', telah hati Si Gadis. Pasti.



Si Gadis tertawa kecil membaca balasan dari Si Jejaka. Ada nada rajuk di situ. Biarlah, kerana hati Si Gadis ini sudah lebih parah robekannya. Tiada keinginan untuk dia memujuk Si Jejaka.



'Hati sendiri luka berdarah, siapa yang tahu?'



Si Jejaka akhirnya mengingatkan kembali si Gadis supaya memulangkan kembali barang yang telah dipinjamnya selama hampir 4 bulan. Mesej tidak berperasaan dari Si Jejaka bagaikan mengiyakan kata hati Si Gadis.



Mesej biasa-biasa. Mesej bagai seorang kawan kepada kawan biasanya. Bagaikan tidak pernah ada apa-apa kenangan dengan Si Gadis.



'Biarlah. Mungkin memang sudah ini takdirnya.'



********************************************************************************



Mata Si Gadis sibuk menganalisa setiap status kawan-kawannya di ym sehingga akhirnya mata itu berhenti pada sebaris nama yang dirindui. Rindu yang menyakitkan.



Si Jejaka.



Entah kenapa, klik pada tetikus orennya menyebabkan satu panggilan ke komputer Si Jejaka berlaku. Si Gadis mula gelabah. Dia baru sahaja berazam untuk tidak berlembut hati lagi. Dan sememangnya hatinya juga sudah mula sakit-sakit dan luka-luka.



Si Gadis sedar, dia hanya insan biasa. Punyai inferiority complex yang kadang-kala agak teruk. Kenangan kehilangan Si Jejaka beberapa kali dalam hidupnya membuatkan dia rasa takut. Takut pada sepi sebuah perhubungan. Segalanya bermula dengan suatu jarak yang diadakan konon untuk memberi laluan pada komitmen lain. Namun, akhirnya sering kali akan membuatkan Si Jejaka mengalami sindrom 'Pencahayaan Agung'.



Sindrom di mana secara tiba-tiba Si Jejaka berasakan dirinya belum bersedia untuk memberi sebarang komitmen. Dan alasan itulah yang acapkali membunuh perasaan Si Gadis dalam diam. Dan kerana ketakutan itulah Si Gadis sering kali menjadi Si Pendiam & Pemikir Agung. Mencari salah dan silapnya. Mencari sebab musabab dan penyelesaian bagi hubungan mereka yang menemui jalan buntu untuk kesekian laginya.



Kali ini Si Gadis bertekad untuk menyelesaikan segalanya...



Si Gadis: Awak bizi tak besok? awk balik bile?

Si Jejaka: Bizi. Besok sy nak kuar dating ngn orang.

Si Gadis: oh, tak apalah kalo mcm tu. Nanti kuar dating elok2 ngn anak dara orang.

Si Jejaka: Nape?

Si Gadis: yela, kan awk nk kuar dating. jaga la anak dara org tu elok2

Si Jejaka: ye. terima kasih ats nasihat itu. sy tau jage diri sy baik2. insya Allah.

Si Gadis: so, kirenye kite ni da xde ape-ape la ek

Si Jejaka: hahahaha. nape awk ckp cmtu?

Si Gadis: yele, da awk suke2 ati je nak kuar ngn org lain.

Si Jejaka: ooooo. awk..... kalo kite mcm ni je bole tak?

Si Gadis: hahahaha. sy da agk da. kirenye kalo jumpe orang lain bole go on ke?

Si Jejaka: kalo awk da jumpe org len....then its up to u...

Si Gadis: oh. tapi sy da bosan. kite asyik break n off tru chatting or phone. sy cume ade permintaan je. bole awk janji somting ngn sy?

Si Jejaka: jnji?

Si Gadis: Besok, bile sy nk pulangkan brg awk tu, sy nak dgr dr mulut awk sendiri. Sy nak awk ckp depan mata sy ape yg awk rasa.
Si Jejaka: hahahaha. tak mungkin. sy takkn mampu nak ckp depan awk. awk tau kan kelemahan sy adalah awk.

Si Gadis: be a man.

Si Jejaka: sy takkan dpt ckp kt depan awk. mmg tak bole.

Si Gadis: kalo mcm tu biar sy yg endkan nanti bile kite jumpe. biar sy yg putuskan semuanya..

Si Jejaka: Uish, seramnye...

