selamat tinggal shah alam
Waktu berlalu pantas.
Sungguh, kini hampir separuh tahun 2014 telah saya lewati. syukur alhamdulillah di sebalik gelombang hati yang mengasak jiwa, segalanya mulai tersusun indah.
Tiada yang lebih menenangkan melainkan saat menatap wajah-wajah tua ayah bonda saban hari. Walau pun sekadar bertemu di pagi dan malam hari kerana menunaikan tanggungjawab masing-masing di siang hari namun itu sudah cukup menghilangkan segala resah di hati.
Siapa saya untuk menidakkan hati kecil sendiri yang telah sampai waktunya untuk tinggal bersama mereka kembali.
Cukup serasanya 3 tahun menetap sendiri. masa untuk pulang ke pangkuan keluarga. dengan sebenar-benar kembali.
Jasad dan hati.
Bukan lagi sekadar pulang di hujung minggu.
This is my heaven on earth.
Always.
Tuesday, May 6, 2014
Sunday, May 4, 2014
Ujian. Moga Jadi Penghapus Dosa
Bila selalu sihat dan jarang-jarang sakit, kita mesti akan terlupa untuk merasa syukur atas nikmat yang kita selalu dapat. Seolah-olah itu keperluan wajib memang kena bagi, bukan disebabkan oleh kemurahan Allah untuk kita.
Moga cepat sembuh wahai diri!
Needchu to perform high this week. Sobs.
Saya perasan semenjak akhir-akhir ini, kondisi tubuh agak lemah sedikit. Sedikit sahaja jadual hidup terganggu, badan akan mulai sakit-sakit.
Moga cepat sembuh wahai diri!
Needchu to perform high this week. Sobs.
Subscribe to:
Posts (Atom)