*relief*
Pagi-pagi sebelum itu, perasaan masih lagi 'cool' . Dah siap kena bebel & bising dengan bakal tunang malam sebelum kerana tak sempat untuk check keadaan homestay yang beliau tempah beberapa hari sebelum ni.
Agak mengecewakan keadaan homestay yang dia tempah. Seolah-olah terlalu lama tidak dibersihkan. Makanan & minuman lama di dalam peti ais masih tersimpan. Sinki yang kotor tidak dibersihkan dan terbiar.
Tapi sayangnya, hanya mampu untuk complaint saja kerana duit telah pun dibayar awal melalui online transfer. Sigh.
Beberapa jam sebelum rombongan tiba, barulah rasa macam jantung nak pecah. haha. Lambat betul otak ni memproses.
Mujur ada teman baik kesayangan menemani. Kalau tak menangis lah hadap perasaan 'nervous' sorang-sorang.
Tq Timah!
Love you to the moon & back sebb sudi datang teman kawan awak sorang ni.
Aturcara majlis adalah seperti berikut:
10.00am : Rombongan lelaki tiba
10.30am : Perbincangan antara kedua belah pihak (tempoh bertunang & tetapan wang hantaran) & bacaan doa selamat
11.00am : Sesi sarung cincin & ambil gambar bersama tunang, keluarga & saudara mara
12.00pm : Makan tengah hari
02.00pm: Majlis bersurai
Gambar Sekitar Majlis Pertunangan
a) Perbincangan kedua belah keluarga
b) Sesi menyarungkan cincin pertunangan
![]() |
Alhamdulillah. Dah jadi tunang orang dahh! |
c) Sesi bergambar bersama tunang tersayang & ahli keluarga terdekat
![]() |
Dengan Mak terchenta ❤ |
![]() |
Dengan Future MIL ❤ |
![]() |
Keluarga belah lelaki ❤ |
![]() |
Bersama makcik-makcikku 😽 |
![]() |
Thank you Fatimah Zaharah Ali for accompanying me. Mak org yg masih cun melecun. hihi |
*************************************************************
![]() |
Official photo dgn tunang kesayangan. |
Terima kasih kepada mak, abah, nenek, pakcik & makcik serta saudara mara jauh dekat yang terlibat secara langsung & tak langsung dalam membantu ksepanjang majlis ini sehingga akhir.
Alhamdulillah. Second milestone checked! So now on 25th Oct 2014, I'm officially a someone else's fiancee.
Perasaan? It's a mixed feelings. Rasa syukur, lega & at the same time risau. Al maklum lah, orang kata tempoh bertunang adalah yang paling mencabar dan banyak menguji mental bakal-bakal pasangan pengantin.
Darah manis kata orang. :p
Merasa juga nak berdarah manis rupanya kerana awal perancangan kami berdua hanyalah untuk risik & terus ke majlis nikah. as simple as we can.
But being the first & only daughter, my mom objects the plan and wanted me to have the engagement ceremony. And because I am the first grandchildren on my mother's side, the excitement is quite overwhelming in the extended family.
hewhew.
Next post kita update senarai semak hantaran pertunangan alritey? 😽
Till we meet again, xoxo