Si Gadis: Sb sy ni bkn brg. yg bole awk buang ke tepi bile awk tknk. sy pun ade harge diri jugak. n kalo pun awk mmg anggp sy ni mcm brg, at least letak elok2 dlm kotak and bngkus. u dont just slash out somebody's heart just like that in front of the monitor. kalo org tu btol2 syg n ade ati perut die takkan buat mcm ni. after all that we've been tru, ssh pyh n kredit yg terbuang. semuanya sia-sia belaka.



Si Gadis akhirnya tenggelam dalam emosinya. Luka semalam kerana peristiwa dulu kembali segar dalam ingatannya. Mungkin fobia dan kesedihan melampau menyebabkan Si Gadis kini menjadi seorang yang beku. Beku jiwa dan perasaan. Hatinya bagaikan sudah mati dan tidak dapat merasai apa pun. Baginya, berilah apa pun alasan. Cinta itu bagaikan asing untuknya.



Lagu Terima Kasih Cinta berkumandang lagi. Si Jejaka terus bersuara. Namun, ada getar dalam nada suaranya. Dan Si Gadis terus meluahkan segala yang terpendam di jiwanya. Tanpa sebarang ruang untuk Si Jejaka memujuk.



********************************************************************************





Apa guna kasih andai tiada kepastian?



Si Gadis tahu. Dia juga manusia biasa. Lama-lama akan terasa juga penatnya. Lama-lama, akan terbuka semula jahitan-jahitan luka. Kerana dia manusia yang punya memori. Walaupun acapkali memori itu tidak digunakan sepenuhnya tatkala belajar. Namun pengalaman yang pedih itu memang akan tersimpan dalam benak fikirannya. Dan bila mana Si Jejaka mula menunjukkan symptom-symtom yang sama, hati mana yang tidak akan resah? Hati mana yang tak diragut pilu? Sudahlah rindu yang terpendam di sudut hati dikuis-kuis tetap tak mahu berganjak.

Si Gadis sebenarnya mengharapkan suatu perbincangan dari hati ke hati. Tapi, mungkin kerana hatinya sendiri terlalu sakit maka kata putus itu yang terluah lewat bicaranya dengan Si Jejaka. Dia perlukan masa. Masa di mana Si Jejaka tidak menjadi prioriti hidupnya lagi, sebagaimana Si Jejaka mengharapkan Si Gadis untuk tidak menjadi prioriti hidupnya. Bezanya, Si Jejaka tidak tegar melepaskan Si Gadis berlalu kerana dia terlalu cinta.



Akhirnya terlerai sudah satu ikatan kasih yang dulunya diagung-agungkan. Mungkin kerana Si Jejaka masih belum bersedia dan Si Gadis sudah bosan menanti. Atau mungkin juga kerana Si Gadis terlalu kasihkan Si Jejaka dan melihat perpisahan itu satu jalan terbaik untuk mengembalikan cinta yang semakin pudar.





Entah mengapa, air matanya bagaikan kering untuk menangisi perpisahan yang entah keberapa kalinya dengan Si Jejaka. Secebis jiwanya mengharapkan kata-kata terakhir Si Jejaka untuk tetap mempertahankan hubungan mereka. Namun, Si Gadis sendiri tahu itu takkan pernah berlaku. Si Jejaka lebih suka tenggelam dalam emosi dan merawat luka hatinya sendiri.



Kata orang, biar masa yang menentukan. Dan jauh di dasar hati Si Gadis, dia tetap tahu cinta itu tetapnya milik Si Jejaka. Sampai kapan pun. Sampai nafasnya yang terakhir. Namun, cuma dia saja yang tahu itu. Mengertikah Si Jejaka bahawa hati, jiwa dan cinta Si Gadis hanya milik lelaki itu?...

Stay
You say I only hear what I want to.

You say I talk so all the time so.



And I thought what I felt was simple,

and I thought that I don't belong,

and now that I am leaving,

now I know that I did something wrong 'cause I missed you.

Yeah yeah, I missed you.



And you say I only hear what I want to

I don't listen hard,

don't pay attention to the distance that you're running

to anyone, anywhere,

I don't understand if you really care,

I'm only hearing negative: no, no, no.



So I turned the radio on, I turned the radio up,

and this woman was singing my song

lover's in love, and the other's run away,

lover is crying 'cause the other won't stay.

