*Serabut*
Ada 3 projek yang harus disiapkan.
Ada 3 projek yang harus disiapkan.
- Malaysian Studies
- Human Resource Management
- Petroleum Exploration
dan oh! hampir terlupa. Cultural Anthropology juga.
Duhai Tuhan,
Mahalnya harga sebuah kejayaan ini. Kata orang, dah nak senja. Cuma menanti saat tibanya Sang Matahari tenggelam sepenuhnya. Namun untuk tiba ke malam hari, banyak sungguh yang perlu dilakukan.
Tinggal setahun saja lagi. Jika diizinkan Dia yang Maha bakal grad August 09. Tapi 6 bulan pertama ini sudah cukup terseksa. Lebih-lebih lagi di saat akhir ini.
Final Year Project I,
terkadang terabai dek kerana komitmen pada yang lain.
PDP I,
pula sudah mula melepaskan bahangnya sedikit demi sedikit. Harap progress tidak sepantas kura-kura kerana masa sudah lama berlari laju hampir tiba di garisan penamat.
*Pening*
Btw,
Siapa kata final year lah yang paling seronok??
Baik mengaku sekarang.
In order that people may be happy in their work, these three things are needed: They must be fit for it. They must not do too much of it. And they must have a sense of success in it.
(John Ruskin)
Without Love (tak ada kasih nak diberi kerana otak tgh penuh),
iNz
p/s: Nak balik rumah dan tak mahu balik-balik ke UTP lagi, boleh?
nk blk umah dan tk balik2 ke utp?.. kesian kawan2 di sini.. pasti meraka akan merindui nabila..
ReplyDeletebetul ke kehilangan sy akan dirindui?
ReplyDeleteSiapalah agaknya yg nak rindu sy tu kn? kn?
*senyum*