Some of us hover when we weep for the other who was

dying since the day they were born.



Well, well, this is not that;

I think that I'm throwing, but I'm thrown.

And I thought I'd live forever, but now I'm not so sure.

You try to tell me that I'm clever,

but that won't take me anyhow, or anywhere with you.



You said that I was naive,

and I thought that I was strong.

I thought, "hey, I can leave, I can leave."

Oh, but now I know that I was wrong, 'cause I missed you.

Yeah, I miss you.



You said, "You caught me 'cause you want me and one day you'll let me go."

You try to give away a keeper, or keep me 'cause you know you're just so

scared to lose.

And you say, "Stay."

And you say I only hear what I want to.
(Lisa Loeb)







Wednesday, November 19, 2008

hati berlagu rindu~

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Okes, lagi satu entri tentang rindu.

Nak pulang. Mahu balik ke rumah.

Tak sabarnye. Tuhan aja yang tahu.

After all this time, I realized something important.

But let just keep it within myself only. ;)

Tak apalah. Maybe this is the sign.

Kita takkan akan dapat segalanya, kan?

And not everything that we want are the things that really important to us.

"Will I get what I want? and will I want what I get?"

Yang penting. Syukur itu wajib ada. Biar apa pun yang kita dapat. Sebab kita hanya hamba.

That's one thing for sure!

With Love,
iNz

Sunday, November 16, 2008

Rindu. Rindu. dan Rindu

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Lama rasanya tak menaip. oh, sibuk belajar untuk final exam. Melayan internet juga sudah malas. Sebab kalau sudah mula. Untuk mengakhirkannya sangat lah payah. Susah. Sukar.

Menonton cerita-cerita bersiri juga sudah malas.

Mengasingkan diri dalam dunia irc. Cukup nyaman dan menenangkan otak. Mungkin kerana ada air cond?

Entah.

Lama sudah juga tidak berhubung seperti selalu. Jarang-jarang. Kerana minggu ini minggu periksa.Bukan minggu berlibur.

Tapi rindu tetap ada. Tak pernah surut. Malah makin menggunung.

*esh..*

Esok makcik kesayangan bakal menjadi tunangan orang. Tapi hati, berbelah bagi. Ingin pulang meraikan. tapi jadual peperiksaan yang padat menyulitkan akal membuat pertimbangan.

Semua subjek membaca. Perlu konsentrasi untuk menghafal fakta-fakta penting.

Kalaulah boleh digoreng... *Puppy eyes* erm~

HRM, perlu habis malam ini juga. Esok perlu buat Latihan dan baca Cultural Anthroplogy juga.
Petroleum Explorationku? Uh.. Fakta yang tak mampu ku goreng tanpa pembacaan.

If I have the power to stop time. Mesti seronok kan? "-_-"

Saya sudah rindu rumah. Mak & Abah juga. oh, tak lupa adik-adik dan buah hati saya yang mungkin sekarang sudah besar. Tak sabar nak balik dan peluk mereka. (baca: buah hati itu anak-anak arnab saya ok.) dan cium mereka~ Saya memang suka cium binatang peliharaan saya. Cium itu kan tanda sayang. Macam seorang ibu akan mencium anak-anaknya kerana kasih. Dan si anak mencium pipi bondanya kerana sayang.

Eleh, tipulah kalau ada binatang peliharaan yang kamu sayang sangat tapi tak pernah peluk dan cium dia. Kan? kan? Lagi-lagi yang comel. Macam anak-anak arnab saya. Putih dan gebu~


Entri paling merepek. Maaflah kerana buang masa kamu-kamu untuk membaca nya.

*Baru teringat*. Orang di sana apa khabar agaknya ye??


Si kecil ini namanya Dhia Amani. Ada nama macam watak dalam novel tak? hee ;P Ini dua pupu saya yang baru berusia plus minus 3 bulan lebih. Rindu. Rindu. rindu pada semua yang disayang.~ Tak sabar nak balik dan bersua muka.


With Love,
iNz

Wednesday, November 5, 2008

Its cloudy here.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Buka cermin tingkap supaya dapat menikmati pemandangan indah luar sana dengan jelas, atau biarkan saja pemandangan indah itu terhalang oleh debu-debu habuk yang melekat di cermin tingkap.



The choice is always yours.



With Love,
iNz